Wednesday, September 26, 2012

Ustaz amin~Sejarah Perempuan.mp4

Tuesday, September 25, 2012

Sahabatku


Malam ni ter-rajin nak buka FB..dah lama tak buka. Ntah mcm mana teringatkan sahabat lamaku plak.. Wan Zuhaida.. ni antara member2 kamcing arr. Kali terakhir jumpa di RPK, lepas tu masing-masing menyepi.. sebab sambung belajar dan bla..bla..


Tapi aku rasa arr, dia marah kat aku sampai sekarang.. semua gara-gara kawan baik kami di Idrisiah iaitu saudara Saipol Barin yang kebetulan menyambung pelajaran ke Jordan pada masa itu sering menghubungi aku melalui surat dan email.( dolu2 tipon2 tak main arr..) macam aku ni memang tak boleh simpan rahisa.. trus ku ceritakan pada dia setiap kali surat yang di beri oleh Barin.. actulally aku takde hasrat ape2 ngan si ustaz ni.. kami memang berkawan baik.. yes..hanya melalui surat ajer arr.. sungguh aku takde hati tau..

Perlahan-lahan Wan jauh dengan aku.. bila aku tipon beliau cuba mengelak.. aku hantar kad raya mahupun surat tapi tak di balas...alahai sunggu sedihh.. tapi apa kan daya.. kami kian jauhh.. dan sehingga sekarang, kami masih berdiam.. no tipon dia yang baru pun aku takde. Pernah juga aku meluahkan hati pada temanku si Sahida ( Cikgu di Klang ), tapi dia hanya menasihatkanku agar bersabar sahaja.. memang Wan seorang yang sukar dimengertikan perilakunya..


Harapan dan doaku moga2 silaturrahim ini dapat diteruskan..sama seperti aku dan Sahida dan Mawarnie~ teman seperjuangan semenjak dahulu, kini dan selamanya..Aamiin..

Berdehem..

Hari ni adalah hari ke-3 aku naik kenderaan awam.. hehe.. komuter & LRT..saje2 nak tukar angin., Honestly, macam best jer sebab :-
- ada drebar
- boleh sambung tidur sementara sampai ke destinasi
- takde la tergesa-gesa
- jadi penumpang mithali sebab lemah lembut jalan.. 
   (hehe wanita ngandung kat jalan lambat)
 - dapat belanja dari suamiku.. toche2..

tapi petang tadi membara jer tatkala aku n kak ujie ( yang juga pregnant macam aku ) naik LRT sama2 di Plaza Rakyat. ish.. geram pun ada..ada 2 orang Bangla yang sedang duduk di dalam train memandang ke arah kami berdua yang sedang berdiri.. pandang atas dan bawah..sambil tersenym.. mata diorang pun agak liar terus memandang ke arah perut kawanku..kak Ujie.

Macam aku diorang pandang arr.. tapi disebabkan tudungku yang labuh dan mukaku yang garang.. diorang tak berani tengok.. hihi. Aku yang tak selesa pada masa itu meminta Kak Ujie mengalihkan badannya ke arah lain.. sekali lagi si Bangla tu membuat aksi yang ntah apa-apa.. Lalu aku berdehem.. ehem..ehem.. dengan kuatnya.. kalo ku tau, nak jer ketuk ngan payung..tapi takdepayung arr.

Alhamdulillah dehem aku didengari seorang amoi & aci yang baik hati. Beliau memintaku agar duduk di tempatnya... tapi aku menyapa kak Jie agar beliau duduk. sementara aku masih berdiri.. Si bangla2 tu.. masih duduk.. ish..diorang ni betul2 takde education btul arr. Buat2 muka kering plak tuu..tapi tu arr hanya disebabkan aku berdehem, diorang tunduk ajer.. takut la tuu..itu baru dehem.. bukan jeritan.. ternyata orang Malaysia memang baik-baik.. orang luar yang datang jer yang bawa budaya yang ntah ape-ape.. 

Melayu..Cina mahupun India merupakan bangsa yang berhemah sebenarnya. Aku pun pelik, macam mana korang boleh 'jatuh cinta' ngan mat bangla, pakistan & Afrika ni..

