Wednesday, February 27, 2013

10-5=5




Bismilahirrahmanirrahim..

Tiba2 jer teringat plak kat adik-adikku yang pompuan..Eny, Wanie, Fatin & Izzati. Memang benar aku ni punya adik2 yang ramai. Namun dengan yang pompuan, dolu2 tak rapat sebab diorang ni kecik2 lagi. Aku lebih rapat ngan adik2 lelaki.. iwan, ipin, epul. Sebab kami semua rapat2 umurnya. Kawan baik mahupun kawan gaduh gusti2..itulah dia.. 

tapi biase arr slalunya aku yang menang hehe.. sebab slalunya aku akan nangis tatkala kalah bila main gusti-gusti atau main tembak2 ( main masak2 tak pernah arr).. apa lagi masa tu abah akan support.. wah2.. memang best zaman tuu..yea la ‘anak abah’.. ( masa tuu ingatkan hanya 4 org jer anak, sorang pompuan yang lain lelaki )segala permintaan smuanya dapat.. adik2 baju 2, aku? Hehe.. 5 pasang..

Namun bila dah makin dewasa, dan aku plak dok kat asrama.. keluarga kami makin bertambah.. dari 4 ke 5.. sampai la aku nak kahwin pun dulu.. aku dah 10 beradik.. memang meriah lah kluarga besar kami..

Hanya bila dah berumahtangga, barulah aku mulai rapat2 dengan adik2 pompuan.. yang laki2 dah buat hal masing2 (berdikari). Mereka juga selalu menjadikan suamiku sebagai tempat rujukan untuk hala tuju belajar dan masa depan..sampai ke situ rapatnya mereka dengan suamiku.. Alhamdulillah..




Benarlah kata orang tua, Air dicincang tidak akan putus..memang satu perumpamaan yang sangat baik untuk kita gambarkan hubungan pertalian darah di antara adik beradik. Sesuai sangat arr perihal adik-beradik kami. Gaduh2 tu biase arr tapi taklah sampai putus saudara.. 

Itu satu hakikat yang kita tak boleh ubah sampai bila2. Hatta sampai dunia Kiamat pun fakta itu tidak boleh diubah!



Tuesday, February 26, 2013

Alkisahnya



Bismilahirrahmanirrahim..

Petang semalam aku pulang lewat dek kerana urusan pengeluaran wang gaji dan mengambil anak2 di sekolah Abim. Sesampai jer di rumah kelihatan suamiku pun baru sampai dari mengambil baju sekolah Aishah di Transit.
Begitulah rutin kami sejak sebulan lalu. Kalo tak Izzati adikku yang bantu..
memang keadaan begitu hura-hara dibuatnya sejak sebulan yang lalu..

Jam menunjukkan tepat jam 7.15 petang, lalu ku mengajak suamiku untuk ke Taska mengambil anak kecikku Asyraf Haqem.. ternyata hanya Asyraf ajer yang tinggal di sana..ciannye anak Ummi..aku dakap dan ku cium pipinya..

Sesampai jer di rumah, aku dan Asyraf segera keluar dari kereta.. yealah nak kejar solat.. makan minum anak.. dan yang pasti jam 8malam, rutin biasaku di hari kerja.. 


Elok jer ku buka pagar rumah, aku dan suami terdengar suara anak kecil meminta tolong. Nadanya semakin kuat dan aku mulai resah. Waduh.. ada real drama di depan rumah kami. Kami yang terpaku seketika melihat aksi yang bisa menitis air mata.
Astaqhfirullahhala'zim..aku beristighfar beberapa kali. 

Haziq anak kecil jiranku Nadia(emaknya) sedang meronta-ronta meminta tolong dan ihsan ayahnya. Kelihatan ayahnya pula memaksa anak kecil itu menaiki kereta Myvi kelabu tuu.. hairan plak.. apsal plak tuu… dan masa itu juga aku dapat lihat Nadia menghalang suaminya dari terus berbuat demikian.. masa tu aku dapat lihat juga 2 anaknya yang lain(Kaseh & Hijjaz) pun ada di dalam kereta tersebut. Mereka pun kelihatan menangis..alahai, apa kes ni?

