Saturday, June 30, 2012

Kenalkah Anda Wanita Ini?


Kenal dia? Dialah Dr. Aafia Siddiqui. Seorang muslimah dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun.

Namun, tiada seorang pun pemimpin umat Islam hari ini tampil untuk membelanya. Malah, kerajaan Pakistan sendiri yang membantu Amerika Laknatullah untuk menangkapnya.

Beliau bukan sahaja dipenjarakan, malah turut dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada hidungnya. Bukan sekadar itu, beliau juga turut dirogol di dalam penjara.

Kebobrokan pemimpin umat Islam hari ini jelas terpampang apabila mereka tidak menghantar sebarang bala tentera untuk menjawab kebiadapan Amerika.

Sudah lupakah kita, Khalifah Mu'tasim Billah menghantar bala tentera untuk menyerang Rom kerana beberapa orang kafir telah mempersenda aurat seorang muslimah pada waktu itu? Di mana pula bala tentera muslim hari ini?

Wahai umat Islam, butakah mata hati kita sehingga kita sanggup menyokong pemimpin-pemimpin muslim (yang menzalimi umat Islam sendiri) hari ini? Mahukah perkara yang sama berlaku pada ibu, kakak, atau adik kita? Mahukah ibu, kakak, atau adik kita senasib dengan Dr. Aafia Siddiqui? -soutulmujahid

kredit dari :-
http://greenboc.blogspot.com

Monday, June 25, 2012

~Kehidupan ~

Malam tadi selepas solat maghrib, seperti biasa aku n hubby dok santai di ruang tamu, sambil2 melipat kain yang telah terkumpul 3 hari lamanya.. emm.. bertuahnya badan punyai suami yang rajin.. kami melipat kain seperti berlumba-lumba siapa yang lebih banyak melipat kain.. fuhh.. alahai..

Dalam pada itu, Diena menghampiri kami sambil mengambil baju-baju yang telah di lipat & menghantarnya ke bilik tidur.. ternyata beliau anak yang rajin.. macam ayahnya kan.. Alhamdulillah.. memang keluarga kami bahagia. punyai anak-anak yang ringan tulang. :)

Cumanya sampai sekarang ni aku masih terfikir akan perbualan kami malam tadi.. Diena bercerita mengenai kawan sekolahnya yang miskin. Pakaian sekolah yang lusuh (koyak dan berkedut ). Beliau juga menceritakan akan keadaan temannya itu  yang tidak terurus dengan baik. Apa lagi teman-temannya yang lain mengeji dan menjauhkan diri dari beliau.. alahai. Di zaman moden ini ada lagi ke anak-anak yang sebegini? 

Diena bercerita lagi yang beliau pernah bertanya pada temannya akan keadaannya yang tidak terurus dan bagaimana beliau menguruskan diri. Lantas temannya menjawab yang keluarga beliau tidak mampu dan tinggal di kawasan flat. Ayahnya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Semenyih sementara maknya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Dirumahnya tiada barang elektrik seperti saterika, TV, serta barangan elektrik yang lain. Oleh kerana keluarganya yang daif, kadang kala beliau tidak di beri belanja oleh ibubapanya.

Aku dapat lihat raut wajah Diena yang kelihatan sedih tatkala beliau bercerita perihal temannya. Sebagai seorang ibu, aku menasihatkan belaiu agar terus berkawan dengan temannya itu. Hulurkan bantuan sekiranya temannya memerlukannya. Jadilah seorang pendengar yang baik untuk temannya itu. Sedarilah anakku, kita perlu bersyukur dengan  nikmat yang Allah berikan untuk kita semua. Bila mana kita di uji dengan dugaan hidup, sedarilah ada insan lain yang barangkali susah kehidupannya. 

Emm.. ternyata anak kecil ini sedang belajar akan kehidupan alam.. 


GURINDAM SELOKA- RAMLAH RAM
Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa

Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa

( korus )
Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca
Gurindam serta seloka

Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa

Monday, June 18, 2012

~ Aku dan dia ~


best..best.. best...
best sebab ada drebar utk 2 hari ni.. hehe

hari ni & esok hasbenku ada training kat Hotel Istana KL.. jeng..jeng...jeng.. kluar satu idea ngade2ku.. nak itut..nak ituttt.. hasbenku cakap tak boleh.. tapi aku nak jugak.. nak jugak..

actually sejak pindah tempat kojer.. aku p kojer sorang2.. takde kawan gaduh apa lagi drebar..emm.. emm.. takde la sedih mana pun. cuma sesekali rinduuu arr.. maybe jugak sebab ni tgh ngada2..
akhirnya permintaanku dituruti.. hehe.. tapi biase arr.. kena naik motor arr.. itu syaratnya.. bagiku ok jer..

gambar hanya hiasan ek..

