Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Wednesday, April 26, 2017

Serikan harimu dgn Kasih Sayang...




Pejam celik- pejam celik dah 15 tahun lebih kami mendirikan rumahtangga. Wah.. cubaan dan dugaan pahit manis ditempuh bersama.. biase la pasang surut kehidupan.. tak kaya tak susah.. tapi hati lagi tenang sebab ada orang tengok-tengokkan kita kan.. bagi ku kehidupan ini taklah sesusah mana.. yg penting hidup kena berpandukan AlQuran dan Al Sunnah.. hidup yg lebih besederhana adalah cara kita bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan..





Baru-baru ini ada orang maklumkan bahawa si A dan B dan berantakan.. dek kerana orang ketiga.. perkhabaran duka ini aku sahut dengan beristighfar dan segera bermuhasabah diri.. 
Wahai sahabat, jauhilah zina, jauhilah perkara mungkar. 
Perkara yg tak baik segera dijauhkan. Jaga Akhlakmu baik-baik.. jagalah keluarga dengan sempurna.. InshaaAllah perkara yang mungkar dapat dijauhi. 




Menciptakan keluarga yang bahagia sakinah mawaddah warahmah dan keluarga yang islami adalah merupakan bagian dari salah satu tujuan pernikahan di dalam islam itu sendiri. 
Rumah tangga teladan islami adalah merupakan rumah yang selalu didambakan oleh setiap pasangan suami-isteri yang terdapat didalamnya ketenangan, kedamaian, kasih sayang dan dalam hadits disebut dengan Baiti jannatiy (rumahku adalah surgaku). 







Setiap insan inginkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia ialah keluarga yang dapat menghidupkan keharmonian dan kesejahteraan di dalam rumah tangga . Untuk itu keluarga bahagia perlulah mencapai tips-tips berikut :

  1. Mempunyai didikan agama 
  2. Pergaulan yang penuh adab sopan/ baik
  3. Merahsiakan masalah rumah tangga
  4. Keperluan hidup yang sempurna
  5. Sabar dan bertolak ansur
  6. Mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga
  7. Mengambil berat masalah keluarga
  8. Besederhana
  9. Kemantapan ilmu dan akal
  10. Keluarga yang berakhlak mulia
  11. Sentiasa bersyukur
  12. Merasa cukup dengan apa yang dimiliki


Hehe.. yg ni serba sedikit yg sempat di ambil semasa kuliah zohor di opis hari tu... jom2 kita amalkan bersama yea.. 

Sunday, January 19, 2014

Catatan pertama di tahun baru 2014




Assalamualaikum dan salam manis buat semua..

Sedar tak sedar masa yang berlalu begitu pantas dah pun tahun 2014..
bila tengok blog yang dah makin bersarang.. sehari demi sehari berniat nak update.. Namun sayang seribu kali saying asyik tertunda ajer.. barangkali juga kerana teruja dan gembira dengan keluargaku dan kerjaya.. hehe.. so tak payah update pun tak salahnya.. 

Apa ada dalam tahun 2014? im not sure yet.. tapi, i hope and pray smoga dipermudahkan semua urusan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Azam tiap2 tahun aku sama je, hope to be better than before, dan untuk kurus.. wakkakaka..
 
Tetiba plak hari ni takde kojer.. lantas ku buka blog.. yes..yes.. jom mengarang cerita kejap.  jomm..jomm..
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kasih sayangNya yang dipinjamkan buat seketikanya ini.. Punya suami yang baik, anak2 yang comel , ibubapa yang memahami, adik beradik serta teman2 yang hansem dan cantik budi bahasanya… smuanya membuatkan diri ini dihargai sangat2.. Adapun sifat aku yag kekadang ntah apa2.. tapi hasben aku boleh lagi senyum.. nak tau yang ntah apa2.. nak belajar.. tapi stop kjap.. nak belajar jahit.. tapi by the hasbenku yang membeli mesin jahit..nak masak.. masak arr.. tapi benda yang sama jer sepanjang minggu.. kah…kah.. kah.. almaklumlah bila dah ntah apa2.. malas nak pegang pisau sudit kat dapur.. tapi 85% mostly masak arr.. keluarga dah besar.. makan luar tak berbaloi.. 


Bulan Oktober yang lalu.. ntah dari monsun timur laut mana.. aku terjebak sekali lagi dalam arena tilawah.. mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan tilawah Al quran Telekom di Menara Telekom November lalu.. anak2 plak masuk hafazan. Walaupun tak menang tapi ianya meninggalkan kenangan yang manis buat anak2.. maknya plak sekadar saguhati di peringkat kebangsaan. Sememangnya terasa kerdil sesangat berbanding mereka yang otai2 dalam bidang ini. Bleh juga arr dikategori peseta muda dalam tilawah Alquran. Alhamdulillah, masa di peringkat negeri dapat RM300, di peringkat kebangsaan dapatlah saguhati RM400 beserta sijil dan senaskah buku “Yasin & amalan pilihan”. InshaAllah tahun2 yang dilalui nanti, ini adalah aktiviti tahunan kami sekeluarga nampaknya.. hehe..



Pada bulan tersebut juga.. hasben menang ‘lucky draw’ masa carnival TMR&D di Zoo Negara. .. beliau menangi hadiah percutian 4 hari 3 malam ke Legoland, Hello Kitty dan USS.. nun di Singapore.. Pakej tersebut dlm RM2.4K. Mimpi kejap.. macam tak percaya jer.. walhal kami yang kemalasan nak pegi ke Zoo tu bleh sampai jam 10.30 pagi.. biase arr anak kecil macam2 nak di bawa...


