Wednesday, June 15, 2011

~ Reheasal bermula... ~

Pagi ni masuk opis kjap jer.. then mula bergerak ke Menara Bangsar & KL Tower bagi sessi reheasal untuk TM Star yang bakal berlangsung pada 18 June ni..



Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku.. p redah buat benda2 mcm ni..emm.. hati macam tak seronok jer.. sebab amat jauh ngan naluriku.. yang ala2 mak orang..hik..hik..namun begitu, sebagai manusia biasa.. aku bersangka baik.. moga2 takde la suara 'sumbang'.. yang melontar apa2 cerita.. biaselah manusia..yang buruk juga dipandang orang. Aku ni kan bertudung.. sedikit senbanyak memberi impak & pesepsi dari pelbagai segi..so kena pandai2 lah bawa diri.. Allhamdulillah, suamiku memahami..








Sessi reheasal pagi ni.. amatlah meletihkan minda & badan.. pening2 pun ada jugak ( terlupa nak sarapan.. dek kerana siapkan FCCAS ). apa lagi bunyi-bunyian yang 'menggegarkan'.. rasanya muzik aku takde la berat sangat.. ok la.. tapi adik-adik ni.. memang 'all out'.. jiwa-jiwa muda macam tu la.. memberontak & agak keras didengar.. agaknya sebab itulah.. sampai la ni pun berdenyut-denyut lagi minda aku ni..






First time jugak arr naik kat KL Tower ni.. ada satu sudut tu menarik perhatian untuk di'snap'..
tuu dia.. gambar 'public phone' era 80an & 90an, sebelum tercetusnya fanomena telefon tangan yang canggih.. telefon ni jugak la menghubungkan aku ngan keluarga dan kengkawan..kalo tak, hantar surat ajer la.. hik.hik..


Masa tu,duit syiling begitu berharga. Kalau bersembang, memang tak ingat dunia. Walhal, berderet-deret orang beratur kat belakang. Tapi itu bukan aku ek.. ni masa kisah tinggal kat Kuarters MTD dolu2 arr..tapi sekarang, jarang2 aku nampak orang beratur kat 'public phone'. Yang sedihnya, ianya dirosakkan oleh manusia-manusia yang durjana.. apalah korang ni..apsal nakal sangat ek..


Banyak juga kenangan manis dengan telefon awam ni.. hahaha.. cinta antara benua.. k.. sekian terima kasih ( tak bleh cerita lebih2 kang terbongkar kesah lama.. )Ada kesah yang terjadi semalam..nanti kita cerita lagi ek..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...