Angin sempoi2 bahasa.. cewah..cewah..
naik motor & merempit bersama-sama..hehe.. tapi biase arr hasbenku ini.. bawa motor pun 60-70km jer.. payah nak tengok dia bawa laju..laju.. dalam perjalanan ke opis tadi, kelihatan sebuah keter wira..dipandu oleh seorang lelaki india dan kelihatan 2 orang anak kecil yang berumur dalah lingkungan 4-5 tahun... anak2 ni dok tengok kita dari tingkap keternya.. dan paling best siap melambai-lambai tangannya ke arah kami.. so sweet kan. ish.. glamer jap..lantas ku membalas lambaian ala2 Puteri Diana.. hehe.. ish.. lucu btul arr :). Slalunya kalo aku drive n bawak anak2 skali, memang aku pun soh buat macam tu kalo jumpa orang bermotor.. ntah la.. dah terbiase macam tu.
Memang tak dinafikan kalo naik motor ni sakit belakang.. tapi kalo melalui saat2 manis macam tu, hilang smua sakit.. kan..

k, nak tito.. esok nak kojer.. utk abg, thanks a lot..esok kita merempit lagi ek.. yuhuuu..

Sunday, June 17, 2012

~ citerku hari ini.. p kelas & TM Award Nite ~

emm.. penatnyer.. almaklumlah berat badanku dah bertambah.. emm bukan sebab kuat makan. :) biase arr bz2 sedunia..but i'm happy with my life.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sabtu yang lalu, adalah jadualku penuh dengan aktiviti2 luar..kesian kat anak2 kan.. tapi sebagai gula2.. pagi2 tu sempat jugak masakkkan rendang ayam, sambal tumis ikan bilis & ikan goreng..tumis sayur bayam dan sambal belacan kegemaran suamiku.. (emm.. pelik btul org pantai timur yang ni.. suka plak makan pedas2, bukahkah sana makanannyer manis2 hehe..sbg isteri, ku layan ajer arr ).. lps tu dari 10 pagi hingga 3 petang pi plak kelas.. aduss.. balik rumah pun kejap jer sebab trus ke MMU bagi ikut serta ngan team State KL utk dinner sempena "TM Group Award Nite 2012". 

Seperti yang diramal, memang pasukan Perak memenangi Pasukan Sorak yang paling best.. allo.. hip..hipp.. hooray! ( negeriku yg tercinta walaupun ku berada di KL). Diorg siap bawa bendera Perak yg panjang.. lebih kurang 200 meter, berkibar-kibar sambil menyanyi lagu.." Ipoh mali talak sombong'..) macam KL dan negeri2 lain.. biase2 jer.. 
Lain2 acara..ok arr.. antara pertandingannya ialah.. Manager, Executive, Support Staff & Group Terbaik.. TM Consumer merupakan Group terbaik tahun ni..tahniah utk diorg.
Zaki, temanku masa TM Star 2011 pun buat persembahan. Cayalah geng.. utk pengetahuan, beliau merupakan Johan TM Star 2011..masa rehearsal dolu2, hari2 berulang dari Melaka ke Menara KL..jauh tuu.. :)

Aflin Shaukil pun ada buat persembahan.. cuma sedikit boring masa Stacy nyanyi jer.. yea la lagu2 budak2 sekarang..terlompat-lompat & terkinja-kinja..hehe..( masa tu dah pkl 10.30 mlm, so biasenya waktu ni dah Zzzz.. ). Aku tak boleh imagine org2 yang beruban pun sama2 suka-suki jer.. ish..ish..
Majlis bersurai jam 11.50 tgh malam..sampai rumah jam 12.30 tgh malam..

Ohh.. malam itu sangatlah penat..kerana jadualku padat :), k nyarislah esok ahad.. bolehlah rehat.. yahooo!




