Tadi dapat email dari kawan mengenai rawatan yg sesuai jika ada anak kecil yg kena "usik". Sengajaku letakkan disini agar ianya menjadi rujukan diriku atau sesiapa sekiranya menghadapinya... suatu ketika dahulu, aku pun pernah melaluinya.. namun masa tu, ada Opah.. so trus jumpa opahku arr.. petua ini amat berguna.. nanti baca ek...
************************************************************************************
Kisahnya bermula ca nih. Masa anak aku kecik lagik (baru abis pantang), kitorg blk ke kg di kedah. Bila dah balik KL, anak aku ni takmoh tido malam & asik melalak2..Tak tdo kitorg mlm tu..Esoknya bawak jumpa sorg ustaz kat masjid Kajang, dia kata ada mende ngikut sbb mende tu berkenan & hormat ngan anak aku ni yg cerdik & ada ciri2 khalifah (ayat ustaz tu), so nak ajak main...Alhamdulillah suma ok pas berubat..
Ada beberapa tips yg boleh dikongsi:
1. Kalo berjalan jauh (especially ngan budak kecik), jgn terus stop di destinasi yg dituju (rumah, hotel, etc..). Singgah dulu mana2 tempat sbb takut ada mende ngikut (tak kira siang/mlm). Masa singgah tu, amik seketul batu/ sehelai daun, selawat & cakap "Jangan ikut kami/aku, ikut daun/batu ni". Then baling batu/daun tu, & teruskan perjalanan ke destinasi..
2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'mende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.
3. Satu lagi tanda ada 'mende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.
4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas, cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)
5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawang putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'mende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia' kana panas.
Lain2 tips yg boleh dikongsi:
1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu
2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.
3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.
Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Ustaz tu pon dah pesan, dia dah bagi ilmu2 ni..kena sebarkan kat org lain. Moga jadik pedoman & panduan bersama. Kalo ada tips2 nak kongsi pon bole jugak..wallahua'lam
No comments:
Post a Comment