Terima Kasih sudi datang ke ruangan yang serba kekurangan ini. Maaf jika apa yang ada ini terlalu rendah nilainya di benak fikiran kamu. Aku hanya insan biasa yang masih mencari sedikit ilmu untuk diisi di ruangan yang lapang ini. Aku tidak sehebat insan-insan di luar sana. Apa yang aku ada, inilah yang aku mampu kongsikan kepada kamu.
Saturday, October 29, 2011
Si Chomel
Awal pagi ni, kami smua dah bersiap sbb nak pegi ke PICC, ada majlis Konvo adiku si Wani..
namun hati rasa macam tak sedap jer.. sebab tak nampak pun kelibat si Chomel pagi ni.. malam semalam.. ada nampak kat depan TV tapi nampak wajah suram di rautnya..tak sihat.. segera ku ambil ubat yang doktor bagi.. tapi tampak kali ni beliau semakin lemah.. btul2 lemah..memang pada mulanya nak bawa jumpa doktor, tapi klinik dah tutup..:(
Dan pagi ni.. rasa tak sedap hati memuncak.. segera ku pinta si Hafiz pergi ke tempat yang biasa si Chomel dok bersantai...
Ya Allah.. Hafiz datang ke arahku sambil teresak-esak.. Emm.. Si Chomel pun sama seperti Si Hitam.. telah mati.. badannya kaku nun di hujung almari... Tanpa berfikir panjang segera ku capai cangkul dan membuat lubang di depan rumah dan mengarahkan si Hafiz dan Diena mencari plastik untuk diletakkan si Chomel ke dalamnya buat seketika...
Selesai menggali lubang, kami masukkan Si Chomel ke situ.. kelihatan matanya terbuka.. badannya pula kaku.. tak sampai hati sebenarnya.. tapi apakan daya.. umurnya tak panjang..
kami sekeluarga redha akan pemergiannya..walapun ianya seekor kucing , namun baktinya amat2 dirindui..jadi peneman anak2ku tatkala pulang ke rumah.. sekarang ni, tinggal 3 ekor kucing sahaja.. alahai..
Labels:
berita hari ini,
si comel
No comments:
Post a Comment