Thursday, June 23, 2011

~ Baru ku tahu..~


Ada cerita sedih ni.. ala.. ada la sikit2 geram ni.. nyarislah aku ni kerja TM.. bleh arr faham akan kira2 ni..


Citer nyer gini.. petang semalam dapat call dari TM Muzium. Diorang memaklumkan bahawa permohonan tipon CDMA ku di tolak. Alasannya ialah namaku 'blacklist'. Tersentak aku mendengarnya... macam mana bleh 'blacklist' ni. rasanya namaku bersih.. pening pun ada, mana nak ku korek duit ni...






Dan hari ni, setelah settle hal2 opis, jam 9.55am trus ku turun n pegi ke TM Muzium yg kat sebelah jer.. diberi nombor dan tunggu.. Dekat2 jam 10.40 barulah nombor ku dipanggil..pehh.. walaupun lewat namun perkhidmatannya amatlah baik.. ku pun citer A sampai Z.. then diorg semak kat sistem.. memang sah aku dah bayar kira2 4 tahun yang lalu sebanyak RM 736. Jumlah sebenar pada bil ialah RM 1228..



Ini smua kisah lama arr. Masa tu tinggal kat seksyen 7, Shah Alam. Kawasan tu baru jer membangun.. kalo nak menapak ke seksyen 2, jauh juga.. hutan plak tu.. Oleh kerana aku pun baru bekerja kat Audit Firm tu.. so pakat2 ngan kawan2 untuk pakai telefon rumah. Almaklumlah.. mak abah nak tipon kan mudah, kalo tak hantar surat tau. Bila dah kerja ni, nak karang surat pun tak sempat.
Nak pakai kat tipon awam pun.. bersaing plak ngan student2 UiTM yang pun turut nak guna tipon awam.. Dah duduk ramai ni biase la.. ada sekepala.. ada jugak macam2 kepala.. so kepala2 yg lain ni tak bayor.. aduss.. yang kena gue la.. Kami smua tak pakai handphone lagi sebab masa tu sape2 yang nak pakai line.. mahal oo..ada yang pakai pun macam tak pakai.. sebabnya line tak berapa nak ada lagi..siap panjat2 bukit lagi.. dasyhat tau.. beruntung budak2 sekarang..




Setelah kejadian kebakaran di rumah kami, kami semua berpecah.. ada yang sambung belajar , yang dapat kerja gomen malah ada yang kahwin..so aku plak menyewa kat rumah depan opis.. dan sehingga tahun 2006, terima surat dari TM minta bayar sebanyak itu... ha.. panjang citer..konon2nya TM bagi diskaun 40% pada staffnya.. so kebetulan adalah sedikit duit simpanan & memikirkan masa depan.. aku pun bayar.. tak sangka plak diorg tak buat 'adjustment' tu.. masak.. masak.. so tadi diarahkan p tingkat 5 kat bangunan aku ni.. sampai situ diorg suruh p tingkat 7 plak.. ish.. sabar jer la..jumpa plak ngan sorang kakak ni..kecilnya dunia.. semalam pun ada terserempak kat parking.. siap sembang2 lagi.. tapi tak tahu plak namanya..so dia janji nak bantuku..Syukurlah.. "Allah mempermudahkan urusanku.. alhamdulillah"..


Kini tak pening lagi.. hik..hik..


Nota kaki :- Berbuat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali..

3 comments:

Shidiq-Aimi said...

hahahahahahaha... Alhamdulilah x penin dah hahahaha kelakar lah

Unknown said...

apsal klakor.. ni kisah benar tau..
nyarislah bab2 kira ni alert sikit. hahaha..

zaman2 purba dolu2 mana ada handphone.. skrg ni budak sekolah pun ada handphone..murah plak tu..

Shidiq-Aimi said...

heheh saya kelakar .. ayat last akak... "
Kini tak pening lagi.. hik..hik.." HAhahahah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...