Wednesday, March 20, 2019

Kita di sini. Alhamdulillah


Alhamdulillah, sekian lamanya bekerja di KL & Cyberjaya ini dapat bertugas di tempah kelahiran ku. Hari ni genap 3 bulan dok kojer sini.. Bidang akaun memang sebati dgn diri & buat pertama kalinya di sini, kini kepada PR utk deal dgn pelanggan & kontraktor TM selain sistem-sistem yang sedia ada di TM. 
.

Kehidupan disini lebih tenang & jimat dari segi masa & kewangan. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit utk ke tempat kerja apa lagi utk minyak kereta lagi arr jimat sangat2. RM50 utk 2 minggu. kalau dahulu, RM50 utk 2 hari setengah.
.

Alhamdulillah. Nnt kita cerita lagi ek.


Tuesday, October 23, 2018

Gambar & Kenangan

Selaku Ketua Kontijen BAKIT KL/IP semasa majlis tilawah Al Quran di Kedah tahun 2017. 

 
Bersama sebahagian team di ND Central, TM. Majoritinya adalah dari kaum adam.. diorg team technical.. kami bertiga team Finance..
 


 Terlibat juga secara langsung dalam kumpulan Marhaban.. eh.. silap2.. Kumpulan Nasyid sempena MTQ Telekom peringkat Central, yang ni ms tahun 2016.


 Bersama geng2 di ND Central, gegirl mmg tak ramai la kalau bidang technical ni.

  
 Yg ni masa di Unit State GM TM KL 2013.


 
 masa ni di TM R&D Cyberjaya. Bersama team akaun yang di ketuai oleh Pn Norwati Md Aris, Boss yang sgt2 baik & disiplin. Beliau banyak mengajar selok belok dalam akaun & audit. Di R&D , hampir 11 tahun di sana sebelum berhijrah ke Unit lain di TM.



Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Wednesday, April 26, 2017

Serikan harimu dgn Kasih Sayang...




Pejam celik- pejam celik dah 15 tahun lebih kami mendirikan rumahtangga. Wah.. cubaan dan dugaan pahit manis ditempuh bersama.. biase la pasang surut kehidupan.. tak kaya tak susah.. tapi hati lagi tenang sebab ada orang tengok-tengokkan kita kan.. bagi ku kehidupan ini taklah sesusah mana.. yg penting hidup kena berpandukan AlQuran dan Al Sunnah.. hidup yg lebih besederhana adalah cara kita bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan..





Baru-baru ini ada orang maklumkan bahawa si A dan B dan berantakan.. dek kerana orang ketiga.. perkhabaran duka ini aku sahut dengan beristighfar dan segera bermuhasabah diri.. 
Wahai sahabat, jauhilah zina, jauhilah perkara mungkar. 
Perkara yg tak baik segera dijauhkan. Jaga Akhlakmu baik-baik.. jagalah keluarga dengan sempurna.. InshaaAllah perkara yang mungkar dapat dijauhi. 




Menciptakan keluarga yang bahagia sakinah mawaddah warahmah dan keluarga yang islami adalah merupakan bagian dari salah satu tujuan pernikahan di dalam islam itu sendiri. 
Rumah tangga teladan islami adalah merupakan rumah yang selalu didambakan oleh setiap pasangan suami-isteri yang terdapat didalamnya ketenangan, kedamaian, kasih sayang dan dalam hadits disebut dengan Baiti jannatiy (rumahku adalah surgaku)







Setiap insan inginkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia ialah keluarga yang dapat menghidupkan keharmonian dan kesejahteraan di dalam rumah tangga . Untuk itu keluarga bahagia perlulah mencapai tips-tips berikut :

  1. Mempunyai didikan agama 
  2. Pergaulan yang penuh adab sopan/ baik
  3. Merahsiakan masalah rumah tangga
  4. Keperluan hidup yang sempurna
  5. Sabar dan bertolak ansur
  6. Mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga
  7. Mengambil berat masalah keluarga
  8. Besederhana
  9. Kemantapan ilmu dan akal
  10. Keluarga yang berakhlak mulia
  11. Sentiasa bersyukur
  12. Merasa cukup dengan apa yang dimiliki


Hehe.. yg ni serba sedikit yg sempat di ambil semasa kuliah zohor di opis hari tu... jom2 kita amalkan bersama yea.. 

