Sunday, February 13, 2011

.:. Debaran kian terasa .:.


Tinggal 2 minggu lagi nak pergi berhijrah ke tempat kerja baru. Walaupun masih lagi label yang sama tapi ianya berbeza dari sebelum ini. Tempat baruku ini di Bukit Mahkamah, KL. Bunyinya macam best jer, tapi demi satu perubahan yang baru, akan kuredahi.. InsyaAllah. Moga-moga berjalan lancar. Ameen.


Dan selepas ini aku akan bawa kereta sendirian tanpa bertemankan suamiku :(.. (akan ku rindu saat2 manis itu, yea la 9 tahun lamanya pergi balik bersama-sama.) bukan mudah juga nak ku ubah waktu kerja ni.. ntahlah, boleh ke? risau jugak ni..ish.. moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidup kami.


nota kaki : "Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." (QS 13:28)

Wednesday, February 9, 2011

.:. karenah anak dara .:.

Malam ni Aishah minta agar dibelikan lipstik. Lipstik kanak2 'Bodyshop' yang baru ku beli yg harganya dlm RM 40.. dah hilang. Ingatkan nak temankan si Eni bagi membelikan set perfume jenama tu di Mines pada minggu lalu, rupa-rupanya terbeli juga lipstik untuk si Aishah gara2 si dia mengamuk kat premis tersebut.. dan hari ni dah hilang.. ish..ish.. habis duit Umi. Kalau beli buku bacaan kan bagus..

Tuesday, February 8, 2011

.:. cerita zaman ribena .:.

Emm.. baru bangun dari tidur.. apsal la mata aku ni.. cannot sleep arr.. so buka jap email.. then tetiba teringat kat adikku Fatin yang tersangatlah suka cerita Korea.. abs di copy & di dengarnya lagu2 Korean.. gue? emm.. tak sempat nak layan cerita diorg ni.. almaklumlah umur pun dah naik ni.. so masaku dihabiskan dgn kerja.. anak.. keluarga. tv or hiburan takde la sangat..




Dan tetiba teringat kat si Chun & Oshin.. hehe.. sape2 yang seangkatan denganku di tahun 1988 sehingga 1990 tentunya tak terlepas menonton cerita dari Jepun.. huaha.. my fovorite drama is Chiaki, Moero Attack, Rin Hani Ko Ma & tentunya Oshin.. semuanya mengenai perjuangan seorang gadis jepun.. memang hebat..ni zaman2 sekolah rendah arr.. balik ngaji petang terus mengadap TV... tak elok tu.. jangan jadikan contoh ek.. tapi tu la 'entertaiment' kami masa tu.. sebelum p main kat padang.. main galah panjang, main konda- kondi, roundes & baling selipar.. pehh sakit tu.. dah nak masuk maghrib baru balik rumah.. selesai solat maghrib.. bersiap plak p ngaji.. kat rumah orang..tersenget-senget badan dek kerana letih petang tak abis lagi..dah pi ngaji plak.. Alhamdulillah.. semua yang dilalui oleh diriku yang juga anak seorang tentera..istilah cinta cintun takde dlm kamus hidupku..


Disebabkan suamiku sebaya ngan ku,so kami pun berkongsi zaman kanak-kanak.. cuma yang membezakan ku & dia ialah tempat. Dia yang dibesarkan dikawasan kelapa sawit kat Terengganu tu.. so amatlah berbeza ngan kita yang dibesarkan di dunia ketenteraan.. ( abah kita askar arr ).. permainan mereka dikampung pun agak pelik bin ajaib. Antaranya memanjat pokok kelapa( adake macam tu.. ), main upih daun kelapa & mandi sungai...patutlah anakku si Aiman ni lain macam sikit. Rupa-rupanya mewarisi abahnya yang kenakalannya tahap gaban..






k..k, nak tido arr,

sejak dua menjak ni terajin la plak nak berblog..banyak memori manis akan ku karangkan lagi ek. nanti..nanti la.. harapanku semoga hari-hari esok akan dilalui dengan "kegumbiraan'..Ameen..

Monday, February 7, 2011

.:. anak kecil menangis kena "usik" .:.

Tadi dapat email dari kawan mengenai rawatan yg sesuai jika ada anak kecil yg kena "usik". Sengajaku letakkan disini agar ianya menjadi rujukan diriku atau sesiapa sekiranya menghadapinya... suatu ketika dahulu, aku pun pernah melaluinya.. namun masa tu, ada Opah.. so trus jumpa opahku arr.. petua ini amat berguna.. nanti baca ek...

************************************************************************************

Kisahnya bermula ca nih. Masa anak aku kecik lagik (baru abis pantang), kitorg blk ke kg di kedah. Bila dah balik KL, anak aku ni takmoh tido malam & asik melalak2..Tak tdo kitorg mlm tu..Esoknya bawak jumpa sorg ustaz kat masjid Kajang, dia kata ada mende ngikut sbb mende tu berkenan & hormat ngan anak aku ni yg cerdik & ada ciri2 khalifah (ayat ustaz tu), so nak ajak main...Alhamdulillah suma ok pas berubat..