Ok, seperti biasa, masa untuk membasuh kain.. see u next story.. :)

P/s: seronoknya.. terserempak dengan Mimi  Asma sahabatku di TMR&D di surau tadi..walaupun seketika. Beliau datang ke TMKL buat inspection projek dia daa.. hebat wanita ini ;)

Monday, September 24, 2012

Meaw..meaw..

 
Jam 3 pagi tadi terjaga dari tidur.. patut arr. hujan turun dengan lebatnya di kawasan rumah kami. Aku yang terkebil-kebil, membangunkan suamiku yang sedang lena di ulit intan.. ternyata beliau dan anak-anak sedang tidur dengan nyenyaknya..zzzz

emm.. tapi hati rasa tak selesa bila memikirkan 3 anak kucing yang berada di luar rumah. Tentunya mereka sedang kesejukkan.. lantas aku bangun dan membuka pintu depan sambil mencari-cari anak kucing tersebut.. Ternyata sangkaan ku benar.. 2 anak kucing tu sedang berteduh di tepi rak majalah anis yang ku letak di luar rumah..ala hai.. kesiannya. Lalu ku ambil tuala kecil dan ku gosokkkan bulu2 kucing tersebut..yang seekor lagi ntah di mana.. :(

Tiba-tiba suamiku memanggil.. "Yah! tak tidur lagi..". Aku hanya tersenyum. Lantas suamiku bangun dan terus ke jendela. " hari ni hujan turun dengan lebatnya kan.. kalo esok cuti kan best". Sekali lagi aku hanya tersenyum sambil membelai 2 anak kucing tersebut.. ternyata pagi ni sejukkkk sekali...

Terjaga semula dari tidur jam 5.15 pagi... rasa tak selesa kerana ada bau yang kurang menyenangkan.. "huaakkk.. teriak hatiku..kucing tu preeekk di atas lantai.. bertompok-tompok plak tuu.." Ayoyo.. cannot sleep.." trus ku gapai kain buruk basah yang terletak di bilik air.. 3-4 kali ku buat sampai baunya hilang.. disambungkan lagi dgn mop semula di sekitar lantai. Semua ku buat dengan pantas agar suami dan anak-anak tak perasan akan kes kucing preekk ini. waduh..waduh.. ni la penangan bila sayang sangat kucing... tapi takpe la.. tringat plak kata-kata Ustaz Azhar Idrus. Aku cuba sematkan di hati...

Aku ni bukanlah pecinta kucing sangaattt, tapi hati ni tak sampai hati melihat kucing-kucing yang mati di jalanraya. Ianya amat mengerikan. Barangkali juga aku ni ikut abah kot..hehe.. yang sayangkan kucing.. siap bersembang lagi dengan kucing2 lagi.. hehehe..

Kucing-kucing yang ada di sekitar rumahku adalah hasil tinggalan jiranku En Badrul & Kak Ida. Mereka kini telah berpindah ke rumah baru di Seremban. Oleh kerana tiada tuan, kucing-kucing tersebut mula berpindah ke rumah kami... alahai.. dari situlah bermulanya kehidupan kami bersama kucing-kucing tersebut...


Sebelum ini, ada 8 kucing yang comel2.. tapi sekarang hanya tingggal 3 ekor sahaja.. ada yang mati, diambil oleh jiran lain dan ada juga yang dibuang ( ni jiran2 yang kureng assamm arr..ish..ish..) Setakat nak bagi makan/minum kat kucing2 tu InsyaAllah..

Sampai disini sahaja kisah aku dan kucing..nak pi basuh kain jap sebelum tidurrr... :) Assalamualaikum.

Friday, September 21, 2012

Pergi kojer naik train..




Hari ni naik train.. sebabnya.. PM nak the geng nak p Puduraya.. nak rasmikan majlis di sana yang dijadualkan hari ini.. waduhh.. kelmarin dan semalam memang jem gilos2 arr.. Walaupun PM nak datang hari ni, namun persediaannya dah dibuat 2-3 hari sebelumnya.. 
ni btul2 mangsa keadaan semasa..sebelum ini laluan Puduraya taklah seperti ini.
so setelah perbincangan di buat dgn my big boss.. so hari ini ku naik train.. huawakkk..( bukan dok suka naik train, cuma tu arr tak privasi..hihi..)