Thursday, April 23, 2015

Di Sini Bermulanya Cinta- Hari Merdeka 31 Ogos 2014

Catatan kenangan manis semasa mengikuti perbarisan sempena Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka 2014 yang lalu..walaupun dah berkurun, tapi best2 sangat.. mak abah antara org penting dok depan tv masa perbarisan tersebut...

Macam biasa.. kami mewakili Telekom Malaysia. Kali ni digengkan sekali dgn Maxis, Digi & Celcom..Disebabkan TM merupakan GLC yg terbanyak ahlinya, maka kami dok paling depan.. wah.. memang berdebar-debar jer... 
Pada mulanya.. malas nak masuk.. tapi bila kak abby habaq yang kaum hawa sikit sangat.. dia pun merayu.. almaklumlah track record baguss.. so dipanggil lagi..

Alhamdulillah, tidak ada kasutku yang tercicir memandangkan yang masuk kali ini adalah yang terpilih.. cewah..cewah.. kalo tak, jadi mangsa pijak kasut jer masa berkawad.. oh tidak..   kenangan tersebut akan ku ingat sampai bila-bila..

Jom-jom layan..







 
 






Mula dan akhir




Lagu : Mula dan Akhir- Siti Nurhaliza
Hidup ini bermula
tanpanya ada apa apa
begitu juga lah hujungnya
harus pulang cara serupa

seketika disini
persinggahan mencari erti
sebelum waktu ku terhenti

setinggi mana pun mendaki
sejauh mana pun berlari
dan mengejar duniawi

pasti tiba satu hari nanti
ku di uji
jatuh terpinggir sepi

Chorus:
Sungguh nya aku tak bisa
menghalang suratan yang sudah
di arah hanya bermampu bersabar
dan sujud pada nya sebelum
di hitung sebelum dihukum
hanya mampu lafazkan bisik bisik kapan
moga dibukitkan segalanya

seringkali terlupa melalui jalan yang salah
leka dan hanyu dalam dosa sehingga kabur mata jiwa
seketika di sini persinggahan mencari erti
sebelum waktu terhenti

Ulang Chorus

moga dibukitkan segalanya

Friday, May 23, 2014

cerita di pagi jumaat..




kami di Universal Studio Singapore..

Assalamualaikum..
Dah lama tak coret kat sini..catatan yang indah belum tentu cantik di alam sebenar. Namun hakikatnya keindahan sebenar adalah tak digambarkan dengan kata-kata.. hehe..

Sejak ada anak comey yang kecil ni.. hidup kami seisi keluarga kian gumbira.. riuh rendah dengan gelagatnya. Pejam celik Asyraf Haqem kini dah setahun setengah..  macam biasa.. siang di opis dengan kerjaya di bidang kira2.... 


malamku plak masa terluang dgn melayan karenah anak2 yang kian membesar bagai johan.. hehe.. dah macam iklan susu plak.. weey! 

Alhamdulillah syukur padaNya.. hari2 yang kami lalui membahagiakan..

Sunday, January 19, 2014

Catatan pertama di tahun baru 2014




Assalamualaikum dan salam manis buat semua..

Sedar tak sedar masa yang berlalu begitu pantas dah pun tahun 2014..
bila tengok blog yang dah makin bersarang.. sehari demi sehari berniat nak update.. Namun sayang seribu kali saying asyik tertunda ajer.. barangkali juga kerana teruja dan gembira dengan keluargaku dan kerjaya.. hehe.. so tak payah update pun tak salahnya.. 

Apa ada dalam tahun 2014? im not sure yet.. tapi, i hope and pray smoga dipermudahkan semua urusan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Azam tiap2 tahun aku sama je, hope to be better than before, dan untuk kurus.. wakkakaka..
 
