Monday, August 27, 2012

Pagi ni hujan turun dengan lebatnya.. bila dah hujan ni faham2 ajer arr.. malas satria baja hitam datang arr.. tapi aku dok layang sangat.. kugagahi jua.. suamiku.. emm bestnyer dia.. masih lagi bercuti..hoho..jelesnyer gue..  

Dalam perjalanan nak kluar dari taman perumahanku.. dah pasang niat nak belikan sarapan utk 2 pakcik guard kat opis aku.. ntahlah.. hati ni sayu jer tengok diorang..lantas ku singgah gerai kat tepi padang tuu.. membeli 2 bungkus bihun goreng untuk mereka. Untuk aku plak 1 nasi lemak dan bihun.. bekalan sarapan dan lunch hari ni.. :). Untuk jalan2 memang tak larat doh.. so belilah siap2..hehe :)

emm.. kini kandunganku dah masuk minggu ke 30 atau pun 7 bulan ++. Cepat betul masa berlalukan.Lebih kurang 2 bulan setengah lagi akan bersalin.Kadang-kadang rasa takut jugak walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum ni.. yealah jarak Aishah dan adiknya 6 tahun..mahu tak telan air liur memikirkan mcm mana la nnt...

Setiap kelahiran anak , ceritanya berbeza. ada yang sakit sesgt, ada yang mudah aje bersalin. Tapi macam tu arr nama jer sakit.. namun bila tengok baby.. dah tak ingat sakit tu.. hehe..suamiku slalu citer kembali kat aku tatkala saat-saat kelahiran Aishah.. masa tu aku siap cakap soh dia kahwin jika berlaku perkara yang tak diingini pada aku...(ishh bleh caya ke..hasben aku ni..btul ke apa yang aku cakap kan tu.. ) Aku sentiasa berdoa, semoga kelahiran baby yang baru ni dipermudahkan oleh Allah swt. 

Keutamaan bagi kami adalah kebahagiaan anak-anak. Didikkan agama yang baik buat mereka kerana itu adalah aset untuk kami di akhirat. Kasih sayang sepenuhnya akan diberikan pada mereka.. bukannya kemewahan semata-mata. :)

selingan jap.. 
ni Qayyum anak Eni, berusia 2 bulan.. thomel kan..

k, nak sambung kojer.. cau cing cau..

Friday, August 24, 2012

Salam Aidilfitri buat semua..
hehe.. dah lama tak updated blog..dah naik bersawang blogku ini.. alahai.. nak buat macam mana.. seronok sangat beraya sampai malasss nak bukak blog ni.. hehe.. sebenornya bz yang amat sangat.. dr nak raya.. sampaikan beraya pun bz di dapur mak kame di kuale.. byak plak request dr abahku.. nak nasi ayam.. nak mee sup utara.. sampai 3 hari berturut-turut.. itulah hidangan kami sekeluarga.. air koktail lagi ar.. sebagai anak dan kakak yang sulong.. ku turutkan sahaja kehendak mereka..

Raya kedua, aku menerima call dr sahabatku siti.. beliau memaklumkan bahawa sahabat kami Zarina.. telah pun meninggal dunia pada pagi jumaat yang lalu. Beliau meninggal dalam tidur..terkejut tatkala menerima berita tersebut. Takziah pada keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang ynag beriman.. Alfatihah..

pregnant 7 bulan ni.. 
emm tu pun orang kata kita tak macam pregnant.. huakk...


masuk raya ke 3, kami sekeluarga mula bertolak ke Tgau melalui Gerik.. emm.. seperti tahun2 sebelum ini.. 10 jam kami di atas jln raya.. so hasben ajak bermalam di Selising, Pasir Puteh Kelantan... rumah mok ( nenek hasben..). dari semlam jadi ke dua malam.. hehe. drebar plak tiba2 demam ..dok sana dapatlah makan nasi dagang.. nasi berlauk.. dan nasi kerabu.. memang bulat arr kami.. sempat jugak lah menziarahi nenek sedara suamiku yg cacat penglihatan tuu lagi..kali ni berita sedih kami terima.. suaminya berkahwin lagi.. :(. beliau yang kehilangan penglihatan sejak melahirkan anaknya yang pertama suatu ketika dahulu.. emm dan kini mempunyai anak 5.. emm.. sedih jugak mendengar cerita sedih beliau dari mok temoh..
menghabiskan masa petang kami di pantai di Merchang..

Bila dah raya ke 5, kami mulakan perjalanan ke Terengganu.. ia mengambil masa 4jam setengah..dapatlah buat beberapa aktiviti ziarah ke rumah saudara mara di sini.. ingatkan dapatlah jumpa ustaz Azhar yang khabarnya nak menziarah tapi takde rezeki.. beliau sibuk dengan jemputan lain.. isterinya sahaja yang datang.. hehe ( isterinya adalah adik kepada Ayah Usop..yang jugak bapa sedara suamiku..)
dan esok.. kami akan kembali pulang ke KL.. semoga perjalanan kami berjalan dengan sempurna..InsyaAllah.

k, gud nite smua!