Apa pun pengalaman naik train sebenarnya lagi ok jika dibandingkan naik keter.. murah.. ada drebar( bleh mekholohh).. ramai orang.. emm.. memang bagus arr. Cuma macam aku di kala ini.. yealah.. badan yang kian bulat..huhu.. faham2 ajer arr.

Alhamdulillah naik train ok.. siap ada TV lagi ( fuhh.. memang canggih arr). Walaupun rancangan kartun, tapi bolehlah layan, tersengih sorang2 arr hahahaha..( kalau ada hafiz, tentu dia pun terkejut.. maknyer tengok kartun..hihi..) Ternyata komuter sekarang ni lebih baik dari sebelumnya.. syabas KTMB.

lps tu tukar naik LRT di Bandar Tasek Selatan. Kali ini first time beratur membeli token...susahnyer. Nyarislah ada 'pakcik' yang membantu. Tunggu LRT pun taklah lama sangat.. Again.. Alhamdulillah.. ada adik ni memberikan tempat untukku ( maybe dia nampak perutku yang bulaattt ni..). 

Sampai di Stesen Masjid Jamek, aku berani menegurnya dan mengucapkan terima kasih sekali lagi. Sempat jugaklah sembang2 kat situ. Adik ni bekerja di Agro Bank. Katanya beliau pun pregnant, tapi baru 2 bulan. Dalam berchit-chat, lupa plak nak tanya namanya. Ternyata sebenarnya masih ada orang yang berhati muliakan.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Aku ceritakan hal & kesah hidupku kat sini.. tapi itulah pengalamanku yang sebenar.. bukannya artis mahupun personaliti terkenal..hanya insan biasa.. ada juga cerita seperti mereka..mungkin juga suatu ketika nanti anak2 aku akan baca blog ini bila mereka dewasa.. hihi.." ohh, umiku".. kan touching..hehe.

k, nak bersiap untuk pulang ni.. nak kejo LRT pulakk.. see u again later..

Thursday, September 20, 2012

suamiku.. terima kasih ~ 2


Baru jer terima berita gembira.. dah hari ni sedih plak.. kali ni suamiku baru pulang dari tempat kerjanya di Cyberjaya.


Waduhh.. kali ni suamiku memaklumkan yang kenaikan gaji ditangguhkan ke hujung tahun. Ini kerana pihak pengurusan mengharapkan KPI syarikat naik mendadak. Itu pun sekira nya semua kakitangan memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja..kena cari projek daa.. ( emm.. syarat yang ntah ape2 la.. walhal semua staff exe TM dah dpt kenaikan pada Julai yang lalu.. ish..ish..)

Memang aku nampak suamiku sedih..muka pun kelat jer.. tapi sebagai isteri takkan nak tunjuk kesedihan juga.. so aku hanya diam tatkala beliau menyuarakan rasa hati beliau. Dan paling aku terkejut.. beliau menyatakan kemungkinan besar beliau terpaksa melepaskan beberapa item yang dia sayang termasuk kereta kancil mahupun motor elegantnya...:(.. so sad.. 
Semuanya kerana aku dan anak2. ( nak bersalin dan anak2 yang bakal bersekolah pada tahun 2013..) 
Tapi aku menasihatkan beliau agar bertahan dgn kekurangan tersebut dan teruskan kehidupan seperti biasa..InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan kehidupan kita semua..maka berdoalah..

Doa dan harapanku agar suamiku agar baik-baik sahaja...tenang dan terima dari dugaan ini dengan hati yang redha...
Kalo tak dapat elaun pun takpe la bang..yang penting hidup kami gembira. ;)

Masa utk tidur.. Assalamualaikum..

P/s: teringat-ingat kat Adam.. anak jiranku bertanyakan padaku apa itu 'teghoyaak"..kik2x.. 

