Nenek mengaku salah dakwa terlupa buat bayaran di kaunter
KUALA LUMPUR: Seorang nenek dihukum penjara empat hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri beg tangan berjenama dan cermin mata hitam milik pasar raya Jaya Jusco, Taman Maluri, di sini minggu lalu.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Pat Har Noi, 63, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 23 Jun 2011.
Har Noi didakwa mencuri sebuah beg tangan berjenama Sembonia dan cermin mata hitam bernilai RM348.90, di pasar raya berkenaan pada jam 3.00 petang, 23 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, ketika rayuannya untuk mengurangkan hukuman, Har Noi mengaku dia terlupa untuk membayar harga barangan itu di kaunter pembayaran pusat membeli-belah berkenaan malah mendakwa dirinya sering terlupa.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diekori pengawal keselamatan yang melihatnya memasukkan beg tangan dan cermin mata hitam ke dalam beg yang dibawanya.
Dia kemudian gagal menunjukkan resit pembelian sewaktu ditahan dan mengaku mengambil barangan tanpa membayar di kaunter sebelum dibawa ke Balai Polis Cheras di sini.
nota kaki : ish..ish.. macam2 ragam manusia

No comments:
Post a Comment