Saturday, May 11, 2013

Majlis Perpisahan

berdiri dari kiri: Lyn, Nani. Ika, kita arr dan Aizad


Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 8hb Mei yang lalu.. satu majlis perpisahan untuk saya n Lin (adik praktikal) telah dibuat di Restoran Songket di Jln Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur.. walaupun ianya majlis yang santai namun aku teruja dengan mereka.. dalam hai ni meronta-ronta tak nak pindah tapi demi kerjaya masa depanku.. dengan alunan kaki yang longlai.. kugagahi jua.. 
InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.. sama seperti di Cyberjaya mahupun di Finance KL..

Bermula 1 April yang lalu, aku sepatutnya di ND unit di tingkat 4. Ruang kerjaku adalah projek di KL, MSC dan Selangor. Tapi biase arr.. gh handover kat En Saiful dandthe geng.. so 16hb Mei secaraofficialnya aku  akan ke ND ( Nework Development)

Walaupun masih lagi di M BUkit Mahkamah KL, namun mandat yang akan ku lalui ini..berbeda dari yang sebelum ini. Moga2 Allah mempermudahkan perjalaan hidupku..




Bua teman2 di Finance State KL, En Saiful, Aizad. Kak Umi, Kak Zukira,Kak Roy, Farah, Gee dan Ina..aku hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan seadainya ada tutur kata mahupun budi bicara yang tidak disenangi. Sekalung terima kasih buat smua..



Berkayuh sampan mudik ke kuala
Menebar pukat menjerat ikan
Budi kalian saya tak lupa
Kian terpahat dalam ingatan

Burung tempua terbang beriring
Terbang berpasang bersuka ria
Kita bekerja sama seiring
Bersusah senang sama dirasa

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu persahabatan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan



Semoga sahabat-sahabat ku serta keluarga sentiasa dibawah limpahan rahmat dan kasih Allah SWT. Aamin.

Monday, May 6, 2013

Asyraf

Asyraf yang dah berumur 6 bulan..

The Mines plak..


Esoknya plak suamiku mengajak kami smua ke The Mines bagi membeli mainan anak2.. sambil2 tu katanya nak ajak main bowling.. Uitt.. tergamam seketika.. hehe.. kali terakhir main bowling adalah semasa di RND dolu2.. wakil Finance untuk pertandingan Bowling antara staff.. kalo tak kerana Fizah dan Chu.. tentu keme tak masuk..bidan terjun arr :).. walaupun diorang terrer.. aku?emm.. biasa2 jer..


Teruja pun ada.. hehe.. walaupun hasben ku ni terrer main bowling ( juara bertahan di TMR&D jer arr ).. tapi tak pernah sekali pun mengajakku dan anak2 untuk turut serta.. tapi kali ni memang menyeronokkan.. anak2 pun gumbira.. walaupun balingan kami majoritinya masuk longkang.. hohoho. 

Lps tu pi jalan2 ke Daiso.. sebuah kedai yang barangannya dari Jepun.. dari alatulis, kelengkapan barangan rumah & hiasan.. sekali lagi terkasima.. walaupun begitu.. tengok2 ajer arr.. nak bli.. tak brape nak mampu..sebab sblm tu dah beli mainan anak2... nanti2 arr.. tapi seriusss memang barangannya bermutu dan unit sekali.. semuanya hanya RM5 hinggit satu.. 

k.. permisi dahulu..assalamualaikum..

kesah ngundi



"SENYUM boleh menyelesaikan banyak masaalah.
DIAM pula boleh menghindarkan diri dari banyak masaalah.
Banyakkan senyum dan banyakkan diam."
-Ustazah Siti Nor Bahyah -




Assalamualaikum..
Dalam riuh rendah kita menjadi penganalisis tidak bertauliah..huhu..memang ramai yang tak suka.. aku pun antara orang yang jelik dengan politik negara..nak pilihanraya pun banyak yang ntah ape2 jer ngan diorang ni.



Sebagai orang muda.. ( mudakah?.. bolehlah..) dalam kategori yang baru nak undi.. tentunya teruja.. melompat-lompat nak p ngundi ( dlm hati arr.. ).. nak pergi mengundi bukanlah saje2.. kena jugak buat research yea arr selidik mana2 yang perlu.. mesti ada pendirian..niat kerana Allah.. bukannya kesah dunia semata-mata.Tahukah kamu di sana nanti kita akan di tanya amalannya..Alhamdulillah untuk pertama kalinya.. aku dan suami mengundi di Bangi..senang citer.. tak payah dok lari2 atas keter nak balik Terengganu mahupun Perak..


Sebagai orang kira2.. pelik bin ajaib pun ada.. awatnyer SPR tak buat checklist.. kertas undi (kotak arr )apa yang di hantar dari tempat ngundi.. patutnya sama arr yang di terima.di tempat mengira undi. ape ke heynyer kira yang di terima jer.. emm.. macam tak kena jer.. Itu adalah amanah dari masyarakat setempat.. ini siap ada yang tak sampai.. so sepatutnya pegawai yang berkenaan disoal siasat arr.. jangan kira nak peti undi sahaja.. emm.. tapi tu arr nak buat mcm mana.. satu Malaya kecoh..harap sangat selepas ini btul2 telus....
  

Pasal bangla ke.. myamar, Indon atau Pakistan ni.. susah juga.. btul2 sayu bila ada pihak menggunakan mereka sebagai 'pengundi hantu'.. 
Aku ni bukanlah penyokong mana2 parti..tapi aku suka kebenaran..


Now ~ kesah orang cina plak.. emm.. ni satu hal lagi.. jujurnya aku bersimpati dengan diorang..emm seperti kita, diorang layak untuk mengundi.. suka hati dioranglah nak undi mane.. tak sewajarnya Dato' Seri Najib berkata demikian.. kan negara demokrasi.. :)
Ini kalilah.. atau pun  1Malaysia semuanya untuk rakyat Malaysia.. kan.. peace!


kk.. nak sambung kojer.. tak baik curi tulang..rezeki Allah bagi.. maka carilah dengan sempurna.. Aamiin..

Sunday, May 5, 2013

Hot Bangi Char Koay Teaw



 cari kat google ni.. huhu..

Malam tu plak kami sekeluarga makan luar..hehe.. kat Hot Bangi Char Koay Teow..

Fulamak.. mmg meletopp arr.menunya satu jer. so kalo nak bli tuu tak lah 

berjanggut menunggunya.. hohoho..






So… bagi yang nak tukar selera untuk tidak mahu makan nasik boleh terjah ke HOT 
BANGI CHAR KOAY TOEW di SEKSYEN 9 BANDAR BARU BANGI yang bersebelahan dengan
Bangi Kopitiam yea…..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...