Wednesday, December 28, 2011

~ Nonton Wayang bersama keluarga~



Baru naik kojer hari ni..cuti2 hanya di rumah bersama anak2 menghabiskan masa hujung minggu kami dengan mula menyemak buku2 yang baru di beli di kedai koperasi sekolah.. sesi menulis nama & kelas pada buku2 yang di beri.. lenguhnya.. tapi heppi sbb dapat buat bersama anak2.

Semalam plak.. pegi nonton wayang di The Mines bersama suami, anak2 & adikku-Izzati..
bukan ombak Rindu ek.. hehe.. nonton citer Alvin and the Chipmunks 3. Ni permintaan dari anakku Hafiz.. so layan jer arr. Ternyata mereka smua gumbira.. kami ni pun asyik bz jer... ..cuma yang tak bestnyer masa nonton..si Aishah dok bising2 "apsal TV ni besar sangat..kat sini takde eletrik ke..gelap jer bla..bla..".. tahan jer la melihat gelagatnya yang kerap bertanya padaku dalam gelap tuu..

Alhamdulillah.. dah 2 malam start baca Alquran smula.
Dah masuk ayat ke 255 surah Albaqarah. Kali ni bacaan diiringi dengan terjemahan, maka sesi mengaji pun lebih tenang bila mana bacaan yang dibaca difahami. Targetku, agar bacaan Al quran kali ini akan lebih lancar..biarlah lambat..asalkan dapat..lebih tenang. tak perlu ribut-ribut..


nota ilmu:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Add Image

Thursday, December 22, 2011

~ Nasyid pilihan ~

Nur Tuhan

Album : Penawar Hati
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

#Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

*Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaa.

nota kaki :-
sambil siapkan report utk di hantar ke Bos2, sempat plak mendengar alunan nasyid kat PC ni.. lirik lagu "Nur Tuhan' ni btul2 terkena ngan kesah hidupku... pada ayat-ayatnya memang terkesan arr..terutama pada ayat2 ini;

" Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan"

Sebagai orang islam, kita perlu sematkan pada diri akan ISLAM, IMAN & EHSAN.. bukannya mudah utk jaga prinsip tersebut. Kalau sebut & hafal tu pandai arr.. tapi bila nak apply dlm kehidupan perlu tulus & ikhlas. Tak boleh juga riak dalam beribadat.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi insan yang diredhai olehNya di dunia mahupun di akhirat.

Sunday, December 18, 2011

~17.12.2011-p kenduri & jalan2 ke Lumut ~


me.. Ina & suami serta Paza
-sesi bergambo ngn Raja Sehari..-


Sebelum ini ada plan ngan anak-anak nak bawa ke pantai kalo cuti sekolah.
Namun jadual kami terpeliot plak dek kerana kami dapat jemputan ke kenduri sahabat baikku Zalina Rahman ( kojer kat Maybank Ipoh ).. di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. so tampaknya bahagi dua arr..beliau merupakan member kamcing sekelas, sblh meja tu..malah seperjungan dlm PS ( pembimbing Rakan sebaya masa kat RPK suatu ketika dahulu..)
Utk tidak menghampakan anak2 & sahabatku, hari sabtu yan
g lalu kami ke Kota Lama Kiri dahulu.. hehe..


-bersama adik-adikku-


Walaupun jam dah dekat2 pkl 2.30ptg, kami truskn perjalanan ke Pantai Teluk Batik. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit..akhirnya sampai jugak kami ke sana.. sudah tentu yg gumbira adalah anak-anak, adik-adik mahupun mak &abah.. macam kami ni biase jer.. sebab kalo balik Terengganu mesti singgah pantai punyer.. :)


Dapat berkelah & bersantai di sana hanyalah sekejap, namun ianya meninggalkan kenangan yang manis buat kami smua.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke atas nikmat yang Allah berikan buat kami smua..

Wednesday, December 14, 2011

~ Jalan-jalan cari kawan sekolah ~

hanya gambaran sahaja ek..

Hari sabtu yg lalu spt yg dirancang kami suami isteri buat operasi kat bilik2 anak-deko2 Cik Wan & Cekyah..hehe.. konon2 nak ubahsuai bilik diorg agar lebih ceria & tersusun rapi..cewah..cewah.. bilik anak dara warna pink & bilik si teruna warna biru..bli almari baju & meja belajar utk mereka. Adalah diharapkn moga2 mereka akan lebih bersemangat & tekun utk belajar..ameen.