Wednesday, September 19, 2012

suamiku..terima kasih

Entri ni tak menunjukkan apa-apa maksud tersirat.. cuuma rasa gumbira sesangat terhadap suamiku.. En Wan Fadley..

Beliau comot.. comot yang amat sangat.. cool. tapi baik hati.. hehe
Apsal puji plak tuu.. YES! YES! elaun rumahtangga dah naik tiga ratus hinggit.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Malam tadi beliau yang dok santai di hujung sofa sambil membelek samsung tabnyer.. ntah aper ntah... tetiba menyatakan pertanyaan bajet nak bersalin ni pada aku.. fuhh.. soalan panas tuu.. emm macam aku walaupun dah lebih sepuluh tahun dengannya pun terus terang masih ada perasaan malu.. ( aww tak rela uu..) wehh malu itu perlu..

Lantas aku menjawab." Kalo nak ikutkan TM cover dlm RM2500 utk bersalin.. tapi takut terover jer.. so dari kira2 Yah dalam RM2000 diperlukan untuk stand by arr. Aku menyambung lagi." Naper bang? Dah dapat increment ke?." Suamiku hanya tersenyum. 
Issh.. ni la bab yang suspen yang dok suka ni.. 
"InsyaAllah, bulan ni dapat.. tapi taklah banyak. Lepas tu.. disebabkan anak bertambah, abang naikkan elaun Yah sebanyak tiga ratus hinggit. Bolehlah tambah-tambah beli pampers, susu dan lain-lain."


Reaksiku ketika itu...
jeng..jeng..jeng.. dah tentunya aku memanjatkan kesyukuran padaNya. 
Alhamdulillah. Terima kasih atas nikmat yang diberi olehNya... punyai suami yang memahami dan menyayangiku dan anak-anak seadanya. Memang aku pun ada pendapatan sendiri, tapi  bila diagih-agihkan untuk anak-anak dan rumahtangga. Untuk pakai dibadan pun tolak ke tepi.. bagi kami bila dah berkeluarga ni, anak-anak adalah keutamaan kami.. Syukurlah.. suamiku dapat tambahan pendapatan. Bolehlah tumpang-kan.. lagi pun pakaian baby tak beli lagi ni.. so bolehlah pakat2 beli belako ni..

waduhh.. terujanyer..tak sabar nak listkan item yang nak dibeli..
k.. nak sambung kojer arr.. tata..

Monday, September 17, 2012

Kg Kubu Gajah..


Malam2 begini terjah blog Mazidul.. seorg wartawan yang terkenal dengan TERJAH dan MEYELONGKAR isi ala.. tabik spring untuk beliau kerana berani bersuara..benar..dan tulus ikhlas. Kalo buka surat khabar sekarang ni.. byk yang separuh sahaja.. ntah btul ntah tidak..

Tapi kali ini posting yang http://www.mazidulakmal.com/2012/09/teka-berapakah-kadar-sewa-rumah.html memang suka arr... sebabnya aku antara orang yang menyewa di sana suatu ketika dahulu.. 12 tahun yang lalu.

Paya Jaras memang merupakan kawasan kampung yang besar.. bersepah-sepah dengan rakyat asing.. kita yang menjadi rakyat tempatan pun jadi takut. 

Waktu itu aku tinggal bersama adik-adikku di Kg Kubu Gajah dengan sewaan hanya RM250 sahaja. Untuk sampai ke tempat kerja di Subang pada ketika itu amatlah mudah..hanya mengambil masa 15 minit melalui laluan jalan kampung.. 

Namun begitu rasa takut tuu selalu ada disebabkan kawasan yang kami diami majoritinya orang Kemboja. Dari anak-anak kecil sampailah yang dah tua. Aku pun pelik juga apsal ramai sangat orang luar. Apa pendapatan mereka di sini? Bagaimana pula dengan persekolahan anak-anak mereka?. 
Dari jiran-jiran tetangga memaklumkan yang mereka ni datang dari Kemboja dan ia dibawah seliaan jabatan agama islam ( tak ingat arr). Diorang masuk ke sini atas tiket tersebut.. emm..sampai bila plak dok sini ek.. takan tak boleh balik ke sana.
Seperti maklum, aku mula mengajar anak2 kecil sejak aku tinggal disana.. dan antara anak2 muridku ialah orang melayu, kemboja dan indonesia. tersenyum pula sorang-sorang mengingatkan telatah mereka sewaktu mengajar mereka dolu2.. dah jadi ape agaknya diorang ni.