Tetiba plak hari ni takde kojer.. lantas ku buka blog.. yes..yes.. jom mengarang cerita kejap.  jomm..jomm..
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kasih sayangNya yang dipinjamkan buat seketikanya ini.. Punya suami yang baik, anak2 yang comel , ibubapa yang memahami, adik beradik serta teman2 yang hansem dan cantik budi bahasanya… smuanya membuatkan diri ini dihargai sangat2.. Adapun sifat aku yag kekadang ntah apa2.. tapi hasben aku boleh lagi senyum.. nak tau yang ntah apa2.. nak belajar.. tapi stop kjap.. nak belajar jahit.. tapi by the hasbenku yang membeli mesin jahit..nak masak.. masak arr.. tapi benda yang sama jer sepanjang minggu.. kah…kah.. kah.. almaklumlah bila dah ntah apa2.. malas nak pegang pisau sudit kat dapur.. tapi 85% mostly masak arr.. keluarga dah besar.. makan luar tak berbaloi.. 


Bulan Oktober yang lalu.. ntah dari monsun timur laut mana.. aku terjebak sekali lagi dalam arena tilawah.. mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan tilawah Al quran Telekom di Menara Telekom November lalu.. anak2 plak masuk hafazan. Walaupun tak menang tapi ianya meninggalkan kenangan yang manis buat anak2.. maknya plak sekadar saguhati di peringkat kebangsaan. Sememangnya terasa kerdil sesangat berbanding mereka yang otai2 dalam bidang ini. Bleh juga arr dikategori peseta muda dalam tilawah Alquran. Alhamdulillah, masa di peringkat negeri dapat RM300, di peringkat kebangsaan dapatlah saguhati RM400 beserta sijil dan senaskah buku “Yasin & amalan pilihan”. InshaAllah tahun2 yang dilalui nanti, ini adalah aktiviti tahunan kami sekeluarga nampaknya.. hehe..



Pada bulan tersebut juga.. hasben menang ‘lucky draw’ masa carnival TMR&D di Zoo Negara. .. beliau menangi hadiah percutian 4 hari 3 malam ke Legoland, Hello Kitty dan USS.. nun di Singapore.. Pakej tersebut dlm RM2.4K. Mimpi kejap.. macam tak percaya jer.. walhal kami yang kemalasan nak pegi ke Zoo tu bleh sampai jam 10.30 pagi.. biase arr anak kecil macam2 nak di bawa...


Pada mulanya kami nak jual jer tiket ni.. sebab kami takde passport lagi…tapi sayangnya.. harga yang kami tawarkan takde sape nak beli.. diorg nak dalam RM500-RM1000.. walhal kami tawarkan dalam RM1.5k.. Setelah musyawarah dibuat akhirnya kami berpakat utk pergi sahaja..InshaaAllah awal Feb ni kami akan berangkat ke sana.. hip2 hooray!



Dec yang berlalu… tade apa yang berlaku.. hasben sibuk dengan kojernya sbg Researcher.. Nampak stress,  so sbg isteri, aku hanya mendengar ajer arr.. kami tak dapat nak ke mana2  sbb cuti dah abis gara2 Aishah & Asyraf kena demam denggi Nov lalu.. berkampung di KPJ Kajang selama sepuluh hari..



Awal Januari.. bz ngan anak2 sekolah.. Aishah keriangan kerana dapat menjadi pengawas di sekolahnya. Diena n Hafiz walaupun hanya pelajar biasa namun tampak riang-ria juga kerana dah lama nak ke sekolah. Almaklumlah dekat2 2 bulan dok santai2 di rumah.


Last week.. tanpa dirancang.. kami berdua menemankan abah makku ke Terengganu bagi menguruskan pengajian adikku Izzati di Kolej Latihan Telekom di Marang, Terengganu. Di sana kami bermalam di rumah mak abah mertuaku.. Alhamdulillah, dapat juga ketemukan kedua belah ahli keluarga sana dan sini.. bukan senang bisan nak jumpa.. jauh tuu Terengganu n Perak. Tercapai juga niat suamiku.. utk menyatukan mereka berempat..kali terakhir jumpa pun sekitar tahun 2007. Masa tu kenduri kahwin Ipin di Ketereh, Kelantan…


Panjangnya.. seronok juga mengarang panjang2.. idea datang bertalu-talu.. tapi biasa arr.. bahasa yang tak berapa indah nak dilontarkan.. cukuplah sekadar sahaja..

kk.. nak closing doh.. next time kita bebel2 lagi ek.. 

Well, i better continue my work....see yall soon ~~~
 
Assalamualaikum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...