Monday, August 13, 2012


Sedar  tak sedar dah 23 hari kita smua berpuasa kan.. dan pagi ini mmg terasa suasana nak beraya.. hehe.. bukak mana2 channel pun smua pasang lagu raya.. ish.. rimas plak.. tapi tatkala dengar lagu sudirman.. hati lagi gelisah..bergelora jer rase jiwaku.. 'hoho.. balik.. kampung..balik kampung..' mane bleh tahan beb.. terasa diriku berada dikampung.. eip..silap2..terasa diriku, suamiku serta anak2 dikampung.. lupa plak.. keme dah berkeluarga.. hehe..

Tahun ni kami akan beraya di Perak dahulu.. & insyaAllah raya ke-3 akan bergerak ke Terengganu melalui Grik.. tak tahulah sampai pukul berape.. kalo ikut trend raya2 tahun terdahulu.. standardnya perjalanan mengambil masa 12jam arr.. almaklumlah.. laluan ke Pantai Timur jalannya taklah lebar mana.. so kena lebih berhati-hati.. apa lagi kat atas jalan raya dah tentunya org sibuk nak beraya.. sah2 ‘jem’.. Moga2 Allah mempermudahkan perjalanan kita smua..

Kuih Raya… emm.. pecah rekod tahun ni.. hehe.. sebab kerajinan yang ketara.. rajin plak nak buat biskut Mazola, biskut arab, biskut oat serta biskut cornflakes.. Alhamdulillah.. my hubby & anak2ku membantuku untuk buatnya bersama.. tapi biase arr.. diorg ni buat n pandai makan.. dan kini dah tinggal sikit jer.. uhuk..uhuk..alahai.. tengoklah esok lusa nak buat ni.. nak beri mak mertua & mak dikampung.. harap2 rajinlah hendaknyer aku dikala itu..

Kek Raya~ emm.. bab ni kena tgk dolu.. adik2ku memang soh buat.. diorg request kek sandwich & kek coklat.. tengok arr.. dolu2 masa kat RND suka benor order kat sorang kawanku ini.. kami panggil dia Farah.. hehe.. kek sandwichnya sedap sangat.. lama2 order macam tringin plak nak try test plak.. Alhamdulillah.. rupanya kek ni tak lah susah mane pun..  sejak dari itu memang aku akan buat arr..

Utk raya kali ni tak plan ape2.. sebab bila dah berbadan macam ni nak jalan2 pun tak larat.. ku serahkan pada suamiku untuk merancang segalanya..

k..waktu rehat dah abiss… to be continue.. Assalamualaikum..

Thursday, August 9, 2012

Petang tadi kami bersantai di ruang sofa. Tiba-tiba Diena bersuara padaku..
Diena : Umi, Iena boleh hafal Rukun Iman & Rukun Islam..Alhamdulillah.. kawan2 Iena yang lain tak boleh menghafalnya lagi arr..
Umi: Bagus arr.. kalo dah hafal.. eloklah amalkan sebaik-baiknya. Besar pahalanya :)
Tiba2 si Aishah mencelah..
Aishah : Umi, Aishah pun boleh hafal tau..
Umi     : Yea ke.. bagus arr.. Rukun aper tu Aishah?
Aishah : Rukun Negaralah Umi..
Aku dan Diena pandang sesama sendiri sambil tersenyum.. melihat telatah si anak kecik in..
ish..ish.. Aishah.. Aishah..

Wednesday, August 8, 2012

aktiviti semasa..

baru pulang dari Shah Alam.. menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat.. hehe.. semalam pun sama..di Cyberjaya ( ingat nak singgah R&D, tapi jadualku tak mengizinkannya ) apa pun kini kuserahkan padaNya.. usaha pun sudah.. jika ada.. ada arr.. kalo takde its ok.. cuba lagi..kan. kija kat tempat sekarang pun hepy2 jugak..

Nak jalan2 kat Shah Alam tadi pun tak best sebab Mr Hubby dok ikut.. bz sokmo dgn kojernyer kat Ibusawat.. so pakat2 trus masuk opis di KL.. fuhh satu perjalanan best.. sebab lurusss jer.. takde belok2.. hehe..

Tapi tampaknya lps raya ni lagi arr bz.. sebab TM nak buat pertandingan " Raya Merdeka'.. so ada arr aktiviti2 yang menarik hatiku untuk turut serta.. hehe.. jgn plak terkezut plak.. akan kehadiranku ini udah arr.. ianya sekadar meraikan sahaja.. sesungguhnya minatku terhadap seni kesusasteraan mahupun seni kebudayaan tu ada.. walaupun dok asyik berkire-kire jer. hehe..

k, nak siap kojer n strusnya p solat zohor..

Monday, August 6, 2012

Nuzul Al -Quran

Selamat Menyambut Nuzul Al -Quran buat semua umat islam..

Sedikit info mengenai Nuzul Quran...

Peristiwa Nuzul Al Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana Kitab Al Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, tahun ke 41 daripada Keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira..

Walaupun Selangor dapat cuti am.. tapi kami di KL, kojer macam biasa.uhuk..uhuk..
esok dan lusa akan mula menjelajah ke Shah Alam dan Cyberjaya.. emm.. chaiyok! chaiyok ! utkku dan smua teman2 TM yang akan sama2 "bertemu dan menduga..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...