Sepanjang tinggal disana, rumahku selalu di terjah oleh RELA, IMIGRESEN dan POLIS.. semuanya disebabkan kawasan kami ni memang kawasan orang luar.. berkali-kali aku arr terjaga dari tidur.. 2 pagi.. 3 pagi. Biase arr penguatkuasa ni.. minta IC, surat beranak mahupun surat nikah..dah tu dok mengetuk pintu macam nak pecah..ish..tension arr. tengah mamai ler aku mencarinya.
Akhirnya awal tahun 2002, aku & adik2ku mengambil keputusan untuk menyewa di Serdang setelah aku berkahwin dan menerima tawaran kerja di TM.

Bagi aku smua yang penguatkuasa buat ni.. dah lama dah.. kalo setakat terjah.. tangkap.. dan dibebaskan itu bukanlah tiket kemenangan yang negara kita ni bebas dari orang luar. Tolonglah buat kerja yang terbaik agar orang luar yang ada di negara kita menghormati  undang-undang negara kita.

Saturday, September 15, 2012

Siti Nurhaliza-Salju Kasihnya



Dingin dalam jiwaku
Disirami salju kasihMu
Ku susuri jalan Mu
Walau ranjau berliku
CintaMu abadi untuk ku

Tenang saat merindu
Tafakurku di hadapanMu
Deraian air mata
Gugur dalam sujudku
Betapa agungnya cintaMu

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
Sebak dada tiada tertahan
Hanya padaMu Tuhan ku serah diri ini
Pohon cinta Mu
Nan suci hakiki

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Thursday, September 13, 2012

Qayyum..oh Qayyum..






Aduss.. comelnyer Akmal Qayyum..
rupanyer persis ayahnya.. kulitnya plak putih macam maknyer.. yg juga adikku Eny..

Suatu ketika dahulu, waktu beliau dilahirkan di Hospital Serdang.. Qayyum tak menangis pun ( slalunya budak2 kan slalu nangis..)..

Doktor yang menyambutnya cuba sedaya upaya untuk membantu, Mak abahku turun dari Kuale bagi memberi sokongan padu kepada adiku ini, yealah.. kan pelik kalo baby dok nangis, apa lagi tiada memberi respon pun ketika dilahirkan. 

Ini menyebabkan Qayyum terpaksa dimasukkan ke wad NICU. Akhirnya setelah di beri pemeriksaan dan rawatan lanjutan oleh doktor pakar selama hampir 3 minggu, beliau kembali pulih. (siap ambil air dari tulang belakangnya lagi,, ksian btul..)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Qayyum dah kembali sihat..boleh menangis malah asyik dan memberi respon senyum meleret kalo di ajak bermain..

Kini, Qayyum sudah berumur 4 bulan.. dah beratnya dah pun 7kg.. Doaku, semoga Qayyum menjadi anak yang soleh, beriman & bertakwa..

Monday, September 10, 2012

Suamiku & aktiviti sukannya..


hihi.. selongkar gambar lama suamiku di zaman kanak2 riang2nya..

ternyata beliau suka bersukan.. ni zaman beliau main bola baling.. segala bola suka beno main.. bola sepak & bola baling mmg favoritenyer..biase la penjaga gol.. suatu ketika dahulu sepak takraw , ping pong dan badminton.. kalo kat kg.. berderet-deret piala yang dimenanginya di zaman sekolah & universitinya.

cuma skrg ni dah slow sikt dgn sukan-sukan tersebut...sesekali sahaja turun.. beliau lebih suka bermain badminton bersama jiran2 taman..berat badan pun dah naik sampai 90kg.. ngeh-ngeh..


