Monday, September 26, 2011

~ Hikmah disebaliknya ~

Dikala ini, aku sedang santai dirumah.. syukur Alhamdulillah ku panjatkan padaNya akan kesihatan yang diberi olehNya. Secara zahirnya baik-baik sahaja cuma gelora dihati tiada siapa yang dapat membaca.. Namun.. begitulah susun aturnya.. aku redha akan ketentuan Ilahi.


Jumaat lalu, aku & suami telah pergi ke Hospital Azzahrah..pada mulanya nak pegi
Hospital An Nur.. tapi bila tengok dari luar kelihatan sesak sangat, maka kami ke Azzahrah.. setelah sejam menunggu.. barulah namaku dipanggil.. :).. waktu ini gigiku dah mula menggigil ( takut sangat oo..dah lama tak jumpa doktor pakar ni..) Satu demi satu rawatan diberikan.. macam biase, aku menutup mataku dengan tudung..hehe.. Ada plak sessi soal jawab pasal kehamilanku sebelum ini.. ops.. lupa plak, doktor yang merawatku ialah Dr Fazlina Hanum..seorang doktor pakar sakit puan yang otai kat Azzahrah tu.. tampak lemah lembut.. best..best..

Doktor memaklumkan yang jantung baby dah tak berdenyut.. so kena buat D&C.. emm.. sememangnya 2-3 hari ni aku dah dapat merasai keadaan ini cuma biase la.. cuba-cuba bersangka baik..apa lagi darah yang turun sejak selasa yang lalu.. tu arr. dah takde rezeki kan.. antara perkara yang paling takut nak tempuh is D&C arr.. proses cuci2 tu nyarislah aku ditidurkan.. so takde la takut sangat..


Oleh kerana proses D&C berlaku petang, doktor menasihatkan aku agar berehat di hospital semalam.

Keesokannya, doktor memaklumkan agar aku ke kliniknya sebelum pulang ke rumah. Kali ini tanpa kehadiran suami, aku pun pergi..:(. Kali ini doktor Fazlina memaklumkan bahawa beliau mendapati 'rahimku ke belakang'. Ianya adalah semulajadi.. Katanya jarang2 beliau berjumpa pesakit begini.. (
aku yang blerr pasal sains ni.. lagi arr tak brape nak dongak ) namun setelah dimaklumkan ianya taklah merisaukan sangat, so kira ok arr. Cuma beliau menyatakan kepayahan tatkala nak 'cuci' jer sebab kedudukan rahim yang ke belakang.. :(.

Dan sekarang.. aku menghabiskan masa 10 hari di rumah.. waduh.. rehat lagi..bikin gemuk seh..

p/s: kalo tak, bulan 3 thn depan dapat kembar..tapi takde rezeki.. kita cuba lagi ek..caiyok!caiyok!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...