Showing posts with label lembaran baru. Show all posts
Showing posts with label lembaran baru. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

Gambar & Kenangan

Selaku Ketua Kontijen BAKIT KL/IP semasa majlis tilawah Al Quran di Kedah tahun 2017. 

 
Bersama sebahagian team di ND Central, TM. Majoritinya adalah dari kaum adam.. diorg team technical.. kami bertiga team Finance..
 


 Terlibat juga secara langsung dalam kumpulan Marhaban.. eh.. silap2.. Kumpulan Nasyid sempena MTQ Telekom peringkat Central, yang ni ms tahun 2016.


 Bersama geng2 di ND Central, gegirl mmg tak ramai la kalau bidang technical ni.

  
 Yg ni masa di Unit State GM TM KL 2013.


 
 masa ni di TM R&D Cyberjaya. Bersama team akaun yang di ketuai oleh Pn Norwati Md Aris, Boss yang sgt2 baik & disiplin. Beliau banyak mengajar selok belok dalam akaun & audit. Di R&D , hampir 11 tahun di sana sebelum berhijrah ke Unit lain di TM.



Saturday, May 11, 2013

Majlis Perpisahan

berdiri dari kiri: Lyn, Nani. Ika, kita arr dan Aizad


Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 8hb Mei yang lalu.. satu majlis perpisahan untuk saya n Lin (adik praktikal) telah dibuat di Restoran Songket di Jln Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur.. walaupun ianya majlis yang santai namun aku teruja dengan mereka.. dalam hai ni meronta-ronta tak nak pindah tapi demi kerjaya masa depanku.. dengan alunan kaki yang longlai.. kugagahi jua.. 
InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.. sama seperti di Cyberjaya mahupun di Finance KL..

Bermula 1 April yang lalu, aku sepatutnya di ND unit di tingkat 4. Ruang kerjaku adalah projek di KL, MSC dan Selangor. Tapi biase arr.. gh handover kat En Saiful dandthe geng.. so 16hb Mei secaraofficialnya aku  akan ke ND ( Nework Development)

Walaupun masih lagi di M BUkit Mahkamah KL, namun mandat yang akan ku lalui ini..berbeda dari yang sebelum ini. Moga2 Allah mempermudahkan perjalaan hidupku..




Bua teman2 di Finance State KL, En Saiful, Aizad. Kak Umi, Kak Zukira,Kak Roy, Farah, Gee dan Ina..aku hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan seadainya ada tutur kata mahupun budi bicara yang tidak disenangi. Sekalung terima kasih buat smua..



Berkayuh sampan mudik ke kuala
Menebar pukat menjerat ikan
Budi kalian saya tak lupa
Kian terpahat dalam ingatan

Burung tempua terbang beriring
Terbang berpasang bersuka ria
Kita bekerja sama seiring
Bersusah senang sama dirasa

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu persahabatan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan



Semoga sahabat-sahabat ku serta keluarga sentiasa dibawah limpahan rahmat dan kasih Allah SWT. Aamin.

Friday, December 9, 2011

~Wajah baru Abby ~

Beliau juga pernah menjadi DJ Radio THR suatu ketika dahulu..seangkatan dengan
Andy Hakim ( Hindi Power )
- dolu2 peminat tegar THR ni..hehe..


Nurul Shuhada mcm tak ngam jer bila berganding ngan Abby..
gandingan yg best ialah dengan Ally Iskandar..


Bukak TV1 seawal 6 pagi bagi menonton "Surah-surah pilihan", sambil2 menyediakan sarapan & persiapkan diri untuk p kojer.. tenang jer hati kan bila mendengar alunan bacaan surah & terjemahan yang dibaca oleh Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab yang juga Yang DiPertua PIBG sekolah anak-anakku.

Selesai rancangan tersebut, trus tekan TV3 tgk citer MHI plak.. emm..comel dan ayu plak bila melihat wajah si pengacara MHI - Habsah Omar atau lebih dikenali sebagai Abby Fana. Beliau baru sahaja pulang dari menunaikan haji.

Moga2 aura keimanan tersemat pada hati-hati kita smua..Ameen!

Thursday, June 30, 2011

~ Selamat tinggal bungaku ~

Pagi yang indah.. syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi kita berada didunia ini bagi menjalani kehidupan sbg khalifahNya..

