Monday, January 24, 2011

~ Surat resign yang postpone ~

Pagi tadi hantar surat' resign', letak atas meja boss. Sebenarnya berat hati nak berbuat demikian. Banyak faktor yang mempengaruhi mindaku.. ish.. dah solat istigharah dah.. dah minta pandangan smua orang.. tapi rasanya kena dengar rasa hatiku.. sebab yang dok fikir2 aku jugak yang mengadap smua ini.. mereka hanya memandang.. aku merasai.. bukan mereka..


Kat sini seronok sangat bekerja.. tapi punya juga cita-cita seperti mereka.. nak tu, nak ni..emm.. tapi terhad dek kerana gaji yang macam tu jer.. Tahun ni adalah tahun ke 9, aku bekerja disini.. sebelum itu dgn audit & construction.. so pelbagai pengalaman kerja dah pun aku redah.. hik..hik.. btw kat sini pulak yang 'terlama' sikit.. barangkali kerana dah selesa ngan kija.. tapi tu arr.. gaji naik pun mcm tu jer.. dek kerana takde kotak.. 9 thn mcm tu jugak..


Dan sewaktu aku serahkan surat tu.. bos besar & bos pompuan panggil... dia minta tangguhkan ke tarikh 1 bulan lagi.. aku hanya tersenyum.. (boleh jer..lagi lama lagi bagus..) tapi control ayu.. bos pompuan pun mencelah.. " kami dah hantar paper you kat Hr.. nak upgrade grade u.. ( dlm hati, gumbira sangat, tapi selagi takde black white, aku tak bleh nak buat apa sbb itu kuasa HR) so aku kata kat bos besar yang aku ok jer.. tapi better call orang sana, sebab diorg dah tau yang aku kena masuk 1 Feb, tapi tangguh pada 1 March.. lain2 baik bincang ngan diorang.


Ntah lah.. aku dilema ni.. tapi selagi takde apa2 aku tak bleh bermimpi atau pun berangan-angan.. perlu berpijak dibumi nyata.. andai kata ada rezeki..Alhadulillah.. smuanya untuk anak2, kerana masa & keringat ku korbankan.. ( masa cuti..pegi kija, masa balik.. siapkan kija..) smuanya kerja, andai itu jadi kenyataan.. Alhmadulillah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...