Monday, December 17, 2012

Asyraf..




Baru pulang dari Hospital An Nur Bangi..
Kai ni Asyraf di tahan di wad disebabkan demam dah tiga hari. 
Maka, si ibu dan anaknya bermalamlah di sana 4 hari.. Alhamdulillh keadaan Asyraf kembali baik. 
Sepatutnya dalam usia beliau, untuk 6 bulan pertama kelahiran..beliau tak sepatutnya demam.. tapi tu arr, Asyraf berjangkit dari abahnya dan kakak & abangnya... uminya sahaja yang tak kena.. 
Dihospital, Asyraf telah diberi rawatan oleh Dr Arbaiyah. 
Dalam uminya yang dalam kesedihan , Dr Ar memberi harapan dan semangat kepadaku.. mengalir air mataku tatkala melihat sikecilku diberi suntikan malahan tiub dihidungnya ( bagi mengeluarkan seselma).
Terima kasih kepada Dr Ar dan nurse2 disana.. memang tip-top arr kerja mereka smua.

Dalam pada itu tarikh 12.12, merupakan tarikh sibuk di hospital tersebut. Ramai juga ibu-ibu melahirkan bayi di sana. Sama la, masa 10.11 yang lalu..pun ramai juga yang booking tarikh tersebut. Nyarislah ada bilik untuk kami berdua. 

k, mummy nak tito.. ketemu lagi ek ;)




Friday, December 7, 2012

Aishah mengigau..


Sejak kehadiran si kecil ni maka rumahtangga kami kian bahagia.. emm.. dari abahnya..umminya, kakak mahupun abangnya serta adikku si Wany memberi kerjasama yang utuh gitu.. kalo si Asyraf nak nenen.. mahupun nak yak.. tak menang tangan untuk ku gapai semuanya.. alhamdulillah diorang membantuku..

Berbeza masa zaman melahirkan Aishah.. masa tu ada bibik, so sedikit sebanyak kerjaku dibantu olehnya. Barangkali juga sebab umurku dah besar.. (ngeh2..pipiku kemerahan ni..) jadinya kederat taklah seterer dolu2.. Alhamdulillah ku bersyukur kehadrat Ilahi kerana pinjamkan kehidupan berkeluarga ini dengan sempurna.. InsyaAllah akan kulayari keindahan ini dengan sebaik mungkin..

Emm.. nak citer gempak sikit ni.. seperti malam2 sebelumnya.. waktu 2pagi adalah waktu berjaga untukku dan Asyraf.. melayan karenahnya.. yang berjaga malam dan tidur di siang hari..uhuk..uhuk.. Abah pula dah 3 malam tidur lewat bagi menyiapkan projek opisnya.. yang dijangka tamat penghujung bulan Dec ni..
Kesahnya si Aishah.. yang tiba2 bangun dan terus membuka pintu rumah.. masa tu jam 2.45pagi.. aku yang masa itu dibilik bersama Asyraf.. amat2 terkejut tatkala mendengar suara orang diluar rumah yang sedang bersembang.. bila ku buka jendela ku dapati Si Abah sedang memujuk Aishah agar masuk rumah.. ternyata si Aishah sedang mengigau.. beliau berjalan dalam tidur.Astahfirullah hal'azim..nyaris Abah ada..
Puas juga si abah memujuknya agar masuk ke dalam rumah.. tak jalan rupanya :).. abisnye si ibu mengambil tempat untuk membantu.. barulah ok..

Pagi tadi sempat bersembang di dapur bersama abahnya... katanya adiknya si Fadliyah pun macam tu juga dolu2.. siap berlari-lari kat depan rumah bersama Ma.. 
peliknya ngigau macam tu.. tapi kelakar pun ada.. kakak kat pejabat pun pernah cerita hal anaknya ketika kecil dahulu. Anaknya siap berlari-lari di tengah padang sekolah ( sekolah berasrama). Akhirnya beliau menukarkan anaknya bersekolah harian bila memikirkan si Anak memang suka mengigau (tidur sambil berjalan..) :)
kalo ikut sebelah keluargaku.. biasanya ngigau cakap2 jer.. tak pun p cakar2 dinding.. hehe.. macam-macam kan..hihi..

Apapun yang terjadi.. jangan biarkan diri anda dalam misteri.. hehe..

"hari ini hari jumaat
 esok hari sabtu..
 hendaklah kita taat
 kepada Allah, tuhan yang satu.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...