Thursday, March 31, 2011

Cerita 1 bulan..


Alhamdulillah.. dah 30 hari kita bertukar kat tempat kerja baru..nun jauh di Kuala Lumpur ( tak jauh pun..huhu ) dan 30 hari juga rutin harian kami seisi keluarga dah pun berubah.. begitulah dlm mencari rezeki, sedikit sabanyak ianya mengatur tatasusila & malahan disiplin pada ahli2 keluarga.. ntah apa2 yg merepek ni.. ish..ish..

Setiap pagi, kita perlu siapkan diri & anak2.. sediakan sarapan pagi & tgh hari utk anak2.. mcm pakaian, hasbenku mengambil tempat dgn mengiron pakaian sekolah & menyidai kain pada setiap pagi.. emm.. bertuahnya badan sbb beliau ringan tulang..amat-amatlah terharu.. Oleh kerana buat masa ini jadual kerja yang tidak padat, kita ambil peluang tersebut utk pulang awal.. sampai jer terus jemput anak kat sekolah..mmg si hafiz suka sangat.. ish..ish…bukan mengeluh tapi teruja anak2 suka perubahan kami..

Dan sudah 21 hari kita mula mengajar anak2 mengaji dirumah selepas solat maghrib.. dan kesempatan itu anak2 jiran pun turut serta utk mengaji bersama di rumah.. bagus juga cadangan suamiku ini.. sebabnya anak2 mengisi masa malam mereka dgn aktiviti mengaji… kalo tak, asyik mengadam tv & internet sahaja.. maklumlah laptop & pc dah bersepah-sepah kat rumah.. so begitulah rutin anak2 sebelum ini.. Alhamdulillah,kami smua telah berhijrah.. ke satu tahap yg lebih baik lagi.. terutama aku & hasben.. sebelum ini disebabkan kepenatan kerja, kami biarkan sahaja anak2 menghabiskan masa malam mereka sebelum masuk tidur… emm, tak elok tu..

Dalam pada itu, sekarang ni dah mulakan dengan pencarian untuk menyambungkan pelajaran.. emm.. bleh ke?buat masa ini Open University & UKM menjadi pilihan memandangkan masa yang lebih fleksibel & dekat dgn kawasan kediaman.. InsyaAllah, moga2 cita2ku & juga cita2 abahku akan tercapai.. emm.. ni touching sikit arr.oleh kerana aku anak yang sulong,maka impian tu tertangguh sekian lama.. abahku kerap memberi dorongan agar aku ni menyambung pelajaran… dia juga suka bercerita akan kesukarannya yang tidak dapat pendidikan yang sempurna dek kerana kemiskinan suatu ketika dahulu.. so sbg anak, selain mencapai cita2ku aku juga berharap agar abah & mak akan bersama-sama dihari sejarah itu.. Buat masa ini, aku beri penekanan sepenuhnya kepada adik-adikku si Wany & Najiha agar bersungguh-sungguh dlm pelajaran.. maybe diorg abis dulu . So aku& hasben dah jadi mcm ibu bapa tiri kat adik-adikku… hehe.. taklah kami menjadi pembantu khas @ penasihat masa depan buat adik2ku… so fakta mengenai ilmiah bolehlah mereka rujuk dengan suamiku sementara ilmiah berdasar pengalaman bolehlah dirujuk denganku.. kalo pun aku tak 'terrer', akan dirujuk dengan kawan2ku yang hebat… terima kasih geng! Bagi adik2 lelaki ku yang dah bekerja, mereka membantu dari segi kewangan.. Alhamdulillah, masing2 tahu tanggungjawab tu..

Sebagai ibubapa, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya pada anak-anak. Pelajaran ilmu dunia & agama perlu seiring agar mereka berada di jalan yang betul.begitulah bila dah jadi ibubapa ni.. kematangan dalam membuat keputusan bukanlah sesuatu yg mudah, segala segi perlu difikirkan bersama agar ianya selari dengan tuntutan agama.. moga2 kami sekeluarga mencapai kehidupan yg tenang.. biarlah tak kaya harta namun kaya dengan budi bahasa serta ilmu pengetahuan.. kk nak pantun jap. Dah lama tak pantun ni..emm.. ni yg teringat lah..

Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Asam kandis mari dihiris
Lebih manis hati budinya


K, nanti sambung lagi ek..sebenarnya nak citer pasal hadiah yang di terima semasa majlis perpisahan, tapi hasben belum updated lagi kat PC ni.. so nanti-nanti arr.


Assalamualaikum..

2 comments:

Angah said...

baguih la..kalo seronok..Alhamdulillah

Unknown said...

terima kasih angah..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...