Wednesday, December 28, 2011

~ Nonton Wayang bersama keluarga~



Baru naik kojer hari ni..cuti2 hanya di rumah bersama anak2 menghabiskan masa hujung minggu kami dengan mula menyemak buku2 yang baru di beli di kedai koperasi sekolah.. sesi menulis nama & kelas pada buku2 yang di beri.. lenguhnya.. tapi heppi sbb dapat buat bersama anak2.

Semalam plak.. pegi nonton wayang di The Mines bersama suami, anak2 & adikku-Izzati..
bukan ombak Rindu ek.. hehe.. nonton citer Alvin and the Chipmunks 3. Ni permintaan dari anakku Hafiz.. so layan jer arr. Ternyata mereka smua gumbira.. kami ni pun asyik bz jer... ..cuma yang tak bestnyer masa nonton..si Aishah dok bising2 "apsal TV ni besar sangat..kat sini takde eletrik ke..gelap jer bla..bla..".. tahan jer la melihat gelagatnya yang kerap bertanya padaku dalam gelap tuu..

Alhamdulillah.. dah 2 malam start baca Alquran smula.
Dah masuk ayat ke 255 surah Albaqarah. Kali ni bacaan diiringi dengan terjemahan, maka sesi mengaji pun lebih tenang bila mana bacaan yang dibaca difahami. Targetku, agar bacaan Al quran kali ini akan lebih lancar..biarlah lambat..asalkan dapat..lebih tenang. tak perlu ribut-ribut..


nota ilmu:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Add Image

Thursday, December 22, 2011

~ Nasyid pilihan ~

Nur Tuhan

Album : Penawar Hati
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

#Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

*Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaa.

nota kaki :-
sambil siapkan report utk di hantar ke Bos2, sempat plak mendengar alunan nasyid kat PC ni.. lirik lagu "Nur Tuhan' ni btul2 terkena ngan kesah hidupku... pada ayat-ayatnya memang terkesan arr..terutama pada ayat2 ini;

" Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan"

Sebagai orang islam, kita perlu sematkan pada diri akan ISLAM, IMAN & EHSAN.. bukannya mudah utk jaga prinsip tersebut. Kalau sebut & hafal tu pandai arr.. tapi bila nak apply dlm kehidupan perlu tulus & ikhlas. Tak boleh juga riak dalam beribadat.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi insan yang diredhai olehNya di dunia mahupun di akhirat.

Sunday, December 18, 2011

~17.12.2011-p kenduri & jalan2 ke Lumut ~


me.. Ina & suami serta Paza
-sesi bergambo ngn Raja Sehari..-


Sebelum ini ada plan ngan anak-anak nak bawa ke pantai kalo cuti sekolah.
Namun jadual kami terpeliot plak dek kerana kami dapat jemputan ke kenduri sahabat baikku Zalina Rahman ( kojer kat Maybank Ipoh ).. di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. so tampaknya bahagi dua arr..beliau merupakan member kamcing sekelas, sblh meja tu..malah seperjungan dlm PS ( pembimbing Rakan sebaya masa kat RPK suatu ketika dahulu..)
Utk tidak menghampakan anak2 & sahabatku, hari sabtu yan
g lalu kami ke Kota Lama Kiri dahulu.. hehe..


-bersama adik-adikku-


Walaupun jam dah dekat2 pkl 2.30ptg, kami truskn perjalanan ke Pantai Teluk Batik. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit..akhirnya sampai jugak kami ke sana.. sudah tentu yg gumbira adalah anak-anak, adik-adik mahupun mak &abah.. macam kami ni biase jer.. sebab kalo balik Terengganu mesti singgah pantai punyer.. :)


Dapat berkelah & bersantai di sana hanyalah sekejap, namun ianya meninggalkan kenangan yang manis buat kami smua.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke atas nikmat yang Allah berikan buat kami smua..

Wednesday, December 14, 2011

~ Jalan-jalan cari kawan sekolah ~

hanya gambaran sahaja ek..

