Thursday, August 5, 2010

~ Goreng cempedak & kawan lama ~

Pagi tadi goreng cempedak untuk suami, jiran sebelah & kawan2 kat opis. Memang dah niat ari tu, untuk gorengkan cempedak tu. Yea la, kalo nak bawa, macam tak aci jer utk kawan2 yg lain, so better masak & jamu kawan2. Tak nak minta apa2. Cuma korang doakan moga2 abah & makku dikampung senantiasa sihat sokmo & doakan utk kita & suami skali ek, moga2 keluarga yang dibina kekal hingga akhir hayat.. Ameen.


Pagi tadi pun dapat mesej dari teman lamaku yg baru dijumpai kat FB.. Salwati. Dia ni slalu jadi kepala kalo misi mengeluarkan wang biasiswa (BKP ) dolu2 .. rindu bangat akan dia., tak sangka jumpa juga. cuma tgh senyum sorang2 ni mengenangkan kata2nya. hihi..

Jap2 ek;

" Salwati Yahya Atie jadi..dulu tu, ko yg jumpa adik aku kat alamanda la ye! kemungkinan besar aku g putraj awal bln 12 ni.. anak kakak aku nk kahwin..mungkin kita leh jumpa..bolehlah ko, bagi ingatan kisah2 lama kita dulu..tp aku rasa yg paling aku ingat pasal ko, suara ko sedap bila bernasyid..pasai rumah kt kg tu...xde sape duk kt situ dh...dh jadi rmh sewa..mak aku duk kt ipoh la ni ngan adik aku Ros..dia dh jd ibu tunggal anak 2.. mak pak ko ada lagi?


takper la, nyaris kita tinggalkan trademark kat korang. Kalo tak, sah2 dah lupakan kita .. tambah kalo dah ber- anak... hihi. Doaku moga2 kalian bahagia disamping keluarga tersayang.. sama sepertiku.. Ameen.

Tuesday, August 3, 2010

~ sedih arr, jam tangan ilang ~


itulah ungkapan boleh diceritakan. jam kiter ilang kat surau last week. Tu la, macam mana bleh terjadi kat tempat yg ok tu, andai kata kaorang baik hati.. pulangkanlah ek.. saya tak marah. janji dapat balik.. geram pun ada.. tapi lagi kiciwa sebab apsal tak 'alert' ngan keadaan sekeliling. ish.. jam tu harganya dlm RM 400., dibeli di Mines ,May tahun lalu sepena dapat Bonus.. ush.. sabor je la. Dah tua ni, nak marah pun tak best.. cuma berharap dia akan kembalikan 'jam tangan tu arr."

Monday, August 2, 2010

~ Balik Kampung ~

Pagi sabtu lalu, kami seisi keluarga diiringi 2 orang adikku ( Eny & wani) telah pulang ke Kuala Kangsar bagi turut serta untuk menghadirkan diri ke kenduri Tahlil buat Opah & sepupuku Saiful dikampung. Ia juga di buat sempena bakal menyambut Ramadhan tak berapa lama lagi. Kepulangan kami kali ini pun setelah beberapa kali mak & abah call.. 'takde sape balik ni.. baliklah..".. itu adalah ayat yang jarang2 mak aku keluarkan kalo menelefon kami.

Hasilnya buah cempedak & rambutan yang bakal kuagih-gaihkan buat adik2ku di sana nanti..

Sebagai anak, tentunya ayat itu adalah 'ayat power'.. cair seluruh badanku...segeraku maklumkan pada adik2ku yang lain, malangnya masing-masing ada komitmen, so kami tiga beradik yang pulang bersama keluargaku.. Tak sangka pula, sepupuku si Junaidah & suami pun pulang. Tentunya kami berdua adalah orang yang paling gembira di saat itu. Entahlah, takmungkin zaman muda2 dolu dapat kembali kerana masing2 ada mandatnya.. menjadi isteri, ibu mahupun anak...jika dahulu, dunia permainan adalah dunia kami.


Petang tu, abah mengajakku & suami untuk pergi ke kebun buahnya dihujung kampung. RAsanya suamiku benar2 gembira kerana ini adalah saat idamannya.. yang suka makan buah-buahan. Macam kita ni, biasa-biasa jer.. he2.. Abahku ini memang suka berkebun. Masa senggangnya dihabiskan di kebun selain ke masjid. Teringat pula masa zaman sekolah dulu-dulu, adikku Iwan , Ipin & Epul dikerah bangun seawal 4 pagi untuk pergi bersamanya ke kebun dalam misi mengutip buah durian. Kesian aku tengok diorang.. paksa & rela ajer muka diorang.. kenangan tu.. he..he..



Abahku dengan pakaian tenteranya.. ada 1 almari lagi kat rumah tu..

Kami pulang dari kebun ke rumah jam 6.30petang.


Kami pula pulang ke Bangi pada keesokan paginya. Kalau ikutkan nak balik lepas Asar, tapi memandangkan si Wani pun menumpang, kenalah balik awal. Wani ni masih lagi belajar di melaka, takut pulak lewat sampai ke sana. Balik kampung memang seronok, apa lagi menikmati pelbagai jenis buah-buahan serta makanan asli kampung. Berat hati juga nak kami meninggalkan mak & abah. Sebagai anak, perasaan itu tetap ada walaupun telah berumahtangga. Harapanku moga-moga abah & emak diberi kesihatan yang baik, Ameen.




Wokey, dah malam ni. Esok..misi nak ke pejabat setelah hari ini bercuti sakit dek gara2 makan campur2 semasa dikampung kelmarin. Lemah seluruh badan dengan muntah yang berterusan sejak semalam & hari ini 'mamai' sepanjang hari. Semuanya kerana ubat yang diberi oleh doktor semalam. Alhamdulillah, urusan rumahtangga, hubby yang uruskan. Tq Bah !:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...