Monday, July 25, 2011

~ HIdup adalah Anugerah ~


Salam smua.. Dah masuk minggu ke-2, kita naik komuter & Star LRT utk ke tempat kerja. Macam best jer.. kalo bawa keter, tentunya tak bleh nak berehat.. fokus..fokus.. pada memanduan... namun kalo bawa train.. eek.. silap. kalo naik train.. nak tido2 pun leh.. wah! ini sudah baik..

Namun pagi ni, kita naik train terasa sayu ajer.. btul2 sayu.

Begini citernya. "Aku naik Star LRT dari BTS menghala ke Masjid Jamek. Ada lebih kurang 5 laluan yang perlu dilalui. Sampai di Station Bandar Tun Razak kelihatan ada seorang anak kecil yang berumur 10 tahun teresak-esak sambil dipimpin oleh ibunya menaiki train kami. Ketika dalam train, beliau menjerit-jerit seakan-akan hilang punca. Aku yang sebelum ini hanya pandang sepintas lalu sahaja. Namun oleh kerana jeritan kian kuat, terus mata ku fokus padanya... alahai, anak kecil ini buta rupanya.. syahdu plak aku melihat dirinya.

Maknya pula sedaya upaya memujuknya.. beliau yang sebelum ini berdiri, segera dibantu oleh amoi yang duduk disebelahnya.. baguslah. Masih ada lagi orang yang perihatin dizaman moden ni. Aku? masih lagi berdiri...namun tetiba sahaja pening.. so trusku kluarkan 'minyak cap kapak'. Tiba- tiba si kecil tu bersuara. "Mama..mama.. bau apa ni? Busuklah. Lantas maknya menjawab." Kakak tu sakit kepala. Dia letakkan ubat dikepalanya." Si kecil hanya memandang ke kiri dan ke kanan. Mungkin beliau mencari di mana ku berada..

Sampai di stesen Masjid Jamek, sebelum aku turun, sempatlah aku bersalaman dan menghulurkan sejumlah wang kepada makcik tu. Ntahlah..tingginya kesabaran makcik tu dalam melayan karenah 'anak istimewa' ini. Moga2 beliau diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang bakal datang. Untukku ~ memang berasa sayu, sedih pun ada... lumrahnya alam. kehidupan yang silih berganti.. adakala senang & susah diharungi.

Bagi kita yang sempurna fizikal belum tentu kita sempurna mindanya ! waalahu'alam..

Tuesday, July 19, 2011

~ Zikir pagi ~


"Ya Allah,
aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, pembukaannya, pertolongannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya.
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hari ini dan yang selepasnya."

Saturday, July 16, 2011

~ Majlis Ilmu di PD- Seminar Muslimah TM ~

Pagi yang dingin. Syukur ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk beribadat padaNya. Sebagai insan yang kerdil, amalan yang tidak seberapa menjadikan diri aku ni kekadang keliru ngan apa yang dilalui.. " Ya Allah teguhkan imanku untuk bersamaMu Ya Allah.. moga2 diriku, keluargaku, muslimin & muslimat dibawah limpah kasih sayangMu."

Mood yang gumbira ni.. walaupun minggu ni adalah minggu yang paling sibuk, namun Alhamdulillah aku gembira dengan kehidupan yang dilalui sekarang..

Minggu lepas, dalam kekecohan "kempen BERSIH dikotaraya",ku sibuk-sibukkan diri menghadiri seminar Muslimah TM yang telah berlangsung 2 hari di Port Dickson.

Objektif seminar ini adalah untuk menghayati kepentingan aqidah dalam kehidupan harian, mengenalpasti cabaran-cabaran aqidah terkini dan merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli BAKIT Pusat dengan BAKIT negeri-negeri. Ceramah dan sessi motivasi disampaikan oleh Dr Robiah K Hamzah, Ustaz Hasnul Hizam Hamzah dan Hj Mohd Zainal Badri Mustafar. Lain-lain aktiviti yang diadakan termasuk qiamullail dan sukaneka.


Tema di hari pertama- kami dikehendaki memakai baju berwarna 'hijau'.
ceramah disampaikan oleh Ustaz Husnul Hizam

petang~ riadah plak
-ala-ala kanak2 riang.. kepit bola ping pong dgn copstik-



melompat lebih tinggi
main lompat dalam guni.. ni baru btul kanak2 riang..



Tema hari kedua- warna coklat pulak..ni smua dari BAKIT KL
sessi bergambar bersama Pengerusi Bakit Helwa ( Pn Hairiah Md Top ) & Datin Sri Syaifah Aamaenah AlJunid yang juga isteri kepda Dato' Zam Zairani ( CEO TM )



Secara keseluruhannya, kami berpuashati dengan pengisian yang diberikan dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


Wednesday, July 13, 2011

~ Kecil tapi BESAR ~




PERKARA RINGAN YANG MENDATANGKAN KESUSAHAN.

terdapat perkara yang mempunyai kaitan dgn kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yg mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.dalam hadis2 ada terkandung perkara2 yang mempunyai hubung kait dgn kesusahan seseorang..