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya."



Pagi ni baca email yg diforwardkan oleh suamiku.. emm syahdu plak rasanya.. sememangnya aku pun sudah mengetahui akan kesah ini.. siap berchatting ngan beliau.. beliau yang ku maksudkan ialah En Ahmad Ibrahim ( CFO) .. our boss masa kat TMR&D. Namun kali ini btul2 sedih.. beliau akan kembali ke TM mulai 1 Julai ni..ish..ish..



-CFO TMR&D yang duduk ditengah-
sessi bergambar semasa sambutan Hari Raya di TMR&D-Oct, 2010

Bagiku beliau mempunyai karisma yang tinggi.. bertolak ansur & mudah bergaul dgn semua peringkat umur..alhamdulillah, beliau yg seorang yg warak..itu dari kacamata ku arr..
Nak cerita apa pun, macam tak sesuai jer kalo dibahaska
n disini.. tapi tu arr.. eemm.. emmm.. ianya merujuk post ku sebelum ini..

antara kata2 kat emailnya :-
”Kita hari ini banyak memperbaiki apa yang akan ditinggalkan dan tidak memperbaiki apa yang akan ditetapkan”

Apapun berlaku.. kita buka lembaran baru.. cerita baru.. truskan kehidupan selagi nyawa dikandung badan..



Nota kaki :
Tahukah anda nama peguam 'Natrah' yang membantunya suatu ketika dahulu ialah Ahmad Ibrahim..

Friday, June 24, 2011

~ Farewell En Azizan ( SFO TMKL )

Pagi jumaat yang indah.. yeay..yeay.. esok lusa cuti.. husband ajak kami sekeluarga menemankan beliau ke Mid Valley.. tengok beliau main blowling utk opisnya... ( opisku dolu arr ), tapi rasenyer tak ikut sebab nak siapkan hal rumahtangga yang dah pending.. seminggu lamanyer.. nahi..nahi.. dah tonggak terbalik rumah kami..

our boss.. tapi dah pindah ke Menara KL beliau jugak orang kuale.. Terima kasih banyak2 ek.. walaupun aku taklah lama ngan beliau.. memang orgnya baik & murah senyuman mcm bos lamaku di RND..En Ahmad
( CFO)


Hari ni.. kija macam biasa.. on.. off.. on.. off.. mcm tu arr, so takut2 terlena, p bli air nescafe jap..segar lah sikit.. Tgh hari smlm, opis kami buat farewell pada SFO State KL yg berhijrah ke Menara KL..bertempat di Restoran Ayam Kampung, Velodrome Cheras.. bunyinya macam jauh jer tempat tuu.. tapi bila pegi dari opis adalah dlm 10 minit jer.. so layan jap gambo2 ni ek.. hik..hik..


Our GM State KL Mr. Ramlan Omar


sebahagian staff dari tingkat 1B
sahaja..

adik-adik praktikal dari UM


kakak2 ni otai..


ini pun otai ni..


sukenyer dia.. hik..hik..

gulai kawah

ayam goreng kampung


sambal ikan bilis & kacang goreng

ulam-ulaman.. faveret chu ni.. alahai, tringat plak kat minah ulam ni...

sambal belacan.. ni Siti Aminah RND punyer..

Makanannya simple.. tapi kenyang sampai malam..
Alhamdulillah..
dua tiga minggu ni asyik makan sedap jer.. nasi tandoori, nasi minyak, nasi arab.. nasi campur yg bisa menambahkan rasa ngantukkk jer & mengganggu diet ku ini.. apa pun aku bersyukur..

Untuk En Azizan, selamat maju jaya di tempat baru. Jangan lupakan kami di sini ek..

Nota kaki : rindu kawan2 kat di sana.. sana..




Wednesday, June 8, 2011

~ Hari Bahagia buat Eni & Ely ~

-Wajah manis pasangan pengantin -

Alhamdulillah, adikku Norani @ Eny selamat diijabkabulkan dengan pasanganya Suzaili @ Ely pada 3hb Jun 2011 bersamaan hari Jumaat 2 Rejab 1432 di masjid Kg Ribu di Kuala Kangsar, Perak. Tapi buat masa ini , gambo pengantin takde arr, kalo ader pun tak lengkap.. tengoklah sehari dua nanti..nanti kita upload ek !


