Bismilahirahmanirrahim
Aku suka
politik namun untuk kecenderungan sesuatu parti.. idoklah teman..biase2 jer..
Tak juga atas
pagar kerana masih ada pendirian yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata
takut2 kata bisa membangkitkan kemarahan orang.. oleh sebab itu adalah lebih
baik berdiam.. hehe..
Kelmarin,
bukak FB dan tak sangka plak ex-bos masa kija kat Asadra dolu2.. En Mohamad Yusof
Yassin masuk bertanding dalam PRU13 ni.. wah3x.. memang beliau seorang yang
hebat di mata kami.. sederhana dan berkepimpinan.. beliau masuk bertanding atas
tiket BN.. emmm.. kat kawasan di Selangor.. semoga beroleh kejayaan J..
Ada orang
kata nak tengok pemimpin.. kena tengok parti.. tapi bagi aku arr..secara
peribadi, ada baiknya tengok pemimpin tuu dolu.. baru pilih parti.. kalo dah
majoritinya menang.. kira rezki dia arr..bayangkan kalo pemimpin tu ada
peribadi yang ntah apa2 atau pun kehidupan keluarganya yang carca marba… kan
huru-hara jadinya..
kalo beliau
islam, pilihlah pemimpin yang ada nilai2 murni dlm diri dan keluarganya.
Pendidikan yang tinggi belum tentu beliau hebat di mata masyarakat. Membina
masyarakat hebat perlu di lihat dari keluarganya dahulu.. (aku punya citarasa
arr...)
PRU 13 akan
tiba kan.. so buat pertama kalinya kami berdua akan bertanding hehe..
mengundi.. berdebar-debar jer.. ngalahkan calon.. InsyaAllah kami akan mengundi
di Bangi.. hoho.. untuk rekod semasa, kawasan kami adalah PAS.. hehe
2 penggal
yang lalu sepatutnya dah ngundi.. tapi biase arr. bz ngan kehidupan
berumahtangga.. pindah randah jer.. hidup pun tak tentu arah.. dari rumah flat
ke rumah bawah.. Alhamdulillah bila dah dok Bangi, barulah berfikir untuk
bermasyarakat..kalo tak ko..ko.. aku.. aku..
Penggal yang
lalu, kami berdua ikut mak & ayah mertuaku pergi mengundi di Terengganu..
meriah btul kat jln raya diorang.. kesempatan tu sempatlah menziarahi sahabat2
ayah mertuaku di Padang Kubu kat Chukai di Kemaman.. dah macam nak pegi beraya
la plak.. tapi mmg best J.
Sesungguhnya
kehidupan di dunia hanya sementara.. biarlah kita hidup dan mati dalam iman..
aameen!
No comments:
Post a Comment