  1. tidak sembahyang
  2. tidak membaca bismilah ketika hendak makan
  3. makan atas pinggan yang terbalik
  4. memakai alas kaki memulakan kaki kiri
  5. mengganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan
  6. berwuduk di tempat buang air besar dan air kecil
  7. suka bersandar pada pintu rumah
  8. suka duduk di atas tangga
  9. membiasakan diri mencuci tangan di dlm pinggan selepas makan
  10. membasuhtangan dgn tanah atau bekas tepung
  11. tidak membersihkan rumah
  12. membuang sampah atau menyapu dgn kain
  13. suka membersihkan rumah pada waktu malam
  14. membakar kulit bawang
  15. menjahit yang sedang dipakai
  16. mengelap muka dgn baju
  17. berdiri sambil bercekak pinggang
  18. tidur tidak mmemakai baju
  19. makan sebelum mandi hadas
  20. tergesa-gesa keluar masjid selepas solat subuh
  21. pergi ke pasar sebelum matahari terbit
  22. lambat pulang dari masjid
  23. doakan perkara yang tidak baek terhadap ibubapa dan anak2
  24. tidak menutup makanan yg dihidang
  25. suka memadam pelita dgn nafas
  26. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
  27. membasuh kaki dengan tangan kanan
  28. membuang air kecil dalam air yang mengalir
  29. memakai seluar sambil berdiri
  30. memakai serban sambil duduk
  31. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
  32. makan menggunakan dua jari
  33. berjalan di antara dua kambing
  34. berjalan diantara dua perempuan
  35. suka mempermainkan janggut
  36. suka meletakkan jari jemari pada bahagian lutut
  37. meletakkan tapak tangan pada hidung
  38. suka mengigit kuku
  39. mendedahkan aurat dibwh sinaran matahari dan bulan
  40. mengadap kiblat ketika membuang air besar dan air kecil
  41. menguap ketika solat
  42. meludah di tempat buang air besar atau air kecil

nota ilmu :-

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Menuntut ilmu wajib atas setiap muslim” [H.R. Ibnu Majah dan lainnya dari sahabat Anas bin Malik dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Tarhib wat Targhib].

Tuesday, July 12, 2011

~ saje2 coret ~

Mood kerja yg bz ni.
so tak sempatlah nak citer2 pasal aktiviti BAKIT kat PD.. nanti2 arr. Cuma kali ni terpanggil nak cerita hal 2-3 minggu yang aku lalui di sini, situ dan di sana..



Tersenyum juga melihat karenah orang. Yang diam, yang ramah, yang tak duduk diam apa lagi yang mulut laser.. pehh semua ada. bagi aku senang jer.. aku bukan milik kau. aku milikNya. dan kerana itu kalau pun aku melihat dan berdepan dengan orang macam ini, ada baiknya diam seribu bahasa.. sonang kojer den... aku ni pun bukan spesis itu. Bercakap biar perlu jer. Tapi betullah kata ustaz Husnul Hizam. Katanya " setiap manusia yang berada di depan kita, boleh juga dia adalah 'barang' ujian yang di beri oleh Allah kepada kita. Maka, cubalah kamu melepasi ujian tersebut dengan bijaksana. "


nak kata geram tu.. takdelah. terkezut jer.
segera aku beristhgfar.. astaghfirullahhala'azim..rasanya diam dan senyum lagi baik dari bercakap banyak daa..

nota kaki ;
jerawat tumbuh di atas pipi.. aduss..


Thursday, July 7, 2011

~ GHRM Open Day 2011~


Hari-hari yang indah.. Alhamdulillah.
Baru jer balik dari Menara TM Bangsar... kerana turut serta menyertai acara2 yang diadakan di sana.. di sana.. ( jalan-jalan cari ilmu Hr daa.. ) walaupun dah lama kija TM, tapi selok belok taklah brape tahu sangat.. so dengan keizinan boss, gue & Ieena.. temanku di opis ke sana.. actually hari ni ada "GHCM Open Day 2011".





Takde la nak pegi sangat, tapi dah lama teringin nak derma darah.. dah dekat 7 bulan tak buat kerja amal ni..nak derma duit, bleh.. tapi RM yang tak seberapa. Tapi kalo nak minta darah.. insyaAllah.. yakin boleh.. membantu pada yang memerlukan...pada korang2 yang beratnya dah lebih 45kg & sihat kesihatannya.. pergilah.. 'support each others'.. majlis ni berlangsung hari ini dan esok sahaja ( 7 dan 8hb Julai 2011 ).

-sempat jugak isi borang zakat selangor, kalo tak sblm ni tolak kat PCB jer.. :( -


-antara 'free gift' yang di terima-
pen, key chain & 'coklat'

ho..ho..ho..
-lanyard baru-

Selesai sessi derma darah, kami pergi la melawat gerai2 yang disediakan.. antaranya BAKIT, TIARANITA, NUTE & SEMBOYAN DIRAJA TM, AMBank, EPF, MMU.. & banyak lagi.. Tak sangka plak jumpa geng2 lama RND.. En Rosli Ismail, En Kamar, En Rahimul Azam & kak Norzilawati.. geng2 masa kat TM Awards ( support group yg tolong kami kat sana arr ) pun ada.. tapi tu arr, bab2 nama ni.. susah nak ingat ..

