Monday, April 15, 2013

Rezeki dari Allah


Di suatu malam yang dingin, sewaktu aku dodoikan Asyraf didalam buaiannya, si Aishah mendekatiku, lantas bersuara.

Aishah ~ Umi, Aishah tahu kenapa kawan-kawan Aishah yang ngaji bagi duit kat Umi..
Aku     ~  Sebab apa?
Aishah ~ Diorang bagi duit sebab tahu kita miskin..
Aku     ~ tersenyum.. lantas berkata. "Aishah., wang yang Umi terima adalah tanda terima kasih mereka kepada Umi sebab mengajar  mereka mengaji. Umi tak letakkan harga untuk belajar mengaji. Bukanlah niat untuk diniagakan tapi sebagai tanggungjawab untuk berkongsi ilmu dengan anak2 semua. Kalo mengaji Al Quran dengan baik, maka nak solat pun mudah dan senang.. 
Aishah ~ Kalo macam itu, Aishah nak mengaji balik arr.. nanti dapatlah Aishah jadi macam Umi..nak jadi ustazah dimalam hari dan jadi doktor di siang hari.



Alahai..sweetnya Aishah, terharu plak hatiku..jahilnya aku suatu ketika dahulu.. Alhamdulillah Allah memberi sinar pada kami seisi keluarga.

Bercakap dengan anak dara ni..bukan calang2 soalan yang dilontarkan. silap jawab, habis dijaja pada kawan-kawannya.

Nota kaki:-
Bersyukur pada Ilahi kerana pintu rezeki kami melimpah ruah di kala ini.. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...