Suatu ketika dahulu.. mmg  hubby minat sungguh dgn bowling..
emm.. main bowling ni aku kurang setuju sikit.. sb permainannya sampai larut malam.. jauh plak tu.. yurannya plak tinggi.. belum kira bola yang dah dibelinya.. beratus-ratus rupiah  plak tuu.. nyarislah hobinya itu tak lama..hobi main zagi pun boleh tahan mahalnya..aku taklah menghalangnya cuma memerhati dari jauh.. 
hehe.. bagus jugak la dia dah tak aktif berbowling di luar, cuma kalo TMR&D buat event. dia joinlah..
sedang kusyuk dgn melihat zagi.. (memang kanak2 riang btul laa..)

acara mendaki Bukit Broga bersama jiran-jiran taman..

Antara kami memang jauh berbeza.. 
beliau yang suka bersukan.. manakala aku ni jenis seni..tapi kami saling sokong menyokong antara satu sama lain.. tahun ni dah 10 tahun perkahwinan kami.. makin lama semakin akrab..sedih jugak bila dengar kawan-kawan yang putus perkahwinan di tengah jalan..

Kami bukanlah pasangan yang hebat perkahwinannya suatu ketika dahulu.. bukan juga besar majlisnya suatu ketika dahulu.. banyak juga kepayahan diawal perkahwinan kami..
namun kami senantiasa berazam untuk menjadi pasangan yang sehati seia mahupun sekata dalam kehidupan dunia dan akhirat.. keluarga sakinah mawaddah wa rahmah~ doakan kebahagiaan kami ek!

Saturday, September 8, 2012

Open house & check up di An Nur Hospital


Baru jer pulang beraya ke Taska Aishah yg terletak di taman kami yang diadakan malam ni.

Hari ni memang banyak jemputan 'open house'.. tapi memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan.. so pelawaan mereka terpaksa ku tolak. aku dan keluarga memilih untuk beraya di kawasan rumah sahaja... 
Terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga.-iaitu ke rumah Mansor (kawan suamiku & Taska Iq-tempat aishah tinggal di waktu sekolahnya.

Setelah sekian lamanya.. hari jumaat yang lalu ada menerima email dari Eva.. temanku yang kini bekerja di MDEC di Cyberjaya. Beliau pun ada menjemput kami ke rumahnya.kalo boleh nak perg jugak.. sebab dah lama tak jumpa..
Selain Eva, Farha teman se-geng surau di TMR&D dolu pun ada menjemput.. mohon maaf kerana tak dapat nak ke sana.. untuk tahun ini.. kami beraya dekat2 sahajalah..walhal Shah Alam is tempat favorite kami.. sbb ada kebab daging yang sedap di PKNS.. hehe..smuanya ku tolak..:(

Khamis yang lalu, kami ke Hospital An-Nur bagi buat pemeriksaan lanjutan dengan Dr Khamsiah.. yang juga doktor favoriteku masa bersalinkan Aishah dolu2.. hehe.. sentuhannya malah caranya yang best..(semasa Aishah dilahirkan, tiada jahitan dilakukan oleh Dr Khamsiah)
Ini menyebabkan aku n suami memilihnya sekali lagi untuk menyambut kelahiran babyku .. aku tak pasti akan facility di Hospital An Nur.. tapi masa kat Az Zaharah dolu2.. memang tip-top..Telekom hanya cover RM2.5K sahaja bagi kelahiran normal.. so kenalah pandai-pandai berjimat.. manalah tau.. takut2 terover ke.. berpeluh juga nak membayornyer..Untuk rekod, kedua-dua hospital adalah hospital swasta yang bercirikan islam dan amat terkenal di Bangi... (para suami tentu suka arr..)