Selesai.. kami pun balik arr... lalalala...


nota kaki : esok~ pegi PD plak.. join 'Seminar Muslimah TM'.. 2 hari..

Monday, July 4, 2011

~ Karenah si kecik ~

Hari ni cuti..
kena cuti arr.. sebab nak p sekolah ambil report card anak2.. Alhamdulillah.. anak2 ku ada peningkatan dlm pelajaran, cuma perlu diberi masa lebih sikit utk belajar.. begitu arr. Tapi kali ni ada sistem CGPA plak.. berbeza ngan semasa belajar dahulu, lagi rendah CGPA, maka lagi bagus lah.. aik dah mcm tu plak..anak-anak yg CGPAnya melebihi 3.0.. maka dia dikategorikan dlm paras bahaya..merbahaya..
Walaupun begitu aku n hasben takde la memaksa anak-anak utk belajar yang amat sangat.. biasa2 jer, yang selalu kami ingatkan agar mereka slalu mengulangkaji pelajaran n bertanya sekiranya tak tahu akan tatkala membuat ulangkaji pelajaran tersebut.

Petang sikit si budak kecik ajak 'shopping'.. "Umi, jom p Alamanda.. bedak aishah dah habisss".. sengaja beliau memoncungkan mulutnya ke depan. Aku pun menjawab." kalau setakat bedak, kita pegi jer Family Store." Bila dah keluar jawapan tu.. apa lagi, si budak kecik meraung..." Nak jugak.. nak jugak.. ". Sebenarnya aku dah janji dengannya semalam tapi hari ni saje-saje nak usik dia.. hahaha..Aishah.. Aishah..


Kami berdua bertolak dari rumah jam 1.30ptg dan sampai kat Alamanda dalam 15 minit kemudian. Pada mulanya nak pergi ke Maidin, tapi bila call Eny.. dari cadangan beliau, kami ke Alamanda...

Aishah memang suka ke Alamanda. Segenap sudut beliau memerhati... beliau membantuku dalam mencari keperluan dapur. Si Diena menyenaraikan barang yang dibeli beserta jumlahnya. Dalam kiraan budget, hanya RM 90 akan dibelanjakan. Namun bila dah beli, emm.. dekat2
RM 200.. begitulah...
Di Alamanda, kami bertembung ngan sorang adik SRM ni.. ala dia orng penting kalo meeting MCM.. Diana kot.. emm.. sempatlah kami bersembang.. then kak Zainuridah & kak Rosdalilah.Diorang buka buku akaun kat Am Bank.. wah orang kaya.. orang kaya..
Mereka ajakku join sekali.. tapi aku mohon maaf, hari ni memang untuk si budak kecik..

Atas permintaan si Aishah, beliau mengajakku ke Pizza Hut plak.. "amboi.. botak.. botak.. ". aku hanya berkata di dalam hati.. sekali sekala takpe arr. kalo slalu.. masalah negara ni.
Setelah itu, kami pun pulang. Namun ada ayat tambahan plak dari si budak kecik.. " Umi, tahun depan kita pergi lagi ke Alamanda, sayang Umi..". emm..

Sebagai ibu, tentulah rasa hiba. "Moga2 esok milik kita nak.."

Friday, July 1, 2011

~ tak suke2 ~


nak citer arr..
aku tak suka org yg merokok..ntahlah.. rasa lain jer kalo berdekatan.. panasss jer.. hahaha..
wahai teman2 yang merokok.. insaflah. Jangan habiskan duit ke situ. Kan molek duit tu dilaburkan pada tempat yang nampak..
kat opis aku ni.. adalah 2-3 tempat diletak iklan sebelah ni.. malangnya, ada di antara mereka yang buat muka kering jer.. ketahuilah anda, merokok itu membahayakan kesihatan.. kalau pun nampak macho.. mcm tak kena jer.. apa lagi pakai perfume yang mahal.. bau asap rokok jugak yg melekat kat baju korang..

Jgn marah arr.. itu pandangan tulus ikhlas dari seorang kawan.. :)

~ maaf, umi tak sengaja ~



status saya skrg plak..
sediih sangat..
sebabnya..
terlanggar anak kucing sewaktu nak undur .. nyaris kena ekornya sahaja..tak sangka plak dia duduk bawah keter pagi tadi..
penyelesaian..
kalo masih tak ok.. nak bawanya jumpa doktor..
alahai.. lemah otot kaki..sempat minta maaf padanya.. tapi rasenya dia tgh marah..dan lari ke hujung katil..
"maaf.. umi tak sengaja.."

nota kaki :-
Chomel.. dijumpai oleh Hafiz kira-kira 6 bulan yang lalu sewaktu menghadiri kelas taekwando di sekolah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...