Malam tadi selepas solat maghrib, seperti biasa aku n hubby dok santai di ruang tamu, sambil2 melipat kain yang telah terkumpul 3 hari lamanya.. emm.. bertuahnya badan punyai suami yang rajin.. kami melipat kain seperti berlumba-lumba siapa yang lebih banyak melipat kain.. fuhh.. alahai..
Dalam pada itu, Diena menghampiri kami sambil mengambil baju-baju yang telah di lipat & menghantarnya ke bilik tidur.. ternyata beliau anak yang rajin.. macam ayahnya kan.. Alhamdulillah.. memang keluarga kami bahagia. punyai anak-anak yang ringan tulang. :)
Cumanya sampai sekarang ni aku masih terfikir akan perbualan kami malam tadi.. Diena bercerita mengenai kawan sekolahnya yang miskin. Pakaian sekolah yang lusuh (koyak dan berkedut ). Beliau juga menceritakan akan keadaan temannya itu yang tidak terurus dengan baik. Apa lagi teman-temannya yang lain mengeji dan menjauhkan diri dari beliau.. alahai. Di zaman moden ini ada lagi ke anak-anak yang sebegini?
Diena bercerita lagi yang beliau pernah bertanya pada temannya akan keadaannya yang tidak terurus dan bagaimana beliau menguruskan diri. Lantas temannya menjawab yang keluarga beliau tidak mampu dan tinggal di kawasan flat. Ayahnya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Semenyih sementara maknya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Dirumahnya tiada barang elektrik seperti saterika, TV, serta barangan elektrik yang lain. Oleh kerana keluarganya yang daif, kadang kala beliau tidak di beri belanja oleh ibubapanya.
Aku dapat lihat raut wajah Diena yang kelihatan sedih tatkala beliau bercerita perihal temannya. Sebagai seorang ibu, aku menasihatkan belaiu agar terus berkawan dengan temannya itu. Hulurkan bantuan sekiranya temannya memerlukannya. Jadilah seorang pendengar yang baik untuk temannya itu. Sedarilah anakku, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan untuk kita semua. Bila mana kita di uji dengan dugaan hidup, sedarilah ada insan lain yang barangkali susah kehidupannya.
Emm.. ternyata anak kecil ini sedang belajar akan kehidupan alam..
Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa
Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa
( korus )
Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti
Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca
Gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa
Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa
Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa
( korus )
Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti
Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca
Gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa
No comments:
Post a Comment