Alhamdulillah.. dengan izinNya dapat kita bersua lagi..
Salam Aidil Adha buat semua.
Cuti 3 hari yang dilalui.. kami hanya disini.. uhukk..uhukk..
Niat di hati nak balik Trengganu.. tapi apa kan daya.. hasbenku tak berani arr..
katanya " kang ter-kang.. kan payah.. ".
so sebagai isteri yang mithali yang redho..hehe.. ku turutkan sahaja arr.. walhal kalo dapat balik.. sah2 dapat bertemu Ustaz Azhar Idrus sekeluarga yg khabarnya bertandang ke rumah Cheyah di Marang sempena Raya ni ..( hehe..idolaku tu.. )
Dalam sedar tak sedar.. dah masuk 37 minggu usia kandunganku..
Semalam dah jumpa Dr Khamsiah di Hospital An Nur, dan doktor kata sekiranya sehingga hujung bulan Nov kalo tak bersalin, maka prosedur seterusnya akan dijalankan..aduss.. kecut perutku bila mendengar kata2nya..beratku dah 65.8kg, berat baby plak dah 2.4kg.. namun keputusan blood test menunjukkan yang HB aku rendah lagi.. nasihat doktor soh makan ubat ni double dr yang biasa.. kalo tak akan timbul masalah ketika nak bersalin nanti..
Sebagai seorang ibu, aku harapkan moga2 ianya dilalui dengan segera... hehe.. tak sabar nak bercuti ni.. tapi tuu arr selagi ianya belum sesuai.. takkan nak kluar plak kan.. :).. so we just follow ... hasben plak dah macam tak sabor nak 'posku' ke kampung plak tuu.. ish..sabor jer la..
Alhamdulillah akhirnya hasben n the geng kat RND dapat naik gaji.. yesszza.. ucapan ringkas buat suamiku.. udah2 ler tu.. jgn pening2 lagi ek..
Last week juga, suamiku dapat interview kat KTMB.. bersua muka plak dgn Pn Syarifah ( isteri Dr Salleh ) yang bertindak sebagai panel.. emm nak cakap macam mana.. pi mai-pi mai tang tuu arr.. betapa kecilnya dunia ini.
Pn Syarifah juga merupakan ejen kami masa nak ambe pembantu rumah suatu ketika dahulu. Terkedu seketika..
Selesai sessi interview, kami 'dating' kat "Tang Ling". Di sana, kami berdua makan ikan bakar.. yes..yes.. memang best & sedap :). Lagi pun menunaikan hajat beliau yang selalu mendengar ceritaku..hehe ( sejak dok kija KL la ni.. )
Dah lama tak makan berdua macam ni..dolu2 masa opis kat UPM slalu jugak... tapi sejak berpindah ke Cyberjaya.. masing2 sibuk dengan kerja..
Dalam pada itu.. dalam minggu lalu, banyak peritiwa yang berlaku pada orang disekelilingku..yang pahit2 plak tu.. aduss.. alahai..
Allah menguji kita semua.. maka bersabarlah. Tempuhilah dugaan ini dengan tenang.. Semoga Allah memberi kekuatan buat kita smua..Insya-Allah akan ada kemanisan diakhirnya..maka yakinlah denganNya.
Okay time to work.. nak buat hal2 yang berkaitan dgn streamyx & unifi..ni la kija baru ku di rumah.. menjana pendapatan tambahan..
lepas tu tido.. sebab esok kojer..
Oh okay.
Ma'assalama..