Kejutan..
Di pagi Jumaat, kami terima jemputankehadiran orang dari Melaka.. memang syahdu, anaknya jiranku di Taman Impian Putra.. rupa2nya ayahnya adalah kawan karib abah masa jadi Peneroka di Sg Siput sebelum mereka berdua sepakat menyertai bidang ketenteraan kira2
40 thn yang lalu..


Ni gambo2 bersama sepupu sepapat..anak dara & mak budak bersama Chu,
mak saudaraku yang rapat dengan kami..



Bergambar dengan sepupuku @ Cikgu Junaidah Ibrahim..kami kamcing tatkala tinggal di kg dolu2.. yang nampak kepala tu is pengantin.. Eny





Dalam masa bertugas, kami berdua sempat menyanyi.. adik mintak interframe sebab ada seorang pakcik yang nak nyanyi jer..
tak moh lepas microphone tu.. ish.. mcm2 la diorg ni..





Gambar kami lagi...


gadis kaca mata..

Juda & Chik La yg suka menyembang..hahaha..

Dah abiss..

Friday, May 27, 2011

~ Menerima si dia seadanya ~



Gambar di atas adalah gambar terbaruku & suami..fuhh memang dah bulatkan....
Dalam kesibukan kami bekerja,kami cuba curikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Sudah hampir 10 tahun usia perkahwinan kami. Begitu cepat masa berlalu. Rasa kesusahan tu dah jadi ingat-ingat lupa plak..sebabnya kami berasa lebih banyak kenangan manis.

Bagiku, dia adalah segala-galanya. Menerima diriku dengan seadanya. Kalau ikut kan dulu..aku ni memang tak suka akan sikapnya.. tapi tu arr,bila dah lama bersama..'ku-jatuh cinta buat kali kedua'. Kali ini memang menerimanya sebagai suami yang bertanggungjawab ke atasku & seorang ayah yang baik buat anak-anak kami.. syukur Alhamdulillah..

Apsal aku coretkan cerita ini ek? Ntahlah.. ianya memang dari naluri hati seorang isteri yg sebelum ini 'tegar' untuk menerimanya..dan kini aku berharapmoga-moga kasih sayang ini berkekalan hingga akhirnya.. ameen. ( Doakan untuk kami ek..)


p/s: Cerita ' Nora Elena"..emm memang best..

Thursday, March 31, 2011

Cerita 1 bulan..


Alhamdulillah.. dah 30 hari kita bertukar kat tempat kerja baru..nun jauh di Kuala Lumpur ( tak jauh pun..huhu ) dan 30 hari juga rutin harian kami seisi keluarga dah pun berubah.. begitulah dlm mencari rezeki, sedikit sabanyak ianya mengatur tatasusila & malahan disiplin pada ahli2 keluarga.. ntah apa2 yg merepek ni.. ish..ish..

Setiap pagi, kita perlu siapkan diri & anak2.. sediakan sarapan pagi & tgh hari utk anak2.. mcm pakaian, hasbenku mengambil tempat dgn mengiron pakaian sekolah & menyidai kain pada setiap pagi.. emm.. bertuahnya badan sbb beliau ringan tulang..amat-amatlah terharu.. Oleh kerana buat masa ini jadual kerja yang tidak padat, kita ambil peluang tersebut utk pulang awal.. sampai jer terus jemput anak kat sekolah..mmg si hafiz suka sangat.. ish..ish…bukan mengeluh tapi teruja anak2 suka perubahan kami..

Dan sudah 21 hari kita mula mengajar anak2 mengaji dirumah selepas solat maghrib.. dan kesempatan itu anak2 jiran pun turut serta utk mengaji bersama di rumah.. bagus juga cadangan suamiku ini.. sebabnya anak2 mengisi masa malam mereka dgn aktiviti mengaji… kalo tak, asyik mengadam tv & internet sahaja.. maklumlah laptop & pc dah bersepah-sepah kat rumah.. so begitulah rutin anak2 sebelum ini.. Alhamdulillah,kami smua telah berhijrah.. ke satu tahap yg lebih baik lagi.. terutama aku & hasben.. sebelum ini disebabkan kepenatan kerja, kami biarkan sahaja anak2 menghabiskan masa malam mereka sebelum masuk tidur… emm, tak elok tu..