Kami yang hanya mampu melihat, tak tergamak nak mengganggu rumahtangga mereka. Namun kami berharap agar ianya kembali pulih.

Selesai solat maghrib, aku uruskan kejap sikecik Asyraf.. susunya dan menukar pampersnya.. settle. Sementara tu Aiman Hafiz sibuk mengemas ruang tamu.. yea la satgi sessi ngaji plak. Memang tugas hariaanya. Aishah & Diena plak sibuk menyusun kasut dan membawa kluar Alquran dan Iqra’.. begitulah sibuknya kami anak beranak..

Alhamdulillah..malam ni ada 13 org (termasuk anak2 ku) yang mengaji. Sesudah sessi mengaji selesai, tergerak plak hati nak tanya Ikmal, anak didikku yang juga sepupu kepada Haziq ( yang nangis maghrib tadi).

Katanya “Ayah & ibu haziq nak berpisah.. jadi mereka dalam proses nak pindah ke Subang.Tadi, ayahnya nak bawa Haziq dan adik2nya lari… cian mak Haziq..dia pregnant tuu .”

Alahai sedih plak aku mendengarnya.. apalah nasib anak2 kecil ini selepas ini.
Secara peribadi aku suka anak2, walaupun anak orang dah macam anak sendiri.. maybe sebab aku lahir dari keluarga yang besar dan meriah dengan suara anak2 kecik..biaselah anak orang kampong..


Haziq dan adik2nya dah aku anggap macam anak sendiri. 
Selalunya, kalo mereka dok lalu depan rumah, memang akan aku panggil untuk di ajak bersembang dan di beri gula2 mahupun makanan..lagi pun laluan lorong rumah kami ada kalanya sibuk dengan kenderaan yang mundar-mandir.. kan bahaya dok kat situ..

Adikku Wanie pun sama sepertiku.. beliau memang manjakan Kaseh..
Besarlah harapan dan doaku agar keluarga ini bersatu semula..
Moga2 Allah memberI kerahmatan buat kita semua..Tataa!


Nota kaki:-
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Al-Israa' ayat 24 -

Monday, February 25, 2013

Pesan Imam An Nawawi



“Empat faktor menyebabkan gelapnya hati :
 Perut kenyang melebihi batas, 
bersahabat dengan orang zalim, 
melupakan dosa-dosa lalu dan
panjang angan-angan. 

Empat faktor bercahayanya hati : 
Perut yang lapar kerana berhati-hati,
bersahabat dengan orang yang baik,
mengingat dan menyesali dosa lampau serta
 pendek angan-angan”.     

-Imam An-Nawawi-

Tuesday, February 19, 2013

Naluri seorang ibu II

Assalamualaikum..
Pejam celik umur Asyraf dah berumur 3 bulan 10 hari.
Baru baru ni Asyraf terkena chicken pox. kelam-kabut kjap..Alahai dik baru lepas demam dah kena chicken pox pula. Oleh kerana Asyraf tak sihat maka kami laki-bini bergilir-gilir arr menjaganya di rumah. Alhamdulillah kini beliau kembali sembuh.

Tapi tuu arr.. Uminya plak yang demam.. gagahkan juga arr ke opis .. yea la last week datang kojer pun sehari jer..
kojer..kojer..kojer... mmmg enjoy dengan kojer ni..
kalo bab2 kojer yg lain.. insyaAllah..i can do it. 
but kalo bab2 jawab tipon, memang aku kecualikan arr. Almaklumlah suara ala2 Mr Hariah.. bukan Mrs Hariah..harap2 smua akan kembali pulih 2-3 hari lagi.

Dalam pada itu, naluri hati seorang ibu terpanggil lagi. 
Kali ini, kita digemparkan berita "Kes dera baby oleh Amah di Pahang". Video CCTV Pembantu Rumah Indonesia Dera dan Lambung Bayi Yang Berusia 4 Bulan Di Kuantan. Tak sampai hati nak nengoknyer apa lagi nak letak kat blog.. Berita mengenai penderaan bayi yang berusia 4 Bulan telah disiarkan semalam di Buletin Utama TV3. Memang sangat terkejut melihat video cctv yang disiarkan.. serriaauunyer...

