Salam smua.. dah hari jumaat.. Alhamdulillah.. esok cutie k. Ingatkan nak bawa anak-anak pegi PD menginap kat The Legend Water Chalets, Port Dickson tapi tak boleh plak.. suamiku ada tournament Badminton anjuran Kelab TMR&D, so rasenyer lepak2 kat rumah ajer la.. tengok2 la kot2 hari ahad ni bleh bawa diorg jalan2 jer..tu pun setelah selesai sesi gotong royong membersihkan rumah hehe…
Kalo citer pasal kija..utk minggu ni taklah busy lagi sbb akaun bulanan company baru tutup. Aku ni dah terbiasa ngan kija2 yg berpanjangan. Ntah macam mana kat sini agak jarang2 ..mengeletar jari jemari bila duduk relax2 jer ni.. tapi dalam pada itu, sambil2 tu bacalah apa2 yang patut.. ilmu perlu ada beb..Cuma tu arr, berjanggut menunggunya.. seperti menunggu bulan jatuh ke riba.. diorg kata 8hb baru boleh report. So pagi2 ni dah call org HQ.. dan kata mereka… " minggu depan, baru boleh buat report, tak final lagi. Diorg buat re-open account.." haha.. begitulah.. sesi mengelamun bermula balik.. dan paling tak best plak pagi ni.. diorg dok cerita pasal bonus.. NAk jugak ku lari dari mendengarnya.. yo la kita kan baru masuk kija kat sini.. so dah tentu tak dapat bonus macam diorg 2 bulan.. huahaha..takpe2 hati perlu kuat ek..R&D is anak syarikat. So belum dpt keputusan lagi..so tunggu ajer la.
Sejak Puan N mengambil alih HR kat R&D, dikhabarkan perubahan positif sedang dilakukan.. Moga2 Puan N akan membantu akan pencapaian R&D yang makin kabur .. ntahlah kat R&D sebenarnya best sangat2.. yo la status company yg dikhabarkan yg mempunyai idealisme & gabungan kepakaran diorg2 ni dlm teknologi.. so percikan tu dirasai oleh kami semua. Walaupun aku tak lagi bertugas di sana, namun kerinduan masih lagi terasa.. mcm mana nak ilang ni ekk.. tambahan plak hasben aku pung dok citer2 pasal org2 sana.. lagilah rindu.. sebabnya diorg smua ni pun aku dah biasa deal .. siap gaduh2 lagi pasal projek.huhu.. dashyat aku ni dolu2..kat sini plak dah jadi mcm staff yang baru masuk kija.. baru grad.. memang jadi pendiam.. mcm tak caya jer.. mmg susah juga nak membiasakan kehidupan disini, tapi aku cuba sebaik mungkin..
InsyaAllah by the end of this month, kami sekeluarga nak balik Terengganu, dah lama tak menjenguk mertua.. rasanya dah dekat 4 bulan. Bulan Dec tu adalah ketemu.. tu pun sebab adik iparku si Ilah masuk hospital Columbia kat Seremban. Dia di tahan sebab ada penyakit Batu Karang.. Aku & suami bersimpati dengan beliau. Udahlah jatuh sakit, situnangnya plak mintak putus dek kerana tiada keserasian… ish..ish.., semoga beliau sabar menembuh dugaan ini. Moga2 ada jodoh yang baik untuknya.. ameen.
K,sehingga ketemu lagi ek.. daa.. 'assalamualaikum'..
ps~ smlm tgk " semanis Kurma'~amalkan membaca surah Ali Imran' ayat 26, 27 & 38 serta surah Al Anbiya' ayat 89- ianya elok utk mendapatkan untuk dapatkan zuriat & mendoakan anak2 menjadi soleh solehah..
No comments:
Post a Comment