Island BBQ Steamboat kat kg Melayu Subang, dekat ngan Stesen Minyak Petronas..

sekian lamanya tak jumpa..


makan time..

Jadual kami hari ni diteruskan dgn menerima jemputan ke Island BBQ Steamboat kt Kg Melayu Subang..jauh tu dekat2 40 minit arr kalo nak ke sana.. Diorg buat reunion sekolah kat sana. kami bertolak dri rumah jam 5.30 ptg.. biase arr campur sesat2.. masuk highway klur highway sampai jam 6.50ptg.. :)nak cakap aper.. emm.. 'kita serupa..kita serupa..'

sahabat-sahabat suamiku


Tempat ni sesuai dibawa seisi keluarga. Harganya pun ok.. dewasa RM 19.90 sementara kanak2 RM9.90, bawah 5 tahun percuma.

InsyaAllah nak bawa arr anak2 ke sini sementara cuti sekolah ni.

Tuesday, December 13, 2011

~ Sesi Teh Tarik ngan Datuk Bazlan~


Minggu ni kojer banyak.. tapi taklah banyak macam kat R&D.. bleh arr. Hujung bulan mcm tu arr.. FCCAS, P&L & analysis itu n ini.. akru2 takde ek.. apa lagi TNT.. jauh skali.. hehe.. tapi kojer tetap kojer arr. Bila dah siap baru ler lega rasa hati.. kan :)


Hari isnin lalu p sessi teh tarik ngan Dato' Bazlan kat Menara TM.. Hasben jadi drebar ku..merempit, tapi tak sangka jalan KL clear ( Selangor cuti, so taklah jem..) abis penyet tudung kita sebab pakai topi keledar.. sabor jer arr..
sempat arr makan roti canai kat tempat biase hasben breakfast dedulu..( dolu beliau jaga maintenance Menara TM- IBMS project ). toche2..

Teruja & terbest seketika.. Datu Bazlan merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM.
Jemputan yang di pilih adalah secara rawak.. so lepas ni korang2 arr. Tunggu ajer panggilan tersebut ek.


Pelbagai cerita disampaikan oleh beliau. Kawan2 lain pun turut berkongsi pendapat & menyuarakan kemusykilan.. fuhh.. memang tak dinafikan sejak aku join TM ni banyak yang dapat dipelajari dari kehidupan orang lain.. bukan pasal kojer jer. Ada makcik2 yang kojer dah lebih 32 thn.. dah macam usiaku.. betapa setianya mereka dengan TM kan.. apa lagi kita yang biase2.. asyik nak gaji besor jer.. pangkat.. seharusnya kita belajar dengan mereka. kih..kih..tapi macam kesah aku ni, memang ok arr.. tak dok di zon selamat.. perlu berusaha utk lebih maju.. kira ok la tu.
Datuk Bazlan pun ada cakap agar kita tak dok lama di tempat tu seandainya kita nak maju.. ngeh..ngeh..


Selesai sessi teh tarik, keme menuju ke stesen komuter di Mid Valley. Waduss.. ramai bangat dong..naik train pun muka redho jer arr.. dah macam sardin jer.. sesak bebenor. almaklumlah orang selangor cuti..maka berpusu-pusu arr shopping sakan ke KL..ish..ish.. tak elok tu...
sampai rumah jam 5.30ptg.. nyaris arr naik train jarang2.. kalo slalu ntah arr.. better naik keter arr.. WWB 9656 ngeh...ngeh..thank you Allah!

Friday, December 9, 2011

~Wajah baru Abby ~

Beliau juga pernah menjadi DJ Radio THR suatu ketika dahulu..seangkatan dengan
Andy Hakim ( Hindi Power )
- dolu2 peminat tegar THR ni..hehe..


Nurul Shuhada mcm tak ngam jer bila berganding ngan Abby..
gandingan yg best ialah dengan Ally Iskandar..


Bukak TV1 seawal 6 pagi bagi menonton "Surah-surah pilihan", sambil2 menyediakan sarapan & persiapkan diri untuk p kojer.. tenang jer hati kan bila mendengar alunan bacaan surah & terjemahan yang dibaca oleh Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab yang juga Yang DiPertua PIBG sekolah anak-anakku.