Hari sabtu yg lalu spt yg dirancang kami suami isteri buat operasi kat bilik2 anak-deko2 Cik Wan & Cekyah..hehe.. konon2 nak ubahsuai bilik diorg agar lebih ceria & tersusun rapi..cewah..cewah.. bilik anak dara warna pink & bilik si teruna warna biru..bli almari baju & meja belajar utk mereka. Adalah diharapkn moga2 mereka akan lebih bersemangat & tekun utk belajar..ameen.

Island BBQ Steamboat kat kg Melayu Subang, dekat ngan Stesen Minyak Petronas..

sekian lamanya tak jumpa..


makan time..

Jadual kami hari ni diteruskan dgn menerima jemputan ke Island BBQ Steamboat kt Kg Melayu Subang..jauh tu dekat2 40 minit arr kalo nak ke sana.. Diorg buat reunion sekolah kat sana. kami bertolak dri rumah jam 5.30 ptg.. biase arr campur sesat2.. masuk highway klur highway sampai jam 6.50ptg.. :)nak cakap aper.. emm.. 'kita serupa..kita serupa..'

sahabat-sahabat suamiku


Tempat ni sesuai dibawa seisi keluarga. Harganya pun ok.. dewasa RM 19.90 sementara kanak2 RM9.90, bawah 5 tahun percuma.

InsyaAllah nak bawa arr anak2 ke sini sementara cuti sekolah ni.

Tuesday, December 13, 2011

~ Sesi Teh Tarik ngan Datuk Bazlan~


Minggu ni kojer banyak.. tapi taklah banyak macam kat R&D.. bleh arr. Hujung bulan mcm tu arr.. FCCAS, P&L & analysis itu n ini.. akru2 takde ek.. apa lagi TNT.. jauh skali.. hehe.. tapi kojer tetap kojer arr. Bila dah siap baru ler lega rasa hati.. kan :)


Hari isnin lalu p sessi teh tarik ngan Dato' Bazlan kat Menara TM.. Hasben jadi drebar ku..merempit, tapi tak sangka jalan KL clear ( Selangor cuti, so taklah jem..) abis penyet tudung kita sebab pakai topi keledar.. sabor jer arr..
sempat arr makan roti canai kat tempat biase hasben breakfast dedulu..( dolu beliau jaga maintenance Menara TM- IBMS project ). toche2..

Teruja & terbest seketika.. Datu Bazlan merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM.
Jemputan yang di pilih adalah secara rawak.. so lepas ni korang2 arr. Tunggu ajer panggilan tersebut ek.


Pelbagai cerita disampaikan oleh beliau. Kawan2 lain pun turut berkongsi pendapat & menyuarakan kemusykilan.. fuhh.. memang tak dinafikan sejak aku join TM ni banyak yang dapat dipelajari dari kehidupan orang lain.. bukan pasal kojer jer. Ada makcik2 yang kojer dah lebih 32 thn.. dah macam usiaku.. betapa setianya mereka dengan TM kan.. apa lagi kita yang biase2.. asyik nak gaji besor jer.. pangkat.. seharusnya kita belajar dengan mereka. kih..kih..tapi macam kesah aku ni, memang ok arr.. tak dok di zon selamat.. perlu berusaha utk lebih maju.. kira ok la tu.
Datuk Bazlan pun ada cakap agar kita tak dok lama di tempat tu seandainya kita nak maju.. ngeh..ngeh..


Selesai sessi teh tarik, keme menuju ke stesen komuter di Mid Valley. Waduss.. ramai bangat dong..naik train pun muka redho jer arr.. dah macam sardin jer.. sesak bebenor. almaklumlah orang selangor cuti..maka berpusu-pusu arr shopping sakan ke KL..ish..ish.. tak elok tu...
sampai rumah jam 5.30ptg.. nyaris arr naik train jarang2.. kalo slalu ntah arr.. better naik keter arr.. WWB 9656 ngeh...ngeh..thank you Allah!

