Aishah buat hal.. kali ni dia dok sorang di rumah. tak mahu ke taska mahupun ke tadika. sebagai seorang ibu, memang aku risau dgn karenah si kecik ni.. dia nak dok rumah jer.. nyarislah ada jiran2 yang suri rumah sepenuh masa.. dapatlah tengok2 dia.. dalam masa yg sama, kami aktifkan skype dan cctv di rumah bagi monitor beliau dari opis aku atau hasben ku..telefon pun kerap..
Nyarislah satgi aku akan pulang awal sebab ada appoitment dengan doktor..
Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama
yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara
hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup
ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari
segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah
antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami
daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan
keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi.
No comments:
Post a Comment