Friday, May 27, 2011

~ Menerima si dia seadanya ~



Gambar di atas adalah gambar terbaruku & suami..fuhh memang dah bulatkan....
Dalam kesibukan kami bekerja,kami cuba curikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Sudah hampir 10 tahun usia perkahwinan kami. Begitu cepat masa berlalu. Rasa kesusahan tu dah jadi ingat-ingat lupa plak..sebabnya kami berasa lebih banyak kenangan manis.

Bagiku, dia adalah segala-galanya. Menerima diriku dengan seadanya. Kalau ikut kan dulu..aku ni memang tak suka akan sikapnya.. tapi tu arr,bila dah lama bersama..'ku-jatuh cinta buat kali kedua'. Kali ini memang menerimanya sebagai suami yang bertanggungjawab ke atasku & seorang ayah yang baik buat anak-anak kami.. syukur Alhamdulillah..

Apsal aku coretkan cerita ini ek? Ntahlah.. ianya memang dari naluri hati seorang isteri yg sebelum ini 'tegar' untuk menerimanya..dan kini aku berharapmoga-moga kasih sayang ini berkekalan hingga akhirnya.. ameen. ( Doakan untuk kami ek..)


p/s: Cerita ' Nora Elena"..emm memang best..

Wednesday, May 25, 2011

~ TM Got Talent 2011 ~

Bekerja di tempat baru..memang best. Kerjanya baru.. kawan2 baru & suasana pun baru. Tapi tempat lamajuga yang dikenang-kenang..apsal ek?payah jugak nak dilupakan. Tu arr tgh mencubanya..

Cerita kali ni agak kelam kabut..tapi masih lagi dapat di kawal.. jap..jap..nak gelak org kaya.'hahahaha.. ". Hujung minggu lepas dapat call dari Group Communication TM.Diorang menyatakan yang videoku telah terpilih utk saringan bagi pemilihan TM Star 2011.. waduhh macammana plak terpilih ni. Sebenarnya saje2 jer hantar..tak sangka plakdapat.. ni mesti tak ramai yang masuk ni..so diorg panggil jer..( nak sedapkan hati arr.. ) mereka kata by next week,video itu akan di advertisekan kat smua staff TM seluruh Malaysia.. terkedu aku mendengarnya. Dan semalam,bermulalah undian..


Nak jadi kan cerita,bos minta wakilkan dia untuk pergi ke TM Menara bagi menghadiri meeting di Tingkat 41.. aiyoyo.. tu tempat lama yg nyaris2 nak masukkija.. dolu2 arr. Tapi bila ku tanya serba sedikit dari CFO TMR&D ( En Ahmad),so tak jadi arr..dah kini ku pergi atas tiket Finance KL..so redah ajer la. Paling menarik tu,diorg siap call tanya akan status ku untuk panggilan 'meeting' tu.. dan bila dah sampai.. disapenya ku sambil memasang video lagu tu.. ish..ish.. rase nak lari jer. tapi apakan daya.. buat muka selamba jer.. masuk meeting pun diorg dok pandang-pandang.. waduh..segan tahap gaban..Nis emua gara2 video laguku yg dah pun di iklankan kepadas mua staff TM seluruh Malaysia..


Dan sekarang..masih tak bleh nak tido ni.. memikirkan masalah negaraku ini.. FYI ~ iklan tu sampai 31 Mei ini. so bagi staff TM bleh arr melayari http://tmgottalent.tm.com.my/TMStarLoginPage.aspx?ReturnUrl=%2fTMStarVoting.aspx , tapi kalo bukan staff TM..tak bleh lar ek.

k,gud nite..Assalamualaikum..

Monday, May 23, 2011

Sultan Selangor Melawat Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa



Gambar ini diambil sewaktu Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Dusun Tua, Daerah Hulu Langat ( Feb 2011 )
kredit foto : Ahmad Naspu Johar
( Staff TMR&D yg juga sukarelawan di tempat tersebut )


23.05.2011, Isnin - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mengada lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14, Hulu Langat yang terlibat dengan trajedi tanah runtuh pada petang Sabtu lepas yang telah mengorbankan 16 nyawa dan 9 orang masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.


Dalam lawatan ini Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Seramai 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menerima sumbangan berjumlah RM217,000.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000.00 disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan manakala RM5,000.00 kepada 16 waris yang terkorban dan RM1,000.00 kepada 37 mangsa yang terselamat. Tuanku turut diberikan taklimat oleh Pengarah Kanan Cawangan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Ashaari Mohd.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Khusrin Munawis dan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Ihsan Tun Hamzah. Takziah cyah ucapkan kepada keluarga 16 orang yang terkorban dalam trajedi ini dan berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah kepada Mangsa-Mangsa Yang Terkorban. Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Tuesday, May 10, 2011

~MengapaDirindu ~



Mengapa Dirindu


Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Friday, May 6, 2011

~Palang Tol Smart Tag ~




Baru jer sampai opis.. teringat-ingat jer kisah semalam.. Peristiwa yang berlaku petang semalam yang tak mungkin akan ku lupakan sama sekali.. nahii..nahi..nahi.. eekk..