Friday, December 9, 2011

~Wajah baru Abby ~

Beliau juga pernah menjadi DJ Radio THR suatu ketika dahulu..seangkatan dengan
Andy Hakim ( Hindi Power )
- dolu2 peminat tegar THR ni..hehe..


Nurul Shuhada mcm tak ngam jer bila berganding ngan Abby..
gandingan yg best ialah dengan Ally Iskandar..


Bukak TV1 seawal 6 pagi bagi menonton "Surah-surah pilihan", sambil2 menyediakan sarapan & persiapkan diri untuk p kojer.. tenang jer hati kan bila mendengar alunan bacaan surah & terjemahan yang dibaca oleh Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab yang juga Yang DiPertua PIBG sekolah anak-anakku.

Selesai rancangan tersebut, trus tekan TV3 tgk citer MHI plak.. emm..comel dan ayu plak bila melihat wajah si pengacara MHI - Habsah Omar atau lebih dikenali sebagai Abby Fana. Beliau baru sahaja pulang dari menunaikan haji.

Moga2 aura keimanan tersemat pada hati-hati kita smua..Ameen!

Tuesday, December 6, 2011

~ JJCM ngan Hana ke Pasar Seni~


Malam tadi terima sms dari Hana temanku yang juga seorang cikgu kat MTD.. hehe.. dan tgh hari tadi kami keluar sama dan JJCM ke Pasar Seni.

Segala macam2 yang kami sembangkan.. sampai hilang suara arr.. kongsi citer2. utk rekod, dah dekat2 6 bulan tak jumpa.. almaklumlah bz bebenor cikgu sekolah askar ni.. :)

Di akhir pertemuan, beliau bagi souvenier... waw! i'm shy arr.. terima kasih Hana. Katanya beliau ada pi beberapa trip ke Bali, Sipadan & Cameron Highland.

Friday, December 2, 2011

~Ubi Kayu Rebus~

~tinggal sikit lagi ni..-

Hari ni.. hari Jumaat. Penghulu segala hari.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
Pagi ni tiba awal sangat ke opis.. malas plak nak p cari breakfast kat Maybank.. so p ajer arr ke kantin.

Seperti biasa dalam perjalanan ke sana aku bertekad nak makan bihun goreng.. yumm..yumm.. sedapnyer.. kalo dapat.. hehe..
Tapi pagi ni takde plak.. dan hati terasa teruja tatkala ternampak ubi kayu rebus + kelapa parut+ ikan masin di balut dengan plastik. Kalo dah plakstik.. faham-faham sajer la.. ini ada org order.

Haha.. tak sangka plak pakcik kantin ni terperasan kot.. segera dia ambe polisterin.. hehe.. Alhamdulillah rezeki hari jumaat yang penuh dengan berkat ni..terima kasih pakcik! terima kasih..

Sampai kat opis, segeraku keluarkan gula ( M'cD punyer).. apa lagi.. operasi cicah-mencicah arr..

Thursday, December 1, 2011

~Ke Ibusawat TM Bandar Tun Razak~

-Wakil dari NUTE KL-


-GM State KL( berbaju putih ) yang sedang kusyuk mendengar -


Khamis pagi,aku & kak Umi wakilkan SFO & SA KL untuk ke mesyuarat NUTE & Management TM State ke Ibusawat TM di Bandar Tun Razak..hehe jadi tukang tengok jer tgk diorg berbincang. Pelbagai perihal masalah non-Exe ( teknikal) KL dibangkitkan pada pertemuan tersebut. Memang tak dinafikan tugas Non Exe bahagian teknikal bukanlah sesuatu yang mudah.

Majlis bersurai 3 jam kemudian dan kami disajikan dengan masakan arab lah.. huhu.. "Nasi Arab Saba' Setiawangsa".. yumm..yum.. Alhamdulillah !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...