Tuesday, June 12, 2012

~TM Group Award 2012 @ MMU Cyberjaya ~

jeng..jeng..jeng.. minggu ni minggu hangat sedunia, di tambahkan lagi musin bola yg kian melanda di seantero dunia.. dan dlm kebingungan.. minggu ni plak sibuk dgn FCCAS, PNL, kojer2 yg biase di tgh bulan..hehe.. dan akhirnya yg dinanti-nati tm group awards nite 2012 akan diadakan pada hujung minggu ini.. ngeh..ngeh..

Mengimbas kembali, thn lps tak semena-mena dpt plak masuk TM Got Talent.. fuhh.. ntah ape2 btul.. pelik n ajaib.. taklah tergedik-gedik nak masuk cumanyer sesajer..ala memeriahkan lagi suasana..aku ni bukanlah jenis sosial ekk.. biase2 jer, kalo ia memberi impak yang baik insyaAllah aku masuk, tu pun setelah dapat keizinan hasben terchentaa..begitulah jugak dgn hasbenku.. setiap tindakan yg bakal kami lakukan.. kami akan berbincang terlebih dahulu..percayalah, menjadi suami isteri ni mmg best..dari kita berkawan :)

Dan tetiba.. jeng2 dapat jemputan untuk ke tm group awards nite 2012 yg bakal berlangsung di Dewan Canselor MMU Cyberjaya pada sabtu ini. pergi ku ini bukan seorang peserta tapi sebagai penonton..ngeh..ngeh.. insyaAllah kami dapat baju seragam ala2 pemain bola 
(tak boleh diimiginasikan lagi..) bagi mewakili TMKL. Di sana jemputan dari satu Malaya termasuk Sabah n Sarawak..sejak masuk KL ni, aderla 3-4 baju dapat free walhal masa kat RND mane der.. kat sana hanya golongan tertentu ajer dapat.. "kan jenet kan..kan jenet kan.." kalo pun nak dapat kena la beli.. : ( . Golongan yang tertentu tu ialah pemain bola, boling, dan seangkatan dengannya.. :) .

k, nak sambung kojer ni..

Sunday, June 10, 2012

OST Keluarga 99




sesekali layan citer lama best jugak.. citer baru tak terkesan arr, kesah lama lebih mencuit hati.. k, semoga terhibur :)


Tuesday, June 5, 2012

terjahan..

hoho.. lunch hour ku habiskan dgn menterjah blog orang.. hehe.. 
finally dapat jugak buka blog EE.. korang kenal tak EE.. ala yg gitu2 tu..

Adik iparku mmg minat yg amat sangat dgn wife dia ni.. k, jom terjah..

k, sambung kojer balik..


Monday, June 4, 2012

~ sampaikan salam di angin lalu..~

Angin jugak jika orang suka membandingkan cuti aku ngan orang lain.. apsal plak suka membanding- bandingkan aku dan dia.. ish.. ish.. dlm keadaan sekarang memang badan kadang kala tak sihat, slalunya awal2 ngandung mcm tu kan.. ni masuk bulan ke 5, barulah penyakit alahan datang.. bukannya saje2 nak sakit.. ish..apsal org dok senang ngan aku ni pun aku tak tahu. bleh tak jaga mulut dr mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati.. semoga Allah memelihara hatiku & hatimu jua.. :(

tak gemor btul kalo org dok suka sembang2 pasal org kat aku.. udahlah berbadan dua, dengar plak citer itu ini pasal orang adush.. aku ni dari dulu memang dok suka sembang2 pasal orang.. menceritakan keaiban orang pun dah dosa apa lagi menokok tambah citer2..

sekarang.. tgh bermuhasabah diri..:), minggu ni btul2 menguji keimanan pada diri sendiri. kejer dok tension.. hal orang plak yg membuat aku terfikir apsal diorang mcm tuu...

Hanna.. help! help!


Kesimpulan kecil.:)

Mengutuk : Straight, berdepan/belakang, bahasa kasar, lelaki
Mengumpat: Bengkang bengkok, berintonasi, tokok tambah, belakang, perempuan


P/S: Tak pasti pula kalau dalam blog boleh diklasifikasikan sebagai mengumpat atau tidak.:)
 

Nota kaki:-
tahniah kat En Saiful, kerana dapat baby boy setelah sekian lama menunggunya.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...