Ada beberapa tips yg boleh dikongsi:

1. Kalo berjalan jauh (especially ngan budak kecik), jgn terus stop di destinasi yg dituju (rumah, hotel, etc..). Singgah dulu mana2 tempat sbb takut ada mende ngikut (tak kira siang/mlm). Masa singgah tu, amik seketul batu/ sehelai daun, selawat & cakap "Jangan ikut kami/aku, ikut daun/batu ni". Then baling batu/daun tu, & teruskan perjalanan ke destinasi..

2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'mende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.

3. Satu lagi tanda ada 'mende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.

4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas, cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)

5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawang putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'mende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia' kana panas.

Lain2 tips yg boleh dikongsi:
1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu

2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.

3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.

Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Ustaz tu pon dah pesan, dia dah bagi ilmu2 ni..kena sebarkan kat org lain. Moga jadik pedoman & panduan bersama. Kalo ada tips2 nak kongsi pon bole jugak..wallahua'lam

Sunday, February 6, 2011

~ Tempat isteri adalah di sisi suami ~



Memandangkan kami sekeluarga tidak dapat pulang ke Terengganu dan kebetulan pulak si Wani (adikku yg no 7 ) tu tak dapat nak balik Kuala Kangsar dek kerana kehabisan tiket bas, suamiku mengajak kami ke Bandar Baru Bangi. Katanya beliau teringin nak makan prosperity burger.. Mc D punyer..



kami semua iku
tlah, kalo ikutkan tekak ni suka lagi nasi.. tapi sesekali layan jap selera suamiku.. sejak dua menjak ni beliau lewat tidur dek kerana menyiapkan kija2 opisnya.. ala..ala..



Tak sangka pula si Eni ( adikku no 5 )ada turut sekali. Najihah ( adikku no. 8)memang ada di rumahku sementara menunggu keputusan SPM.. meriahlah sikit rumah kami. Kalo diikutkan rela balik kampung dari tinggal di sni.. tapi dah suamiku yg bz sokmo ni.. tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia seorang diri di rumah..



Bukankah tempat seorang isteri adalah disisi suami..
k, gud nite !

Wednesday, February 2, 2011

~ Cuti sempena Tahun Baru Cina ~

Hooray! hari ni dah start cuti.. kalo diikutkan kami sekeluarga akan pulang ke Terengganu utk menziarahi abah & mak mertua di sana. Malangnya, suamiku memutuskan untuk tidak pulang memandangkan beliau sibuk dengan dateline bosnya pulak.. huhu.. sedikit tak best arr.


Dah lama kami tak balik. Kali terakhir balik is masa Aidilfitri yang lalu. Itu sahajalah. Namun abah mak ada datang sini kerana melawat adik iparku di Hospital Columbia diSeremban pada bulan Dec yang lalu. Cuma sebagai seorang anak, patutnya kami pulang kan.. Suamiku kata tengoklah dulu.. emm.. harap2 adalah ek. Anak-anak pun dah bising.. tanya bila nak balik ke Terengganu.. mereka tak sabar-sabar nampaknya..


Dan pagi ni, kami sekeluarga pergi ke JPN Putrajaya bagi mengambil kad pengenalan baru. Oh yea! lupa nak khabaq, isnin lalu kami berdua sepakat nak buat IC baru memandangkan IC tersebut masing-masing alamat di Perak & Terengganu. Kami sepakat nak ubah alamat pada IC.. guna alamat semasa ..kat Taman Impian Putra..so kalau nak mengundi nanti, kat sini ajer arr, tak perlu gaduh-gaduh balik kampung..



Isnin lalu, sewaktu kami pergi JPN, prosesnya hanya mengambil masa sejam sahaja. Baguslah tu. Zaman 20 tahun yang lalu, adalah dekat-dekat 7 jam.. proses yang agak lama. Terus terang ku puji perkhidmatan di JPN sekarang. Ianya cepat & teratur. Tak perlu isi borang yang banyak dan yang penting tak tunggu lama. Kaunternya banyak & pegawai2nya mesra pelanggan. Dan hari ni, dah boleh ambil.. tak payah tunggu 2-3 bulan lagi, proses yang lancar.. bagus2X..

Mak pun ada call kita tadi, bertanyakan khabar berita. Rindu pulak kat mak. Walaupun dah berumur 33 tahun ni, namun kasih sayang pada mak abah tu tetap ada dihati. Kalaulah si kancil tu ok, dah lama aku & anak-anak balik ke kampung. Kalau nak bawa si Avanza tu, sah-sah takkan aku bawak.. i tak biase you..


K, nak tidur arr. Dah dekat2 pukul 11.30 malam ni. To be continue ek ! Assalamualaikum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...