Thursday, September 29, 2011

~ Layan cerita Korea ~



Hari ni dah hari khamis... sekejap ajer masa berlalu.. Last week punye la gelabah sebab dapat MC 10 hari.. memikirkan apa yang nak dibuat.. tapi bila 7 hari berlalu, macam tak cukup jer.. hehe.. ish..ish.. ni smua panahan drama korea yang dah mula aku 'terjebak' petang semalam.


Dok melayan perasaan jap.. tertekan tv AlHijrah..apa lagi..layan arr..mula tak prasan citer aper.. ingatkan citer jepun sebab pakaian tradisional.. tapi bila tgk gambar seterusnya dan gaya percakapannya.. citer korea arr.. nama citer tu is "Jewel in the Palace". Garapan cerita yang ala-ala tradisional menyebabkan aku jatuh chinta
seperti yang maklum, aku ni memang suka cerita mahupun lagu-lagu yang lama..'so sweet'!
(chomel btul tengok hero dan herowati nyer.. kik..kik..)

Sekarang ni pun risau lagi ni.. memandangkan cerita itu berepisod.. maka secara rasminya next week tak dapatlah daku menontonnya lagi.. huah haaa... :)

p/s: misiku ~sedang mencari jalan nak cari CD penuh citer ni.. hehe..

Monday, September 26, 2011

~ Hikmah disebaliknya ~

Dikala ini, aku sedang santai dirumah.. syukur Alhamdulillah ku panjatkan padaNya akan kesihatan yang diberi olehNya. Secara zahirnya baik-baik sahaja cuma gelora dihati tiada siapa yang dapat membaca.. Namun.. begitulah susun aturnya.. aku redha akan ketentuan Ilahi.


Jumaat lalu, aku & suami telah pergi ke Hospital Azzahrah..pada mulanya nak pegi
Hospital An Nur.. tapi bila tengok dari luar kelihatan sesak sangat, maka kami ke Azzahrah.. setelah sejam menunggu.. barulah namaku dipanggil.. :).. waktu ini gigiku dah mula menggigil ( takut sangat oo..dah lama tak jumpa doktor pakar ni..) Satu demi satu rawatan diberikan.. macam biase, aku menutup mataku dengan tudung..hehe.. Ada plak sessi soal jawab pasal kehamilanku sebelum ini.. ops.. lupa plak, doktor yang merawatku ialah Dr Fazlina Hanum..seorang doktor pakar sakit puan yang otai kat Azzahrah tu.. tampak lemah lembut.. best..best..

Doktor memaklumkan yang jantung baby dah tak berdenyut.. so kena buat D&C.. emm.. sememangnya 2-3 hari ni aku dah dapat merasai keadaan ini cuma biase la.. cuba-cuba bersangka baik..apa lagi darah yang turun sejak selasa yang lalu.. tu arr. dah takde rezeki kan.. antara perkara yang paling takut nak tempuh is D&C arr.. proses cuci2 tu nyarislah aku ditidurkan.. so takde la takut sangat..


Oleh kerana proses D&C berlaku petang, doktor menasihatkan aku agar berehat di hospital semalam.

Keesokannya, doktor memaklumkan agar aku ke kliniknya sebelum pulang ke rumah. Kali ini tanpa kehadiran suami, aku pun pergi..:(. Kali ini doktor Fazlina memaklumkan bahawa beliau mendapati 'rahimku ke belakang'. Ianya adalah semulajadi.. Katanya jarang2 beliau berjumpa pesakit begini.. (
aku yang blerr pasal sains ni.. lagi arr tak brape nak dongak ) namun setelah dimaklumkan ianya taklah merisaukan sangat, so kira ok arr. Cuma beliau menyatakan kepayahan tatkala nak 'cuci' jer sebab kedudukan rahim yang ke belakang.. :(.

Dan sekarang.. aku menghabiskan masa 10 hari di rumah.. waduh.. rehat lagi..bikin gemuk seh..

p/s: kalo tak, bulan 3 thn depan dapat kembar..tapi takde rezeki.. kita cuba lagi ek..caiyok!caiyok!

Thursday, September 22, 2011

~ Doktor & Internet ~

Doktor dah bagi rehat 3 hari.. emm.. tak best arr dok rumah.. nak pegi kojer arr. Hari ni doktor kluarkan surat..esok plak nak p Hospital An Nur jumpa Pakar Sakit Puan..

Dalam pada itu, dalam hati tu.. berdebar-debar jer.. Harap ianya taklah seteruk yang disangka..oleh kerana tak bleh nak tidur, bukak juga ler blog2 ilmiah sakit puan.. bagus juga internet ni.. smuanya dihujung jari jer..:)

Antara blog yang best2 sangat..