Pembantu rumah Indonesia itu telah melambung dan membaling anak majikannya seperti bantal sehingga membuatkan anak majikannya terjatuh dan menangis tanpa henti.
Yang peliknya boleh plak majikannya meninggalkan anak keciknya bersama amah yang baru sehari tinggal dengannya..
kalo ikut pengalaman arr, sepatutnya biarlah ada orang lain yang memantaunya.. at least 2 bulan.. baru ok.InsyaAllah.  
walaupun pasang cctv, korang tengok arr.. anak kecil yang tak berdosa tuu sempat arr dideranya untuk beberapa puluh minit.. barangkali waktu anak kecil itu dimandikan pun dideranya.. ( takde cctv di bilik air kan..)waallahu'alam..

Namun begitu, kita smua menarik nafas lega apabila semalam kat Mahkamah.. amah tersebut telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.. Alhamdulillah.. itu yang terbaik. walaupun ramai pihak tak berpuas hati tapi cukup memberi pengajaran untuk kita smua.. sama ada sebagai ibu bapa mahupun orang2 biasa. 

Zaman sekarang ni amatlah susah nak mencari orang yang betul2 dipercayai. Hanya iman dan takwa yang membezakannya.. marilah sama2 kita memperbaikinya dengan mengaudit semua ketakwaan kita kepadaNya..
 

Thursday, February 7, 2013

Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini.

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA

Nota kaki :-  
dolu2 slalu mendengar celotehnya di radio KLFM... alfatihah untuk beliau dan takziah untuk ahli keluarganya..

Wednesday, February 6, 2013

Program turun padang..hihi


Assalamualaikum..
Wah-wah.. dah dekat pilihanraya ni..huhu..
saje2 buat tajuk ntah ape2.. tapi takde ape2 pun..hihi..
Sabtu yang lalu, kami sekeluarga menziarahi adikku Eny sekeluarga di Taman Lestari Putra.rindu plak kat Qayyum..anaknya yang thomey2 tuu..
Dalam on the way ke sinun.. sempatlah singgah ke Jaya Jusco Equine Park.. anakku si Aishah meragam nak makan.. emm..Kenny Rogers restaurant.. aku lebih suka makan nasi..kenyang.. ( anak kampung macam ni arr..) tapi anak2 sekarang ni .. so layan ajer arr.


Nasib baiklah si Asyraf tak meragam.. al maklumlah bila dah ada anak kecil ni.. keselesaan mereka lebih diutamakan dari diri sendiri.. 

Keadaan di sana pun kira ok arr( tak tau plak apsal hari tu tak ramai plak orang.) saat2 yang best arr berbeza kalo di Alamanda.. 
naik serabut tengok.. :D kalo di hujung minggu..
Selesai makan2 barulah ke rumah Eny..

Naluri seorang ibu


Hari ni merupakan hari yang ke-2 Asyraf di taska. 
Harapan kami semoga Asyraf dapatlah membiasakan diri di taska tu.
Walaupun dah masuk hari k-2, aku tak hantarnya ke Taska,
 sebaliknya suamiku yang akan hantar Asyraf ke Taska... nak tau kenapa.. uhuk-uhuk..umminya akan menangis arr.. 
 
Pagi tadi pun sebelum suamiku nak hantar  Asyraf ke taska, Asyraf dah bangun dari tidur.  Terkedip-kedip memandang wajah kami berdua. Macam tahu-tahu je kejap lagi nak kena tinggal.
Hati sedikit sebak bila kaki melangkah keluar dari rumah.
Kalo boleh, nak jer resign, bleh jaga Asyraf di rumah kan.. tapi tuu arr tak boleh ikutkan rasa hati ni.. Bak kata suami aku, anak elok2 je tak menangis kena tinggal kat taska, maknya yang feeling lebih. huhuhu..
semoga Asyraf dapat menyesuaikan dirinya dengan baik ditaska.
Jangan 'tekhoyok' tau..jadi 'baby' yang thomey2 eyy..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...