Alhamdulillah.. dah 30 hari kita bertukar kat tempat kerja baru..nun jauh di Kuala Lumpur ( tak jauh pun..huhu ) dan 30 hari juga rutin harian kami seisi keluarga dah pun berubah.. begitulah dlm mencari rezeki, sedikit sabanyak ianya mengatur tatasusila & malahan disiplin pada ahli2 keluarga.. ntah apa2 yg merepek ni.. ish..ish..

Setiap pagi, kita perlu siapkan diri & anak2.. sediakan sarapan pagi & tgh hari utk anak2.. mcm pakaian, hasbenku mengambil tempat dgn mengiron pakaian sekolah & menyidai kain pada setiap pagi.. emm.. bertuahnya badan sbb beliau ringan tulang..amat-amatlah terharu.. Oleh kerana buat masa ini jadual kerja yang tidak padat, kita ambil peluang tersebut utk pulang awal.. sampai jer terus jemput anak kat sekolah..mmg si hafiz suka sangat.. ish..ish…bukan mengeluh tapi teruja anak2 suka perubahan kami..
Dan sudah 21 hari kita mula mengajar anak2 mengaji dirumah selepas solat maghrib.. dan kesempatan itu anak2 jiran pun turut serta utk mengaji bersama di rumah.. bagus juga cadangan suamiku ini.. sebabnya anak2 mengisi masa malam mereka dgn aktiviti mengaji… kalo tak, asyik mengadam tv & internet sahaja.. maklumlah laptop & pc dah bersepah-sepah kat rumah.. so begitulah rutin anak2 sebelum ini.. Alhamdulillah,kami smua telah berhijrah.. ke satu tahap yg lebih baik lagi.. terutama aku & hasben.. sebelum ini disebabkan kepenatan kerja, kami biarkan sahaja anak2 menghabiskan masa malam mereka sebelum masuk tidur… emm, tak elok tu..

Sebagai ibubapa, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya pada anak-anak. Pelajaran ilmu dunia & agama perlu seiring agar mereka berada di jalan yang betul.begitulah bila dah jadi ibubapa ni.. kematangan dalam membuat keputusan bukanlah sesuatu yg mudah, segala segi perlu difikirkan bersama agar ianya selari dengan tuntutan agama.. moga2 kami sekeluarga mencapai kehidupan yg tenang.. biarlah tak kaya harta namun kaya dengan budi bahasa serta ilmu pengetahuan.. kk nak pantun jap. Dah lama tak pantun ni..emm.. ni yg teringat lah..
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Asam kandis mari dihiris
Lebih manis hati budinya
K, nanti sambung lagi ek..sebenarnya nak citer pasal hadiah yang di terima semasa majlis perpisahan, tapi hasben belum updated lagi kat PC ni.. so nanti-nanti arr.
Assalamualaikum..