Bismilahirrahmanirrahim
"KOTA BHARU 3 Mac - Seramai 19
pegawai dan 323 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berlepas ke
Semporna, Sabah bagi memberikan bantuan ketenteraan di sana.
Menurut sumber, anggota
terbabit diterbangkan terus dari Lapangan Terbang Ismail Petra Pengkalan Chepa
di sini kira-kira pukul 2 petang ini menggunakan penerbangan khas.
Penghantaran bantuan
ketenteraan itu dibuat selepas berlaku serangan hendap oleh penceroboh
dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu di Semporna semalam, yang
mengorbankan lima anggota keselamatan. "
Seperti hari2 kerja yang lalu, memang slalunya buka radio 'hotfm' bagi mendengar laporan lalulintas mahupun berita2 terkini.. tapi pagi ni btul2 syahdu.
Pagi ni Hotfm membuka 'line' kat smua bagi mendedikasikan ucapan kata2 semangat bagi pejuang2 yang bakal bertempur di Lahat Datu dan kawasan sekitarnya. Ramai juga yang menembusi talian tersebut.. alahai. menitis air mata bila mendengarnya.
Spt yang kita ketahui, 2 perwira negara telah pun terkorban semasa pentempuran di Lahat Datu. Mereka ialah Insp Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud.
Sesungguhnya jasa mereka semua dalam mempertahankan negara daripada pihak pemberontak tidak dapatlah diukur dari ayat mahupun kata-kata.
Alfatihah untuk kalian berdua dan salam takziah buat ahli keluarga.Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Semoga roh mereka berada dikalangan orang yang beriman dan mati syahid.Aamin..
No comments:
Post a Comment