Aduss esok,
lusa & tulat.. ( sabtu hingga isnin) dah nak exam.. trus terang aku dok
baca aper2 lagi ni.. hanya berbekalkan masa bersama pensyarah di kelas tempoh
hari. Begitu cepat masa berlalu. Bila dah masuk Ramdhan ni.. lagi arr, siang di
opis malam di surau.. balik rumah pun trus Zzzzz..bangun pagi pun bersahur n
bersiap ke tempat kojer.. alahai.. Kurang 24 jam akan ada exam..emm..
Malam
semalam terima sms dari adik di kampung. Beliau memaklumkan yang jiran terdekat
kami En Jabiiee telah pun meninggal dunia kira-kira jam 5 ptg akibat terjatuh
di bilik air. Innalillah.. tampaknya sekitar rumah kami dah ramai orang2 yang
ku kenali sejak berpindah ke kampung telah meninggal dunia. Bertambah
sunyilah..
Dua minggu
yang lalu, Opah Chu yang juga adik kepada atukku pun telah meninggal dunia.
Kehilangan beliau pun aku dapat rasai.. Tahun lepas masa aku & suami
menziarahinya di Hari Raya..aku dapat lihat riak wajahnya yang semakin uzur,
rumahnya plak usang. Apa lagi beliau tinggal seorang diri dirumahnya sekian
lama. Opah Chu tidak mempunyai zuriat bersama suaminya yang terdahulu (
sepanjang hidupnya beliau pernah mempunyai 7 org suami ). Ohh lupa plak..
waktu kami ziarahnya ada arr 2-3 kuih di atas talam.. namun semut2 kecil dah
naik menyebabkan kuih2 tersebut telah dikerumuni..anak-anakku plak sibuk
bermain di anak tangga kayu yang menarik perhatian mereka.. biase arr budak2
pekan.. jarang-jarang naik rumah kayu..
Sambil kami
duduk bersembang.. beliau sempat memuji suamiku yang katanyer hensem ala2
sharukh khan..( wek..wek..nak muntah)
namun sempat jugak menasihat kami berdua agar saling sayang- menyayangi antara
satu sama lain. Jangan bergaduh & sentiasalah bertolak ansur..Emm.. memang
benar sebelum kami kerumahnya, kami berdua berselisih faham.. tapi biase arr..
buat muka 'control ayu' di depan mak dan abah... tapi tu arr.. orang tua kan..
boleh baca fikiran kita.. mimik muka kita.. aku yang pada masa itu terkedu
lantas mengeluarkan air mata secara tetiba-tiba..sebenarnya dah lama aku tak
mendengar kata-kata nasihat itu.. dolu2 masa Opah ada.. memang ada arr.. lagi
pun bila melihat keadaan Opah Chu yang tiada tempat bergantung apa lagi tiada
anak-anak disisinya diwaktu susah dan senang.
Alhamdulillah..
mak & abahku antara orang yang kerap membantunya dikala sakit. Sehingga ke
akhir hayatnya memang mak membasuh kesemua pakaiannya di rumah kami. Adik
beradik makku pun menggajikan seorang perempuan dikampungku ( kami panggil Mak
Lang ) untuk membersihkan rumah & memasak pada setiap hari di rumah Opah
Chu. Akhirnya pada tanggal 13 Julai 2012 ( Jumaat) beliau telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Alfatihah untuk Hajah
Aminah Ngah Othman. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang
beriman…
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
No comments:
Post a Comment