Tuesday, July 9, 2013

Result Fahda Aishah..


Ustazah : aishah mempunyai akhlak yg baik, rajin blajar,suka bertanya cuma yg tak baik ttg dia ni akan main slps siap keje sekolah..
Abah     : bagus la tuu..
Ustazah : masalahnya aishah akan ajak kawan2 yg masih belum siapkn kerja sekolah.
Abah     : hehe..

Monday, July 8, 2013

Gwiyomi dari mak & adik2ku..


Tahukah anda bahawa.. :




Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :

1. Anak tunggal slalunye lambat cakap. 

2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki

3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka

4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die

5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.

6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)

8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka

9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik

10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.

rujukan dari bacaan di facebook pagi tadi.

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan nak kembali lagi..

Assalamualaikum smua!

Cepat sungguh masa berjalan... Pejam-celik, pejam-celik, dah sampai satu lagi Ramadhan... Walhal Ramadhan yang lepas terasa masih baru saja berlalu pergi tinggalkan kita....


Dalam pada itu.. sedar tak sedar nak masuk bulan ke-2 kita kat opis baru ni.. Alhamdulillah.. belajar baca gerak bos baru.. hehe.. actually lain bos, lain juga arr karektornyer.. nak kata banyak songeh tu tak arr.. tapi requirement yang kekadang sebelum ni biase2 jer.. tapi di sini haruss buat luar biasa..hehe.. boss baru pun baik hati.. apa lagi teman2 baru pun lagi arr baik hati..




Sebelum ni memang cannot go.. yea arr.. dah biase kat tempat lama.. nak masuk tempat baru.. kekok sikit.. walaupun dah nak masuk ‘alam purba’ kojer ni.. namun.. sesungguhnya aku ni pemalu.. & memang memilih kawan..hehe.. Bagi aku , kalo dok sembang2 mengata orang.. itu bukan destinasi yang ku pilih.. Alhamdulillah kat sini ok sangattt.. tapi biase arr.. kojer banyakkk.. but still in control..


Tadi, kami di opis buat makan2 sempena nak sambut posa.. lagi satu nak meraikan perpisahan sahabat kami En Hafifie yang berpindah kerja ke Telekom di Bangsar. Seperti kebiasaan di unit2 lain.. masing2 bawa makanan n minuman..

Emm.. disebabkan mood kemalasan masih ada lagi ni.. so aku hanya buat air cocktail.. Mengenang kembali zamna kat R&D, resepi ni ku perolehi dari Eva temanku.. dia yang start buat air ni.. cara nak buat spaghetti  n pudding caramel pun aku belajar dari dia.. hehe.. mekasih Eva. J

Anyway, sebagai penutup kepada entry aku yang merapu hari ni.. Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda-anda semua yang beragama Islam... Semoga kita mendapat 1001 keberkatan dari-Nya untuk Ramadhan kali ini... Ameen.... Assalamualaikum... (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...