Sunday, September 1, 2013

Catatan pertama selepas raya



Assalamualaikum
fuh.. nak naik bersarang blog ni.. dengan kaki yang longlai dan tangan yang malass.. ku gagahi jua..mengadap kejap kat depan laptop ni..

kik..kik..tapi pun masih malaas nak citer apa2.. ni smua gara2 makan kuih raya yang banyak dan banyak... banyak.. hehe.. dan kini tuan punya blog ni dah dikatakan 'gemuk'.. waaaa.. amatlah sedih.. tapi perasaan membara untuk berjuang sampai ke titisan yang terakhir... merdeka.. merdeka .. merdeka dari segala lemak yang berkumpul di badan..



Raya yang berlalu.. memang riang gumbira kerana dapat menyambut hari raya bersama keluarga di kampung..paling menarik lagi raya ke 4, sepupu suamiku.. telah melangsungkan perkahwinan di Terengganu.. 2 pasangan pengantin yang bahagia.. moga2 bahagia ke akhir hayat ek! Aamiin.

Balik Bangi pun punya arr banyak jemputan rumah terbuka. Tak mampun nak pegi sebab anak2 dah mula bersekolah. Kebanyakan kawan2 buat masa waktu lepas kojer.. ish.. cannot.. cannot.. terkejor-kejor teman ngan anak2 ngaji lagi.. anak2 sendiri lagi arr.


 disaat anak2 ngaji berlatih nasyid di rumah ku..masa ni Ikmal tak join..

Namun begitu raya ke 10, kami sekeluarga menerima berita sedih yang adik Ikmal telah dimasukkan ke ICU kerana cirit birit yang berterusan (sehingga buang air kecil dan besar pun berdarah). Adik Ikmal merupakan anak jiran  yang juga mengaji Al Quran di rumahku. Akhirnya beliau telah meninggal dunia pada keesokan harinya akibat buah pinggangnya yang tidak lagi berfungsi. 

 - gambar lama -
Allahyarham Adik Ikmal (dari kiri) yang sedang menutup mulutnya

Rasa sebak dan sayu sebab sebelum puasa tu beliau beria-ia nak mengaji. Bacaannya amat baik dan lancar. Doa kami sekeluarga moga2 beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

Siapa sangka seorang anak yang ceria dan petah bersuara pergi meninggalkan kita semua. Salam tazkiah buat Fazlina dan Cikgu Zamri. Semoga mereka tabah menerima qada’ dan qadar ini. Al Fatihah.


1 comment:

Mioni said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Mohon sokongan dan tunjuk ajar terhadap Mioni Online Fashion Store.
Menjual pakaian fesyen Korea pada harga yang amat rendah. Mohon sokongan kalian untuk sebarkan kepada rakan-rakan Facebook.
Layari http://mionishop.blogspot.com/ dan https://www.facebook.com/mionishop untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih semua.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...