Saturday, July 14, 2012

~ Kesah hari sabtu ~

Hari sabtu adalah hari yang sibuk utk kami seisi keluarga.. sesi gotong-royong bagi mengemas rumah..hehe..memang rutin kami seisi keluarga.. sejak bibik takde n anak2 kian membesar, kami berdua mengajak mereka utk’meringankan tulang’.. membantu kami. Lagi pun sudah tentunya kerja yang susah jadi mudah bila dibuat beramai-ramai kan..

Tengah hari ~ ooh.. disebabkan si Uminyer teringin.. si abahnyer menuruti sahaja.. kali ini kami ke Wangsa Maju.. area2 sana ader restoran Nasi Ayam yang ssedaapp.. hehe.. memanglah uminyer yang tringin.. tapi si abah n anak2 terchinta yang beria-ia makan.. mcm mana tuu?? Restoran Nasi Ayam Nash ni bersebelahan dengan kedai borong kopok lekok.. lokasi yang mudah dijejaki.

Menceritakan sedikit macam mana boleh kami terjebak ni.. adalah kesah 10 tahun yang lalu arr.. suamiku dolu2 kija kat Kausar Corporation, beliau bekerja sebagai Engineer kat kawasan tapak kat area MINDEF tuu.. adelah otai2 yang ajak dia p makan ke sana.. hehe.. oleh kerana baginya sedap.. beliau mengajakku ke sana pada setiap kali hujung minggu.. memang tak dinafikan, berduyun-duyun orang beratur makan kat situ.. walaupun kedainya biase2 jer.. ternyata sajian Nasi Ayamnyer dah masuk kat TV tau.. harganya berpatutan arr.

Ptg sikit ~ singgah sekejap ke Pekan Sg Besi.. tempat ku dibesarkan.. tapi kali ni kami beli apam balik n air tebu.. almaklumlah panas2 begini.. makan pon soodap..

Oleh kerana kami ada terima sms dari Eni adikku, so trus p Hospital Serdang bagi menziarahi beliau n babynya..
baby di bilik NICU lagi ni.. kami hanya boleh melihat dari cermin sahaja.. jadi arr.. 

Eni n Ely dah kahwin setahun yang lalu.. dan kini Eni baru sahaja melahirkan seorang baby lelaki yang comel.. oleh kerana ada masalah di awal kelahiran, maka babynyer ditahan di wad utk rawatan lanjutan.. alhamdulillah, kini kembali sihat..

Sesi ziarah selesai.. n kami sekeluarga pun pulang ke rumah kira2 jam 5 ptg. Walaupun keletihan tapi best sangat.
Esok Diena ada sukan plak.. beliau memasuki sukan acara lompat tinggi, lompat jau n lari 4X100m... ni memang mewarisi abahnya yang suka bersukan ni.. k, gud luck!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...