Selesai rancangan tersebut, trus tekan TV3 tgk citer MHI plak.. emm..comel dan ayu plak bila melihat wajah si pengacara MHI - Habsah Omar atau lebih dikenali sebagai Abby Fana. Beliau baru sahaja pulang dari menunaikan haji.

Moga2 aura keimanan tersemat pada hati-hati kita smua..Ameen!

Tuesday, December 6, 2011

~ JJCM ngan Hana ke Pasar Seni~


Malam tadi terima sms dari Hana temanku yang juga seorang cikgu kat MTD.. hehe.. dan tgh hari tadi kami keluar sama dan JJCM ke Pasar Seni.

Segala macam2 yang kami sembangkan.. sampai hilang suara arr.. kongsi citer2. utk rekod, dah dekat2 6 bulan tak jumpa.. almaklumlah bz bebenor cikgu sekolah askar ni.. :)

Di akhir pertemuan, beliau bagi souvenier... waw! i'm shy arr.. terima kasih Hana. Katanya beliau ada pi beberapa trip ke Bali, Sipadan & Cameron Highland.

Friday, December 2, 2011

~Ubi Kayu Rebus~

~tinggal sikit lagi ni..-

Hari ni.. hari Jumaat. Penghulu segala hari.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
Pagi ni tiba awal sangat ke opis.. malas plak nak p cari breakfast kat Maybank.. so p ajer arr ke kantin.

Seperti biasa dalam perjalanan ke sana aku bertekad nak makan bihun goreng.. yumm..yumm.. sedapnyer.. kalo dapat.. hehe..
Tapi pagi ni takde plak.. dan hati terasa teruja tatkala ternampak ubi kayu rebus + kelapa parut+ ikan masin di balut dengan plastik. Kalo dah plakstik.. faham-faham sajer la.. ini ada org order.

Haha.. tak sangka plak pakcik kantin ni terperasan kot.. segera dia ambe polisterin.. hehe.. Alhamdulillah rezeki hari jumaat yang penuh dengan berkat ni..terima kasih pakcik! terima kasih..

Sampai kat opis, segeraku keluarkan gula ( M'cD punyer).. apa lagi.. operasi cicah-mencicah arr..

Thursday, December 1, 2011

~Ke Ibusawat TM Bandar Tun Razak~

-Wakil dari NUTE KL-


-GM State KL( berbaju putih ) yang sedang kusyuk mendengar -


Khamis pagi,aku & kak Umi wakilkan SFO & SA KL untuk ke mesyuarat NUTE & Management TM State ke Ibusawat TM di Bandar Tun Razak..hehe jadi tukang tengok jer tgk diorg berbincang. Pelbagai perihal masalah non-Exe ( teknikal) KL dibangkitkan pada pertemuan tersebut. Memang tak dinafikan tugas Non Exe bahagian teknikal bukanlah sesuatu yang mudah.

Majlis bersurai 3 jam kemudian dan kami disajikan dengan masakan arab lah.. huhu.. "Nasi Arab Saba' Setiawangsa".. yumm..yum.. Alhamdulillah !

Wednesday, November 30, 2011

~ Cuti ke Ipoh & Tepen~

Baru balik dari kampungku di Kuala Kangsar.
Hujan sepanjang hari menyebabkan rancangan yg di rancang tak dapat dilaksana sepenuhnya.. takpe kan.. hujan rahmat.. so masa banyak dihabiskan di rumah sahaja..

Bersama makku, mak sedara & sepupuku Juda.. isssh.. nampak gigi arr, tak gemo tgk gambo ni..

Namun kami sekeluarga sempatlah pegi ke kenduri sedara kami di Ipoh pada hari ahad..hehe..
Lps tu pegi berjalan-jalan ke Bukit Merah Lake Town kat Taiping.. tu ajer arr.. tu pun memenuhi tuntutan anak-anak yang teringin nak jalan-jalan.

posing jap ngan abah & adikku, Najiha..


menaiki bot ke Taman Orang Utan..
15 minit tau..