Dr Khamsiah menyatakan baby kami sihat.. dan berat terkini adalah 1.3kg. Hari tu masa nak minta Dr biasa keluarkan surat GL..katanya babyku pompuan.. emm.. tak sangka plak kali ini Dr Khamsiah mengesahkannya boy.. :) ..
Alhamdulillah.. kami terima dengan hati terbuka.. cuma sekarang ni misi mencari pakaian baby arr.. baju2 yang dolu kesmuanya telah pun ku sedekahkan pada bibikku Supiani & Nanik Fatonah.. seriuss.. ingatkan dah takde.. (masa tu Aishah berumur 4 tahun..) 
Dalam keadaan sekarang ni, kewangan keluarga tak menentu ni.. kami redha akan ketentuan Ilahi.. setiap anak yang lahir.. tentunya ada rezekinya.. kan ;)

Pesanan ikhlas dariku untuk smua, perbanyakkan membaca Alquran & bersedekah bag memudahkan segala urusan. Wang bukanlah segalanya.. biarlah hati tenang, hidup lebih tenteram.. bagi yang masih ada ibubapa...redhanyaAllah disebabkan redhanya dari ibubapa kita smua.. 

k, nak tido ni.. semoga kita smua senantiasa dirahmati Allah selalu.

Senyum selalu.. ta..daa..)

Friday, September 7, 2012

Jamuan Raya Merdeka di TMKL


Pada 5hb Sept yang lalu, Jamuan Raya Merdeka bagi TM State KL telah diadakan diperkarangan tempat letak kereta di TM Bukit Mahkamah. hehe..
Oleh kerana ini adalah tahun pertama diadakan diKL, yang diadakan konsep terbuka ( smua unit buat pot-luck).. maka ianya menarik semua unit yang ada.. 
macam kami ni.. stress jugak arr..sebab masing2 ada tugasannya sebelum majlis bermula.. tapi smuanya berakhir dengan kegembiraan  kerana kejayaan berpihak di pihak kami.. hip..hip.. hoorey.. 

Walaupun kami tak menang lucky draw.. tapi SGM Office pun menang jugak..
Khemah kami menjadi johan desebabkan dekorasinya yang bertemakan Raya Merdeka. Ianya dipilih sendiri oleh Dato' Bazlan (GCFO TM) sendiri yang sudi datang bertandang ke majlis kami ini..
 Team SGMKL yang serba biru..


Ada satu lagi berita best.. kita dapat naib johan.. so dapatlah hadiah jugak.. ngeh2.. 



 abang kakak dari Polis Bantuan TM yang turut menjayakan jamuan ini...

Team SMEKL yang serba ungu..

Mr Manivannan merangkap State GM KL sedang beramah mesra dengan staff di unit CSM..

Mr Manivannan & Pn Raihan bersama team dr TM Point dr sekitar KL

fuhh memang letih sesangat sebab bz sokmo pada hari tersebut.. tak sempat nak melawat gerai2 unit org lain dek kerana bz kat dapur..bertugas menggoreng ayam.hehehe..

k.. sambung kojer balik.. to be continue.. same place..but diferent story plak.. assalamualaikum :)

Wednesday, September 5, 2012

sahabatku telah pergi buat selama-lamanya..Alfatihah


Malam ni barulah tenang sikit..sebabnya.. yahoo dapat balik awal mcm biase2.. semalam jer balik lambat dek kerana jem yang luar biase kat tol Sg Besi..

Apapun malam ni ku gagahi juga.. nak tulis sedikit berita gumbira dan berita sedih..bleh?.. hehe.. tak boleh pun nak tulis jugak.. ada aku kesah.. korang nak baca ke.. tanak ke.. yang penting akan ku abadikan dalam diari kehidupanku..

2 hari di hari raya.. aku mendapat miss call 5 kali dari sahabatku.. Siti..memeng aku ni bz tahap gaban masa cuti raya di Kuale.. sedara mara & sahabat handai keluargaku datang beraya.. so tak prasan plak tipon berbunyi..

zaman remajaku dan Ina ketika di aspuri RPK suatu ketika dahulu..

Dalam sms yang ditulis oleh Siti.. "Salam Yah.. Selamat Hari Raya.. Yah tahu tak.. Ina kawan kita dah meninggal 2 hari yang lepas..".. jatuh & luruh jantungku tatkala menerima berita sedih tuu.."Innalillahhiwainnalillah hiroji'un.."

oleh kerana asrama ni taklah besar sangat.. hubungan kami dengan senior & junior rapat..