- http://www.hamidarshat.com/
- http://drzubaidi.com/blog/
- http://azmanishak.com ( blog ni orang biase, tapi dia menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang suami.. hehe..)

ok..ok.. anak dara dah bising... ajak tido ni.. to be continue ek..


p/s: aku..wanita biasa.. :)

Monday, September 19, 2011

~ Rezeki & nasib ~

Dah 7 bulan transfer ke KL. ..hehe, kalo ngandung lagi 2 bln arr nak bersalin kan..

Dlm pada itu dapat perkongsian info dari teman kat Cyberjaya menyatakan yang diorang dah naik pangkat.. tahniah! tahniah ! kat Chu, Kuna & Siti Aminah.. dah naik gred tentunya naik gaji kan.. bestnyer..
dah rezki diorg.. takde la rase ape2.. hari tu ex-boss aku ada terserempak ngan hasben kat opis.. dia cakap rugi aku pindah KL.. kalo sabar sikit tentu dah naik pangkat..ada ke cakap macam tu.. ish..ish.. tak baik tau..


"Sekiranya kita tahu nasib mahupun rezeki kita pada masa akan datang.. nescaya kita pun takkan sanggup ke depan.." KIta perlu ingat rezeki, jodoh .. ajal mahupun maut, smuanya di tetapkan oleh Allah sejak azali lagi.." :)

Secara terus terang penghijrahan aku ke KL bukan kerana pangkat mahupun gaji..
gaji hasben pun dah cukup utk membantu aku.. hehe.. bukan ayat riak, tapi nak habaq jer. Penghijrahan adalah utk mencari.. menambah.. membaikpulih skill kojer ku yang aku rase kian jatuh merundung..tampak sangat pegi kojer pun tak disiplin.. orang lain pun sama juga tak disiplin tapi masalah diri sendiri pun payah ni... dah tu plak kija yang ala2 bukit.. setiap minggu ada jer 'dateline'.. orang lain siap buat 'direct selling' lagi.. sedangkan aku.. ni malas nak citer pasal orang ni.. ish..ish.. dah dah ler..

Syukur Alhamdulillah, bila dah berada di tempat baru ni.. aman sangat2. banyak betul kebaikannya. aku & lakiku pun dah jadi mcm 'loving couple'.. pegi kojer tu memang ler sorang jer, tapi kalo tak tipon..lain plak rasenyer..emm tak bleh nak digambarkan arr..karang jadi 'ayat2 cinta & bunga2 berguguran ' plak..kami berdua pun berganding bahu utk rumahtangga.. kalo tak dolu2.. gue ajer.. hehe.. suasana rumah pun kian ceria dgn bukaan kelas mengaji a lquran di rumah. Citer pasal kojer.. memang lain arr. tapi biase arr skop kojer akaun tak lari ke mana pun.. kawan2 pun dah makin ramai. Ada jugak aktiviti pejabat dah aku join antaranya BAKIT di Port Dickson & aktiviti amal di Tmn Sg Besi Indah mahupun aktiviti huha-huha.. TM Star arr..:)

Janganlah risau.. setiap orang ada rezekinya masing2. Rezeki mereka ke arah pangkat & gaji.. rezekiku plak ke arah kekeluargaan.. semuanya dah di tentu olehNya... begitu juga ngan nasib.. berbeza pada setiap orang.. mcm aku ni.. kekurangan tang kewangan ajer la... negatif ajer.. hehe.. tapi nyaris ada hasben yang baik hati.

Tiap2 minggu bagi belanja poket & duit minyak. walaupun itu sebahagian tugas suami tapi aku ni memang tak biase arr.. dolu2, mokcik kayo ngan duit OT.. hehe.. tapi skrg jatuh negatif arr..:(. aku redha akan takdirNya tapi tgh nak berusaha lah ni..agar tak jatuh lagi..

Pasal pelaburan.. hasben dok hint2 soh aku minta balik ngan sorang ni.. emm.. mcm mana nak minta ni.. tak tahu nak mulakan dari mana.. dari hati kecilku ini.. berharap & berdoa agar dibuka pintunya utk memulangkannya.. sikit ke sikit.. pulangkanlah ek.. ala.. tinggal RM1800 lagi.. ari tu dia masuk RM200.. nanti bayar balik ek.. :( ksian kat kita dek..
" hulurkan tangan ringgankan beban.. "


ok..ok.. entry yang terpanjang daa.. ni hujah merangkap luahan rasaku.. hehe..
apa pun smoga kita smua senantiasa dibawah limpah rahmatNya..


nak pegi kojer ni.. daa..

Sunday, September 18, 2011

~suara Ella +Ramli Sarip ~


Setelah 3 hari cuti rehat.. terasa plak malasss nak kojeer.. hehe...
Hari Khamis malam jumaat yang lalu~ nyaris2 tak masuk hospital dek kerana batuk berterusan yang menyebabkan lelah.. ambe gas lagi arr kat hospital an-nur.. :(, ni btul2 dugaan arr. Suka huha-huha pun tak elok utk kesihatan..