Memang diorg ajak smula ke Cameron Highland.. tapi disebabkan cuaca yang tak menentu ni.. tak jadi arr. Walaupun begitu, tak best sangat arr.. sebab mak dan adik2 yg lain tak turut serta. Ini kerana mereka dah mula bergerak ke KL bagi menziarahi adikku Fendi yang kemalangan jalan raya di KL..emm.. patah tangan. MasyaAllah.. :(


Sekarang ni.. kami berdua jer di rumah.. anak2 ditinggalkan di kampung.. have too..
sebab masa di sini diisi dgn menonton TV dan melayari internet sahaja.. beza sekali dikampung.. hehe..biarlah mereka jadi 'budak kampung jap'.. menghirup udara nyaman.. nun jauh disana.. ada ketenangan & ada kebebasan minda..

~ Statusku~


Tekan punyer tekan kluar status ni.. aper ni ek?
What ever arr.. yg penting buat blog bukan nak dptkan ranking yg tinggi.. sekadar bercerita tentang isi alam.. hehe.. apa yg tersurat & tersirat. Jauh skali nak citer2 yg ntah aper2..
tapi kalo org nak bagi .. insyaAllah terima arr.

Alhamdulillah hal rumah dah selesai.. dari Maybank ke Ambank.. banyak btul rintangannya.. udah-udah ler. tak larat keme mengisi borang sana.. borang sini.. sign situ & kat sini.. bukan senang rhupenyer nak refinance..
Misi sekarang ni nak menuntut kembali wang dari seseorang jer ni.. pulangkannn.. :)

Hidup di dunia ini hanyalah sementara.. moga2 dijauhkan dari amalan yang sia-sia.

Monday, November 21, 2011

~ 2 sejoli ~

Ahad lalu.. bersama seisi keluarga pergi ke
Batu 18 Hulu Langat.. bagi menghadiri jemputan perkahwinan teman opisku si Gee & Fadhil.

Jarang sekali utk aku kluar bersama keluarga.. kami lebih selesa dok kat rumah jer kalo hujung minggu.. Ntah mcm mana mood hasben OK plak kali ni.. so Alhamdulillah.. nak pegi ke sana takde la masalah.. google map kan ader..

Gara-gara tertinggal kamera kat keter.. maka gambo pengantin tak dapat ditatapkan di sini.. Namun gambo pengantin lama ader arr.. ngeh.. ngeh..bukan senang kami nak bergambo bersama.. jarang-jarang.. apa lagi aku ni jenis angin kus.. kus.. sikit..

Semoga kami bahagia dunia dan akhirat.. ameen!

Friday, November 18, 2011

~ Citer di pagi jumaat ~



Alhamdulilah.. Alhamdulillah..
Pagi ni terbangun lewat.. maka tak sempat arr nak sarapan kat rumah.. terkejor-kejor teman p kojer..fuhh.. sampai jugak opis.. ngeh..ngeh..

Lantaran perut yg dah berbunyi-bunyi.. trus ke kantin bagi membeli air & nasi goreng ( jadi arr sementara nak p briefing kat tingkat 3).. dan kali ni terserempak ngan GM State KL.. waduh.. jam dah pukul 8.45 pagi.. tapi biase ar.. buat muka kering jer..lapaq sangat..

Dan tetiba beliau menyapaku.. "Hariah.. beli ape?.. aku hanya tersenyum sambil mencedukkan nasi goreng ke dalam polistrin tu.. ( dalam hati.. waduh.. berani btul ko makan cheyah oii.. jumpa boss.. masak.. masak..).
Tak sangka plak nak bayor kat kaunter ..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. hehe.. "Kak, En Ramlan belanja kak.." adik kat kaunter tu bersuara.
Dan aku kemaluan tahap gaban..hehe.. sempat singgah ke meja santapannya.. lantas mengucapkan terima kasih atas kesudiannya belanja gue yang ntah ape2 ni.. Cepat-cepat berlalu..dengan muka yang kemerahan.

The moral of story ~ Ngeh.. ngeh.. jangan buat lagi tau.. hehe, bos2 kat sana.. kat R&D mahupun kat State KL.. baik-baik belaka. " tak perlu kata apa-apa.. senyum.."

Thursday, November 17, 2011

~ Aishah konvo kat UKM ~

-Bercita-cita nak jadi Doktor Sakit Puan-


-Bersama Athirah, teman baiknya-

Hari ni ambil cuti half day bagi mengisi masa bersama anak di konvo yang berlangsung kat UKM, Bangi. Tak sangka plak kat sistem GEMS( utk apply cuti) skrg dah ada list cuti separuh hari.. sahabatku si Ina yg habaq.. kalo tak chek tak tau pun..