Terkejut jugak bila menerima berita tesrebut. Ingin juga hati ini menziarahi keluarganya di Salak Bahru.. namun keadaan tidak mengizinkan.. Kami akan berangkat pulang ke Terengganu pada keesokan harinya..kebetulan plak tetamu yang datang ke rumah pada hari tersebut amatlah ramai..

Secara ringkasnya.. temanku ini bernama Zarina Zainuddin.. (sama nama dengan artis tuu) seorang kakak sulong sepertiku dan dilahirkan pada 6.6.1978.. oooo.. aku mula mengenalinya semenjak tahun 1992 masa mula2 melangkah ke SMRPK.. dan kami tinggal di asrama puteri nun dihujung sana..

1995- bergambar untuk majalah sekolah..

Beliau yang lemah lembut dan kadang kala ada 'mood' jugak kalo nak bersembang dengan orang.. hehe.. tapi disebabkn beliau ni ala2 takut hantu.. ( kat asarama tu selalu ada gangguan dr makhluk halus.).. maka selalulah tidur dengan aku.. emm.. aduss banyak kenangan manis dgn beliau ni.. walaupun kami berlainan kelas, namun kami rapat diasrama..cuma mungkin dia ni comel sikit.. so ramailah peminatnya..(abang2 UPM yang pernah praktikal kat  tempat ayahnya di Jabatan Perikanan di Enggor.. siap jadikan beliau adik angkat lagi..hehe).
Kami mula terputus hubungan selepas SPM (1995).. namun 2 tahun ( 2010) lepas dapat berhubung semenjak aku terjebak ke alam FB..dah banyak kali nak jumpa.. tapi tak berjaya..:(. Aku pernah 'gayut' dgn beliau hampir 2 jam lamanya..gara2 kami sememangnya suka bercerita perihal masing-masing..)

May 2012-Ina dan adiknya ( carian gambar terbaru di FB beliau..)

Aku memang tak sangka..akhirnya temanku ini telah pergi buat selama-lamanya.. Beliau telah meninggal dunia ketika dalam tidur di rumah ibunya pada 17hb Ogos yang lalu..beliau yang sedang mengandung anak kedua telah meninggalkan seorang anak lelaki yang berumur setahun..

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman.. Al fatihah buat sahabatku Zarina Zainuddin..
baru jer sampai rumah.. uhuk..uhuk..
kesesakan yang luar biasa di tol Sg Besi menghala ke Johor Bharu..

pecah rekod hampir 6 jam dlm keter.. slalunya ambil masa 45 minit jer untuk sampai rumah.. tapi hari ni 6jam.. uwah..uwah..uwah..
hujan yang turun lebat di kajang dan bangi menyebabkan banjir besar kat highway kl- seremban.. 
laluan di antara UPM dan Kajang yang mengalami banjir besar..

udahlah esok bz ngan Jamuan Hari Raya State KL.. sah2 kena datang awal sebab nak deliver aiskrim M'sia yang kita & suami buat..bukan sikit2 tau.. kira-kira 200 .. ni permintaan bos temanleh.. En Saifulzaman.. ntah apsal dia tringin sangat..so kami buat perisa asam boi, Milo & anggur.. yum..yum..smuanya akan di saji di gerai kami.. SGM KL.. selain itu ada laksa johor, penang & kelantan.. fuhh memang grand abiss la gerai kami.. :)

k, tido dolu ek.. asssalamualaikum

Monday, September 3, 2012


Aishah buat hal.. kali ni dia dok sorang di rumah. tak mahu ke taska mahupun ke tadika. sebagai seorang ibu, memang aku risau dgn karenah si kecik ni.. dia nak dok rumah jer.. nyarislah ada jiran2 yang suri rumah sepenuh masa.. dapatlah tengok2 dia.. dalam masa yg sama, kami aktifkan skype dan cctv di rumah bagi monitor beliau dari opis aku atau hasben ku..telefon pun kerap..

Nyarislah satgi aku akan pulang awal sebab ada appoitment dengan doktor..

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...