Friday, September 21, 2012

Pergi kojer naik train..




Hari ni naik train.. sebabnya.. PM nak the geng nak p Puduraya.. nak rasmikan majlis di sana yang dijadualkan hari ini.. waduhh.. kelmarin dan semalam memang jem gilos2 arr.. Walaupun PM nak datang hari ni, namun persediaannya dah dibuat 2-3 hari sebelumnya.. 
ni btul2 mangsa keadaan semasa..sebelum ini laluan Puduraya taklah seperti ini.
so setelah perbincangan di buat dgn my big boss.. so hari ini ku naik train.. huawakkk..( bukan dok suka naik train, cuma tu arr tak privasi..hihi..)


Apa pun pengalaman naik train sebenarnya lagi ok jika dibandingkan naik keter.. murah.. ada drebar( bleh mekholohh).. ramai orang.. emm.. memang bagus arr. Cuma macam aku di kala ini.. yealah.. badan yang kian bulat..huhu.. faham2 ajer arr.

Alhamdulillah naik train ok.. siap ada TV lagi ( fuhh.. memang canggih arr). Walaupun rancangan kartun, tapi bolehlah layan, tersengih sorang2 arr hahahaha..( kalau ada hafiz, tentu dia pun terkejut.. maknyer tengok kartun..hihi..) Ternyata komuter sekarang ni lebih baik dari sebelumnya.. syabas KTMB.

lps tu tukar naik LRT di Bandar Tasek Selatan. Kali ini first time beratur membeli token...susahnyer. Nyarislah ada 'pakcik' yang membantu. Tunggu LRT pun taklah lama sangat.. Again.. Alhamdulillah.. ada adik ni memberikan tempat untukku ( maybe dia nampak perutku yang bulaattt ni..). 

Sampai di Stesen Masjid Jamek, aku berani menegurnya dan mengucapkan terima kasih sekali lagi. Sempat jugaklah sembang2 kat situ. Adik ni bekerja di Agro Bank. Katanya beliau pun pregnant, tapi baru 2 bulan. Dalam berchit-chat, lupa plak nak tanya namanya. Ternyata sebenarnya masih ada orang yang berhati muliakan.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Aku ceritakan hal & kesah hidupku kat sini.. tapi itulah pengalamanku yang sebenar.. bukannya artis mahupun personaliti terkenal..hanya insan biasa.. ada juga cerita seperti mereka..mungkin juga suatu ketika nanti anak2 aku akan baca blog ini bila mereka dewasa.. hihi.." ohh, umiku".. kan touching..hehe.

k, nak bersiap untuk pulang ni.. nak kejo LRT pulakk.. see u again later..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...