Acara yang berlangsung di situ menghimpunkan lebih 15 buah tadika KEMAS bagi DUN Bangi.. Oleh kerana tadika ini dibawah kerajaan pusat, maka kata2 aluan & penyampaiannya diselit-selitkan hal2 politik arr.. ( kitaorg dengor jer.. tapi kesian kat anak2 kecil.. lama btul ceramah mereka..)

bergambar bersama cikgu Hayati ( bertudung merah )

kami pun turut membantu cikgu dalam memakaikan baju konvo pada anak2 l" ihikhik


umi& abah
( gambar ni di ambil oleh Aishah )



Majlis bersurai jam 12 tgh hari.. selesai makan, trus pulang.. kerna nak bersiap pegi kojer plak..sementara abah ada tugasan penting.. hehe, collect duit RM100 kat sekolah Hafiz plak..


nota kaki :-
- Moga2 anak-anak kami menjadi anak yang soleh & solehah.. ameen
tepuktangan
- masih angin kus-kus dgn Maybank & Ambank.. diorg tak bagi lagi duit kami ni.. ish..cepat arr...
- baju kurung yang dipakai adalah kain yang dihadiahkan oleh sahabatku Kuna..

~ Anugerah dari kegagalan ~


Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

1
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho

(ULANG 1- 2X)

Tuesday, November 15, 2011

~ Episod di TMTC utk 2 hari ~

"Today is a great day "

yang bertudung kuning tu trainer kami.. Miss Ferial Md Salleh

Hari 1st register, dapat masuk team YELLOW waduss.. takde geng yang sepejabat.. ntah dari mana pejabat2 diorg ni..biase arr smua buat2 muka malu tapi ayu & kacak bergaya.. huhu...
Alhamdulillah, adik2 mahupun abang kakak ramah tamah timah.
.kik..kik, walaupun begitu, untuk hari pertama kami dapat no 4.. dari 4 kumpulan..dasyat btul..nombor last tu..


fuhh.. bersemangat btul adik2 ni..


Iklan gigi jap..

Apa yang menarik, kursus ni sgt berenergy di mana kita perlu menjerit setiap masa. peluang utk tertidur.. hanya 5% ajer arr.. yea la dibuatnya citer2 yg sedih.. mmg ngantuk lah.. tapi kami smua enjoy!

mereka yang teruja dapat duit..
diorg kata nak beli TM..ish..ish..


posing jap..
ambil gambo dgn duit 111M ( duit tipu arr )


Yang menambahkan lagi smgt adalah di mana kitorg kene kumpul duit untuk team. Duit bukan main sikit2, duitnya main million2.
Akhirnya dari no. 4 ke no 1.. btul2 terkejut.. mimpikah kami? sm
uanya berkat kerjasama yg jitu dari kami smua.. caya lah..

Sepanjg kursus, yang x pernah lekang kat bibir adalah:

"We are One TM, Passion to win, Support each Other, Challenge!!!"menari

"Team Power-is when every single member consistenly remind each other to overachieve his/her target/targets to reach team goal" ihikhik


"Challenge is an opportunity to improve myself, change the system, strategy and add new knowledge so that I can move to the next level" tepuktangan

"Cancel-cancel go away"

"Today is a grrreat day"

"I know I can be better"

"You are your energy"

" Be positive Declare war on negative thoughts "

dan byk lagi... Tapi yang paling best n mmg kena guna selalu adalah

"I support You!!!" peluk

"Aaha..." peluk( dah mcm dlm lagu 4u2c arr)


Balik dari teaming with passion ni, byk benda yang bleh dipelajari. Sedikit sebanyak timbul jugak kesedaran n smgt dlm diri untuk kerja lebih baik n menjadi lebih elok dari skrg. Kihh..kihhihikhik

Dan yang paling penting, dekat office kena amalkan 4 bende.

No Complain
No Blame
No Gossip
No Excuse

smuanya best arr.. salam ukhwah utk smua..

nota kaki :- We are 1 TM,
terima kasih kepada trainer master kami Cik Ferial Mohd Salleh.. trainer yang hebat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...