Dalam pada itu, sekarang ni dah mulakan dengan pencarian untuk menyambungkan pelajaran.. emm.. bleh ke?buat masa ini Open University & UKM menjadi pilihan memandangkan masa yang lebih fleksibel & dekat dgn kawasan kediaman.. InsyaAllah, moga2 cita2ku & juga cita2 abahku akan tercapai.. emm.. ni touching sikit arr.oleh kerana aku anak yang sulong,maka impian tu tertangguh sekian lama.. abahku kerap memberi dorongan agar aku ni menyambung pelajaran… dia juga suka bercerita akan kesukarannya yang tidak dapat pendidikan yang sempurna dek kerana kemiskinan suatu ketika dahulu.. so sbg anak, selain mencapai cita2ku aku juga berharap agar abah & mak akan bersama-sama dihari sejarah itu.. Buat masa ini, aku beri penekanan sepenuhnya kepada adik-adikku si Wany & Najiha agar bersungguh-sungguh dlm pelajaran.. maybe diorg abis dulu . So aku& hasben dah jadi mcm ibu bapa tiri kat adik-adikku… hehe.. taklah kami menjadi pembantu khas @ penasihat masa depan buat adik2ku… so fakta mengenai ilmiah bolehlah mereka rujuk dengan suamiku sementara ilmiah berdasar pengalaman bolehlah dirujuk denganku.. kalo pun aku tak 'terrer', akan dirujuk dengan kawan2ku yang hebat… terima kasih geng! Bagi adik2 lelaki ku yang dah bekerja, mereka membantu dari segi kewangan.. Alhamdulillah, masing2 tahu tanggungjawab tu..

Sebagai ibubapa, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya pada anak-anak. Pelajaran ilmu dunia & agama perlu seiring agar mereka berada di jalan yang betul.begitulah bila dah jadi ibubapa ni.. kematangan dalam membuat keputusan bukanlah sesuatu yg mudah, segala segi perlu difikirkan bersama agar ianya selari dengan tuntutan agama.. moga2 kami sekeluarga mencapai kehidupan yg tenang.. biarlah tak kaya harta namun kaya dengan budi bahasa serta ilmu pengetahuan.. kk nak pantun jap. Dah lama tak pantun ni..emm.. ni yg teringat lah..

Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Asam kandis mari dihiris
Lebih manis hati budinya


K, nanti sambung lagi ek..sebenarnya nak citer pasal hadiah yang di terima semasa majlis perpisahan, tapi hasben belum updated lagi kat PC ni.. so nanti-nanti arr.


Assalamualaikum..

Sunday, February 13, 2011

.:. Debaran kian terasa .:.


Tinggal 2 minggu lagi nak pergi berhijrah ke tempat kerja baru. Walaupun masih lagi label yang sama tapi ianya berbeza dari sebelum ini. Tempat baruku ini di Bukit Mahkamah, KL. Bunyinya macam best jer, tapi demi satu perubahan yang baru, akan kuredahi.. InsyaAllah. Moga-moga berjalan lancar. Ameen.


Dan selepas ini aku akan bawa kereta sendirian tanpa bertemankan suamiku :(.. (akan ku rindu saat2 manis itu, yea la 9 tahun lamanya pergi balik bersama-sama.) bukan mudah juga nak ku ubah waktu kerja ni.. ntahlah, boleh ke? risau jugak ni..ish.. moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidup kami.


nota kaki : "Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." (QS 13:28)

Wednesday, July 14, 2010

Teman Sejati- Brothers




Lagu yang saya letak ini adalah Teman Sejati nyanyian Kumpulan Brothers.. kira 14 thn yang lalu..Pada masa itu, Nasyid mula mendapat tempat dihati masyarakat kerana para penasyid membawa arus perubahan yang besar pada rentak Nasyid yang pelbagai & tdak lagi klasik..



Banyak juga kenangan lagu nasyid dengan diri saya ni.. tersenyum saya sorang2. Walaupun ianya dah lama berlaku.. cukup.. cukup.. arr
Biarkan kenagan itu berlalu begitu sahaja.. yang penting.. aku, dia mahupun kita semua senantiasa berada dalam limpahan kasih sayang dari Nya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...