Tuesday, May 29, 2012

~ Ikut hasben jalan2..~


emm.. baru masuk kojer, kami sekeluarga baru balik dari Johor Bharu.. gue n anak2 menemankan si suami ke sana bagi menghadiri mesyuarat 'Energy Saving' kat Ibusawat TM Bukit Timbalan di JB. percutian yang singkat tapi best sebab menghabiskan masa dgn melayan karenah anak2 yang kian meningkat dewasa ( diorg nak dewasa.. kami plak dah jadi dewasa ke tua-an.. :), begitulah resam hidup-kan..)

Suamiku ini bukanlah jenis kaki jalan2.. slalunyer 2 tempat ajer yg kami boleh ikut.. sama ada balik kg ke Perak atau pun ke Terengganu, nak p jalan2 rumah sedara mara memang susah sikit arr. puas jugak dipujuk. dibahas.. tapi biase arr dia mmg muka 'kring'.. Alhamdulillah kali ini tak sangka plak dia ajak kami.. yahoo..yahoo.., dapatlah kami jalan2 ke tempat orang walaupun ianya hanya sehari ! :)

Perjalanan kami ke JB sepatutnya pada hari sabtu.. terpaksa dianjakkan ke hari ahad, sebab hasben cakap tak jadilah nak singgah ziarah Ayah Mie ( adik Ma ), diorang dah balik Terengganu.. :( sempena cuti sekolah ni..
so Ahad pagi kami memulakan perjalanan jam 10 pagi.. fuhh jalan tak sesak cuma terasa jauh arr.. kali ni kami singgah ke Felda Jelai Negeri Sembilan bagi memenuhi undangan & jemputan kenduri kahwin Piza ( ni adik ipar adikku si Iwan..- mak soh singgah bagi wakilkan dr keluarga di Perak ).

 Perjalanan ke rumahnya mengambil masa hampir 3 jam setengah.. emm.. akhirnya kami sampai pun ke kenduri diorg. Adik iparku si Azie memang dah ajak banyak kali, tapi biase arr tak berani nak bagi hint2 kat suami.. dia ni sibuk benor ngan kojer nyer.. n memang tak sangka hasbenku ok plak kali ini.. best..best..

Kami meneruskan perjalanan ke JB melalui Pekan Tangkak jam 3.30 ptg n sampai kat JB jam 6 ptg, dari sana dijemput oleh  abg Wan , Juda (sepupuku) n Mak Yong ( kakak mak kiter arr )...lepas tu trus di bawa jalan2 ke sekita bandar JB sambil Juda menunjukkan jalan ke hasben Ibusawat yg dimaksudkan itu.. bagiku bandar JB bolehlah.. bandar yang besar n pesat dgn pembangunan. Bila singgah kat tepi tambak tu memang nampaklah Negara Singapura tu..hehe..tak dpt pegi dpt tgk dr JB ok la tuu.. mana la tau lain kali dapat trus pegi ke sana..hehe..

lps tu di bawa singgah ke sebuah pasaraya kat sana( ala2 makan malam.. tapi tak makan pun cuma makan otak2 kempas n kaya ball.. penat oo..). Selesai bersantap, trus balik ke rumah mereka di Kg Srijaya. kat rumah pun tak boleh nak tido jugakk sebab banyak citer yg di citer oleh makyong ku.. huhu.. kami tido btul2 jam 3.30 pagi.. :)

Penat memang penat, tapi sekali sekala tukar angin best jugak..  

Kami sekeluarga pulang ke Bangi selepas solat asar pada keesokan harinya..itu pun setelah hasbenku selesai meeting di sana.Tak jalan ke mana2 pun sebab macam biase kesihatanku sebenarnya belum lagi pulih.. asyik muntah n pening2 jer.. tapi biase arr nak support suami,,redahkan jugaklah..anak2 plak muncung jer sebab takleh main kolam.. ( memang perancangan awal nak tinggal di hotel jer.. tapi rancangan dibatalkan sebab dah jumpe sedara..)

k, mcm biase sambung kojer  ek.:) penat masih blum hilang ni...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...