Assalamualaikum
fuh.. nak naik
bersarang blog ni.. dengan kaki yang longlai dan tangan yang malass.. ku gagahi
jua..mengadap kejap kat depan laptop ni..
kik..kik..tapi
pun masih malaas nak citer apa2.. ni smua gara2 makan kuih raya yang banyak dan
banyak... banyak.. hehe.. dan kini tuan punya blog ni dah dikatakan 'gemuk'..
waaaa.. amatlah sedih.. tapi perasaan membara untuk berjuang sampai ke titisan
yang terakhir... merdeka.. merdeka .. merdeka dari segala lemak yang berkumpul
di badan..
Raya yang
berlalu.. memang riang gumbira kerana dapat menyambut hari raya bersama
keluarga di kampung..paling menarik lagi raya ke 4, sepupu suamiku.. telah
melangsungkan perkahwinan di Terengganu.. 2 pasangan pengantin yang bahagia..
moga2 bahagia ke akhir hayat ek! Aamiin.
Balik Bangi
pun punya arr banyak jemputan rumah terbuka. Tak mampun nak pegi sebab anak2
dah mula bersekolah. Kebanyakan kawan2 buat masa waktu lepas kojer.. ish..
cannot.. cannot.. terkejor-kejor teman ngan anak2 ngaji lagi.. anak2 sendiri
lagi arr.
disaat anak2 ngaji berlatih nasyid di rumah ku..masa ni Ikmal tak join..
Namun begitu
raya ke 10, kami sekeluarga menerima berita sedih yang adik Ikmal telah
dimasukkan ke ICU kerana cirit birit yang berterusan (sehingga buang air kecil
dan besar pun berdarah). Adik Ikmal merupakan anak jiran yang juga mengaji Al Quran di rumahku.
Akhirnya beliau telah meninggal dunia pada keesokan harinya akibat buah
pinggangnya yang tidak lagi berfungsi.
- gambar lama -
Allahyarham Adik Ikmal (dari kiri) yang sedang menutup mulutnya
Allahyarham Adik Ikmal (dari kiri) yang sedang menutup mulutnya
Rasa sebak dan
sayu sebab sebelum puasa tu beliau beria-ia nak mengaji. Bacaannya amat baik
dan lancar. Doa kami sekeluarga moga2 beliau ditempatkan bersama orang-orang
yang beriman.
Siapa sangka seorang anak yang ceria dan petah bersuara pergi
meninggalkan kita semua. Salam tazkiah buat Fazlina dan Cikgu Zamri. Semoga
mereka tabah menerima qada’ dan qadar ini. Al Fatihah.
1 comment:
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Mohon sokongan dan tunjuk ajar terhadap Mioni Online Fashion Store.
Menjual pakaian fesyen Korea pada harga yang amat rendah. Mohon sokongan kalian untuk sebarkan kepada rakan-rakan Facebook.
Layari http://mionishop.blogspot.com/ dan https://www.facebook.com/mionishop untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih semua.
Post a Comment