-gambar hanya hiasan ek-



Kereta kancil yang ku pandu telah melanggar palang smart tag di PLUS Bandar Seri Putra. Semuanya berlaku kerana dek gara-gara aku tertekan 'pedal minyak' sepatutnya 'pedal break'.. bila dah panic, lagilah aku tertekan.. Masa tu hanya Allah ajer yang tahu, memang terasa nyawa di hujung jer..blank seketika.. dan tetiba teringat kat 'hand break', so terus aku mengangkatnya.. syukur Alhamdulillah, automatic keter ku terberhenti..


Namun ketika itu, aku sudah pun melanggar palang.. & kedengaran bunyi 'nino- nino' yang agak kuat.. Tetiba jer ada seorang lelaki menghampiri keretaku sambil bertanya akan keadaan ku .. Dalam pada itu, seluruh badan menggigil tatkala menghadapi saat-saat getir tu. Lantas, dengan perlahan-lahan aku pandu kereta semula dan membawanya ke bahu jalan. Dalam tangan yang masih menggigil, terusku menelefon suamiku. Pehh.. memang pengalaman ini takkan aku lupakan sampai bila-bila. Lagi satu, ingatkan kalau dah langgar palang, cermin kereta akan pecah, rupa-rupanya tidak. Barulah aku tahu sekarang ni.. ( palang tu bukan besi arr.. )


Dalam masa menunggu suamiku, aku beristighfar & berzikir.. Ntahlah, jantungku berdebar-debar merasai pengalaman ini. Andailah aku tak terfikir akan 'hand break', tentunya berlaku kemalangan. Nauzubillah. Dengan izin Allah, aku terselamat… Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.



Sehingga sekarang pun, teringat-ingat ajer kisah semalam..



Sebenarnya, 2-3 hari ni memang terasa tak selesa akan kereta ni. Sepanjang minggu ini, pagi dan petang hujan jer, Break kereta macam tak makan jer.. tukar gear pun tersekat-sekat. Perkara tersebut telahku maklumkan pada suamiku. Beliau pun mengakuinya. Beliau menasihatkan agar memandu seperti biasa & senantiasa bersiap sedia dgn 'hand break' & lampu kecemasan andai kata berlaku perkara di luar jangkaan...Sepatutnya, suamiku nak hantar kereta ke bengkel minggu lepas. Tapi tertangguh sebab kami sekeluarga bercuti untuk pulang ke Terengganu. InsyaAllah, esok bolehlah di hantar ke bengkel..


Pada pendapatku, kalau nak pandu kereta ni, bukan sahaja kereta perlu dalam keadaan baik malah kita sebagai pemandu pun perlu bersedia. Kalau jadi macam kes kita ni, kereta kancil ni dah 8 tahun dan kebarangkalian untuk 'jatuh sakit' memang tinggi..


k, nak sambung buat report jap.. sehingga ketemu lagi..



nota kaki : Minggu lepas TM bagi bonus 2 bulan kepada semua pekerjanya.. Alhamdulillah & terima kasih ek..

Thursday, May 5, 2011

~ Hanakage ~






Juugoya otsukisama hitoribochi
Sakura hubuki no hanakage ni
Hanayome sugata no oneesama
Kuruma ni yurarete yukimashita

Juugoya otsukisama mitetadeshoo
Sakura hubuki no hanakage ni
Hanayome sugata no neesama to
Owakare oshinde nakimashita

Juugoya otsukisama hitoribochi
Sakura hubuki no hanakage ni
Tooi osato no oneesama
Watashi wa hitori ni narimashita

dibawahnya sinar bulan terang purnama
airmataku menitis bagaikan embun
melihat dikau melangkah tinggalkan semua
ke alam yang baru begitulah jalan hidupmu








translation untuk yg jepun punya:

On the night of the full moon, alone
my sister was dressed as a bride.
She stood within cherry blossoms
falling like a snow storm. And she was
gone in a rickshaw, through the storm

On the night of the full moon, alone
you were watching as I cried in the storm
of cherry blossoms, falling like snow.
spoke my last good byes to my sister,
a new bride.

On the night of the full moon, alone
behind the cherry blossoms storm.
She is gone, and now far away to another village.
And I truly become
all alone










~~~~********~~~~~~~~~*******~~~~~~~





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...