Tambahan plak tgh bulan lagi arr.. kekeringan ni.. walaupun kesehatan tak berapa nak pulih lagi.. namun utk sajer2 rehat kat rumah tu.. memang tak best, baik pegi kejer kan.. :).




Minggu ni ada ler 2-3 unit buat 'open house Aidilfitri'kat opis.. so dapatlah jemputan. tapi tekak ni masih tak ok lagi.. Deria rasa tak berapa best arr.. Nak makan pun takde selera jer..emm, last week pun 4 hari kojer pun suara ala-ala Ella.. :( . so banyak senyum dari bersuara...
anak2 sendiri mahupun anak2 murid pun yang mengaji kat rumah pun tersengih-sengih akan suara garauku.. dah mcm Ramli Sarip pun ada.. btul2 ujian daa..

Moga2 kesihatanku beransur baik.. go..go..cheyah! jangan layan sangat rasa hati tu ek :)

Wednesday, September 14, 2011

~ Jatuh hati ngan abg polis traffik jap ~

- gambar hiasan semata-mata..-


Hari-hari yang dilalui oleh kami.. alhamdulillah, smuanya best2 arr..

Cuma hari ni, terfikir.. terseronok tahap gaban dek kerana seorang polis traffik.. pehh.. bagusnyer.. kalo ler ada polis mcm ni masa kami 'terjem' 15 jam kat Machang.. bagus arr.. malangnya masa tu memang takde.. mana pegi la diorg ni.. p beraya kot.. :(

Kesahnya berlaku pagi tadi.. sewaktu nak pegi kija..
seperti biase jam 7.30 aku mula bergerak dari rumah.. sampai kat TOL Sg Besi.. 15 minit kemudian.. ala tekan minyak gitu2 ajer.. skjap ler sampai.. tapi lps tol.. jln dah slow.. biase la 'jem' sikit.. banyak sangat simpang.. tapi ia tak mematahkan semangatku utk kojer.. 'kojer.. tetap kojer'.. aper nak jadi.. jadi ler.. hehe.. Walaupun kesihatanku yang 'suam-suam' sehat.. kojernyer yg tak stress.. & menjadikan aku lebih nak tahu lbh dr yang ku tahu.. al maklumlah.. kojer kali ni lbh kpd kira2, analisis.. tapi kureng berkomunikasi ngan orang.. kik..kik.. i like !

Berbalik citer aku tadi, sampai kat area TUDM Sg Besi, jalan dari 4 line.. jadi 3 line.. lps tu 2 line.. tetiba jer ada 1 keter JIp ni.. dok menghimpit keter molekku.. ish.. angin.. angin..tapi biase la.. aku buat hati kring.. ( bukan kerinting ek..) akhirnya.. sorang polis traffik menahan keter jip tu.. ha.. bagus..bagus..tangannya melambai-lambai JIp tu yg baru masuk jalan.. (sblm tu JIP tu ikut jalan kecemasan).. pada ketika itu juga.. hatiku menjadi girang & 'gumbira'.. best.. best..

p/s;- tajuk citer mcm gempak.. tapi hakikatnya biase jer.. huhu..

Tuesday, September 6, 2011

~ Eidilfitri 2011 ~

bersantai di tepi pantai di Terengganu..
tak pegi KT pun takpe.. tgk keindahan pantai & laut China Selatan..



Sejak dua menjak ni kesihatan badan tak menentu.. nak makan nasi pun tak lalu.
Walaupun bulan ramadhan telah pun berlalu, namun sepanjang ramadhan & shawal yang dilalui.. berat badanku menurun dengan hebatnya.. emm dari 63kg ke 55kg.. makanan yang di hidang memanglah sedap-sedap belaka, tapi tekak ni tak lalu nak makan..

keluarga besar di Terengganu..gambar family takde arr..

apalagi perjalanan sempena raya yang lalu yang biasanya ambil masa 5-6 jam dari Terengganu ke Perak telah menjadi 15 jam.. betul2 'kematu' gue seisi keluarga... penat ooi.
. smuanya gara2 jem yang luar biasa di Machang...

gambar bersama keluarga di Kuala Kangsar..
masa ni dah nak balik ke KL.. walaupun adik beradikku ramai, tapi yg lain dah balik ke rumah mertua masing2..ada juga yang telah pun bekerja..


Sampai di Kuale pun, raya disambut sekadar sahaja. Hanya menziarahi 2-3 rumah saudara & teman2 sekolah sahaja...kami banyak habiskan masa di rumah sahaja..

Apapun kami sekeluarga tetap 'gumbira' walaupun penat yang tak terhingga.... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...