Terima Kasih sudi datang ke ruangan yang serba kekurangan ini. Maaf jika apa yang ada ini terlalu rendah nilainya di benak fikiran kamu. Aku hanya insan biasa yang masih mencari sedikit ilmu untuk diisi di ruangan yang lapang ini. Aku tidak sehebat insan-insan di luar sana. Apa yang aku ada, inilah yang aku mampu kongsikan kepada kamu.
Monday, September 9, 2013
Monday, September 2, 2013
Wasiat Lukman Al Hakim
1. Wahai
anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan
berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang hari dan menjadikan
dirimu gelisah di waktu malam hari.
2. Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
3. Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
4. Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
5. Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur kata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
6. Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
7. Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.
8. Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
9. Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
10. Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.
11. Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.
12. Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
13. Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokan dunia sahaja.
14. Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.
15. Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
16. Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.
17. Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
18. Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah..
19. Wahai anakku ! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap ALLAH) dan manfaat berzikir (ingat kepada ALLAH) .
20. Wahai anakku ! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.
21. Wahai anakku ! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.
22. Wahai anakku ! Aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.
23. Wahai anakku ! Aku sudah merasakan segala benda -benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
24. Wahai anakku ! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang.

25.
Wahai anakku ! Ketahuilah,
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke
dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu
dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah
TAWAKKAL kepada Allah (SWT).
26.
Wahai anakku ! Orang – orang yang
sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari Allah (SWT). Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat
orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah (SWT) juga.
27.
Wahai anakku ! Orang yang merasa
dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka
dia tawadduk kepada Allah (SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan
selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT).
28.
Wahai anakku !Dan selalulah berharap
kepada Allah (SWT) tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
Allah (SWT). Takutlah kepada Allah (SWT) dengan sebenar benar takut ( takwa ),
tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah (SWT).
29.
Wahai anakku ! Seorang
pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan
seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang
tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
30.
Wahai anakku ! Jauhilah
bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging
burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.
31.
Wahai anakku !Makanlah
makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu
dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
32
Wahai anakku ! Bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.
Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak
ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
33.
Wahai anakku
! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya'~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
34.
Wahai anakku !
Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata- kata yang busuk dan kotor
serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau
berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
35.
Wahai anakku !
Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya
sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-siakan hartamu.
36.
Wahai anakku ! Barang sesiapa
yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya
dari berkata kotor tentu akan menyesal.
37.
Wahai anakku !
Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah
yang subur lalu disirami air hujan.
Sunday, September 1, 2013
Catatan pertama selepas raya
Assalamualaikum
fuh.. nak naik
bersarang blog ni.. dengan kaki yang longlai dan tangan yang malass.. ku gagahi
jua..mengadap kejap kat depan laptop ni..
kik..kik..tapi
pun masih malaas nak citer apa2.. ni smua gara2 makan kuih raya yang banyak dan
banyak... banyak.. hehe.. dan kini tuan punya blog ni dah dikatakan 'gemuk'..
waaaa.. amatlah sedih.. tapi perasaan membara untuk berjuang sampai ke titisan
yang terakhir... merdeka.. merdeka .. merdeka dari segala lemak yang berkumpul
di badan..
Raya yang
berlalu.. memang riang gumbira kerana dapat menyambut hari raya bersama
keluarga di kampung..paling menarik lagi raya ke 4, sepupu suamiku.. telah
melangsungkan perkahwinan di Terengganu.. 2 pasangan pengantin yang bahagia..
moga2 bahagia ke akhir hayat ek! Aamiin.
Balik Bangi
pun punya arr banyak jemputan rumah terbuka. Tak mampun nak pegi sebab anak2
dah mula bersekolah. Kebanyakan kawan2 buat masa waktu lepas kojer.. ish..
cannot.. cannot.. terkejor-kejor teman ngan anak2 ngaji lagi.. anak2 sendiri
lagi arr.
disaat anak2 ngaji berlatih nasyid di rumah ku..masa ni Ikmal tak join..
Namun begitu
raya ke 10, kami sekeluarga menerima berita sedih yang adik Ikmal telah
dimasukkan ke ICU kerana cirit birit yang berterusan (sehingga buang air kecil
dan besar pun berdarah). Adik Ikmal merupakan anak jiran yang juga mengaji Al Quran di rumahku.
Akhirnya beliau telah meninggal dunia pada keesokan harinya akibat buah
pinggangnya yang tidak lagi berfungsi.
- gambar lama -
Allahyarham Adik Ikmal (dari kiri) yang sedang menutup mulutnya

Rasa sebak dan
sayu sebab sebelum puasa tu beliau beria-ia nak mengaji. Bacaannya amat baik
dan lancar. Doa kami sekeluarga moga2 beliau ditempatkan bersama orang-orang
yang beriman.
Siapa sangka seorang anak yang ceria dan petah bersuara pergi
meninggalkan kita semua. Salam tazkiah buat Fazlina dan Cikgu Zamri. Semoga
mereka tabah menerima qada’ dan qadar ini. Al Fatihah.
Tuesday, July 9, 2013
Result Fahda Aishah..
Ustazah : aishah mempunyai akhlak yg baik, rajin blajar,suka bertanya cuma yg tak baik ttg dia ni akan main slps siap keje sekolah..
Abah : bagus la tuu..
Ustazah : masalahnya aishah akan ajak kawan2 yg masih belum siapkn kerja sekolah.
Abah : hehe..
Monday, July 8, 2013
Tahukah anda bahawa.. :
Khas untuk ibu bapa
sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :
1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3
kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2
meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke
fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi
padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5.
Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak
dan parent.
6.
Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari
rumah.
7.
Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa
(verbal)
8.
Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial
(ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti
bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini
akan meningkatkan skill mereka
9.
Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur
dan berbahasa yang baik
10.
Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing
dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah
menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.
rujukan dari bacaan di facebook pagi tadi.