Pada mulanya kami nak jual jer tiket ni.. sebab kami takde passport lagi…tapi sayangnya.. harga yang kami tawarkan takde sape nak beli.. diorg nak dalam RM500-RM1000.. walhal kami tawarkan dalam RM1.5k.. Setelah musyawarah dibuat akhirnya kami berpakat utk pergi sahaja..InshaaAllah awal Feb ni kami akan berangkat ke sana.. hip2 hooray!



Dec yang berlalu… tade apa yang berlaku.. hasben sibuk dengan kojernya sbg Researcher.. Nampak stress,  so sbg isteri, aku hanya mendengar ajer arr.. kami tak dapat nak ke mana2  sbb cuti dah abis gara2 Aishah & Asyraf kena demam denggi Nov lalu.. berkampung di KPJ Kajang selama sepuluh hari..



Awal Januari.. bz ngan anak2 sekolah.. Aishah keriangan kerana dapat menjadi pengawas di sekolahnya. Diena n Hafiz walaupun hanya pelajar biasa namun tampak riang-ria juga kerana dah lama nak ke sekolah. Almaklumlah dekat2 2 bulan dok santai2 di rumah.


Last week.. tanpa dirancang.. kami berdua menemankan abah makku ke Terengganu bagi menguruskan pengajian adikku Izzati di Kolej Latihan Telekom di Marang, Terengganu. Di sana kami bermalam di rumah mak abah mertuaku.. Alhamdulillah, dapat juga ketemukan kedua belah ahli keluarga sana dan sini.. bukan senang bisan nak jumpa.. jauh tuu Terengganu n Perak. Tercapai juga niat suamiku.. utk menyatukan mereka berempat..kali terakhir jumpa pun sekitar tahun 2007. Masa tu kenduri kahwin Ipin di Ketereh, Kelantan…


Panjangnya.. seronok juga mengarang panjang2.. idea datang bertalu-talu.. tapi biasa arr.. bahasa yang tak berapa indah nak dilontarkan.. cukuplah sekadar sahaja..

kk.. nak closing doh.. next time kita bebel2 lagi ek.. 

Well, i better continue my work....see yall soon ~~~
 
Assalamualaikum..

Monday, May 6, 2013

Tuesday, April 2, 2013

Keluargaku

Gambar kami sekeluarga bersama Chu din ( adik mak yang bongsu)


Bismilahirahmanirrahim

Gambar di atas adalah kenangan kami sekeluarga.. masa ni mak abah baru anak satu..kasih sayang yang melimpah ruah.. so montel arr.. tapi sape sangka dari satu menjadi sepuluh. semuanya dengan izin dariNya.


k sambung kojer balik ek..

uhibbukum jamian..!

Monday, April 1, 2013

Ku lagukan untuk Asyraf..



Bismilahirahmanirrahim

3 hari meninggalkan keluarga kerana berkursus.. emm hati tak boleh tenang mengingatkan mereka di rumah. Apa lagi hari kedua  aku dapat berita dari adikku Wahni yang Asyraf telah demam dan mencari-cari wajah uminya..lagi arr aku gelisah

Dan hari ini aku dan suami membawanya berjalan-jalan ke shopping mall The Mines..kirenya membalas arr masa yang sepatutnya bersamanya..

Selain berselawat, aku juga suka nyanyikan lagu dolu2..hehe.. ternyata Asyraf suukaaa :)

" cak cekung udang gamit, minta upah beli kunyit.." ( sambil membuka &menutup  5 jari kanan ) Ini antara bait2 lagu timang-timangan untuk Asyraf.


Kesah berkursus di Taiping biase jer..
Alhamdulillah walaupun ianya memenatkan namun ia membuaku teruja sebab TM Perak menjadi role module bagi smua negeri... caya aarr! kembang kjap..Paling best diorg dok sebut2 Kuala Kangsar.. banyak kali.. nak juga rasanya transfer ke sana..hehe..(susah ooohh nak tukar..)


Gambar bawah ni..
mereka adalah antara orang2 kuat kat TTC Taiping..



k time to sleep.. esok dah nak kojer.. maka dengan itu.. ku akhiri Assalamualaikum !

Tuesday, March 26, 2013

"Kereta Kecil"





" Bapaku Pulang Dari Kota,
Bapaku Belikan Kereta,
Kereta Kecil Warna Merah,
Boleh Ku Bawa Ke Sekolah,
Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, 
Kereta Kecil Ku Berbunyi,
Marilah Adik Mari Naik, 
Boleh Ku Bawa Ke Rumah Nenek."
"




Bismilahirahmanirrahim

Asyraf oh Asyraf..
Lagu di atas adalah lagu kesukaan beliau takala nak tito..
pejam celik.. pejam celik usia Asyraf Haqem dah 4 bulan. Sekarang ni beliau suka bermain, selalunya berguling-guling arr atas toto.. 

Alhamdulillah semalam dah gaji.. biase arr hint2 kat suamiku agar membelikan keter utk Asyraf... hooyey2.. tak sangka incik hubby belikan. mekacih..mekacih..


Kini Asyraf dah ader keter.. bolehlah main..

ok.. time to sleep..Zzzzz.. Assalamualaikum :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...