Thursday, June 30, 2011

~ Selamat tinggal bungaku ~

Pagi yang indah.. syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi kita berada didunia ini bagi menjalani kehidupan sbg khalifahNya..

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya."



Pagi ni baca email yg diforwardkan oleh suamiku.. emm syahdu plak rasanya.. sememangnya aku pun sudah mengetahui akan kesah ini.. siap berchatting ngan beliau.. beliau yang ku maksudkan ialah En Ahmad Ibrahim ( CFO) .. our boss masa kat TMR&D. Namun kali ini btul2 sedih.. beliau akan kembali ke TM mulai 1 Julai ni..ish..ish..



-CFO TMR&D yang duduk ditengah-
sessi bergambar semasa sambutan Hari Raya di TMR&D-Oct, 2010

Bagiku beliau mempunyai karisma yang tinggi.. bertolak ansur & mudah bergaul dgn semua peringkat umur..alhamdulillah, beliau yg seorang yg warak..itu dari kacamata ku arr..
Nak cerita apa pun, macam tak sesuai jer kalo dibahaska
n disini.. tapi tu arr.. eemm.. emmm.. ianya merujuk post ku sebelum ini..

antara kata2 kat emailnya :-
Kita hari ini banyak memperbaiki apa yang akan ditinggalkan dan tidak memperbaiki apa yang akan ditetapkan”

Apapun berlaku.. kita buka lembaran baru.. cerita baru.. truskan kehidupan selagi nyawa dikandung badan..



Nota kaki :
Tahukah anda nama peguam 'Natrah' yang membantunya suatu ketika dahulu ialah Ahmad Ibrahim..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...