Showing posts with label Ujian Allah. Show all posts
Showing posts with label Ujian Allah. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

"Dah dapat surat ke?"



Bismilahirahmanirrahim

Pagi yang indah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Jam 10.15 pagi ~“Dah dapat surat ke?”Kak Ira menyapa aku.. aku yang terpinga-pinga hanya tersenyum. Dalam hati aku berkata “ woi.. woi.. ape ni? Result dah kluar ke”.. jeng jeng jeng..


Jam 12.45 tengah hari ~ Lagi sekali aku disape. Kali ni semasa di lif tadi, terserempak plak dengan En Azmi.”Dah dapat surat ke?”lagi sekali aku hanya tersenyum dan kali ini aku bersuara. “En Azmi, apa pun keputusannya nanti, saya redha.”

Sehingga ke saat ini, sebenarnya aku tak terima apa2 surat pun kecuali pos laju kiriman Farhana & Fizah teman2ku..

Tapi tuu arr, sesekali debaran terasa plak.. dah macam orang bercinta plak..alahai.. I’m ok.. I’m ok..


Esok dah nak berangkat ke Taiping..tinggal suami tinggal anak2....maafkan umi ek. Umi pergi sekejap jer..

Semoga Allah merahmati kita smua.. senyum selalu!

Assalamualaikum..

Monday, December 17, 2012

Asyraf..




Baru pulang dari Hospital An Nur Bangi..
Kai ni Asyraf di tahan di wad disebabkan demam dah tiga hari. 
Maka, si ibu dan anaknya bermalamlah di sana 4 hari.. Alhamdulillh keadaan Asyraf kembali baik. 
Sepatutnya dalam usia beliau, untuk 6 bulan pertama kelahiran..beliau tak sepatutnya demam.. tapi tu arr, Asyraf berjangkit dari abahnya dan kakak & abangnya... uminya sahaja yang tak kena.. 
Dihospital, Asyraf telah diberi rawatan oleh Dr Arbaiyah. 
Dalam uminya yang dalam kesedihan , Dr Ar memberi harapan dan semangat kepadaku.. mengalir air mataku tatkala melihat sikecilku diberi suntikan malahan tiub dihidungnya ( bagi mengeluarkan seselma).
Terima kasih kepada Dr Ar dan nurse2 disana.. memang tip-top arr kerja mereka smua.

Dalam pada itu tarikh 12.12, merupakan tarikh sibuk di hospital tersebut. Ramai juga ibu-ibu melahirkan bayi di sana. Sama la, masa 10.11 yang lalu..pun ramai juga yang booking tarikh tersebut. Nyarislah ada bilik untuk kami berdua. 

k, mummy nak tito.. ketemu lagi ek ;)




Monday, October 29, 2012

macam2 citer daa..

Alhamdulillah.. dengan izinNya dapat kita bersua lagi..

Salam Aidil Adha buat semua. 
Cuti 3 hari yang dilalui.. kami hanya disini.. uhukk..uhukk..
Niat di hati nak balik Trengganu.. tapi apa kan daya.. hasbenku tak berani arr..
katanya " kang ter-kang.. kan payah.. ".

so sebagai isteri yang mithali yang redho..hehe.. ku turutkan sahaja arr.. walhal kalo dapat balik.. sah2 dapat bertemu Ustaz Azhar Idrus sekeluarga yg khabarnya bertandang ke rumah Cheyah di Marang sempena Raya ni ..( hehe..idolaku tu.. )

Dalam sedar tak sedar.. dah masuk 37 minggu usia kandunganku.. 
Semalam dah jumpa Dr Khamsiah di Hospital An Nur, dan doktor kata sekiranya sehingga hujung bulan Nov kalo tak bersalin, maka prosedur seterusnya akan dijalankan..aduss.. kecut perutku bila mendengar kata2nya..beratku dah 65.8kg, berat baby plak dah 2.4kg.. namun keputusan blood test menunjukkan yang HB aku rendah lagi.. nasihat doktor soh makan ubat ni double dr yang biasa.. kalo tak akan timbul masalah ketika nak bersalin nanti..


Sebagai seorang ibu, aku harapkan moga2 ianya dilalui dengan segera... hehe.. tak sabar nak bercuti ni.. tapi tuu arr selagi ianya belum sesuai.. takkan nak kluar plak kan.. :).. so we just follow ... hasben plak dah macam tak sabor nak 'posku' ke kampung plak tuu.. ish..sabor jer la..

Alhamdulillah akhirnya hasben n the geng kat RND dapat naik gaji.. yesszza.. ucapan ringkas buat suamiku.. udah2 ler tu.. jgn pening2 lagi ek..
Last week juga, suamiku dapat interview kat KTMB.. bersua muka plak dgn Pn Syarifah ( isteri Dr Salleh ) yang bertindak sebagai panel.. emm nak cakap macam mana.. pi mai-pi mai tang tuu arr.. betapa kecilnya dunia ini.
Pn Syarifah juga merupakan ejen kami masa nak ambe pembantu rumah suatu ketika dahulu. Terkedu seketika..

Selesai sessi interview, kami 'dating' kat "Tang Ling". Di sana, kami berdua makan ikan bakar.. yes..yes.. memang best & sedap :). Lagi pun menunaikan hajat beliau yang selalu mendengar ceritaku..hehe ( sejak dok kija KL la ni.. )

Dah lama tak makan berdua macam ni..dolu2 masa opis kat UPM slalu jugak... tapi sejak berpindah ke Cyberjaya.. masing2 sibuk dengan kerja..
Dalam pada itu.. dalam minggu lalu, banyak peritiwa yang berlaku pada orang disekelilingku..yang pahit2 plak tu.. aduss.. alahai.. 
Allah menguji kita semua.. maka bersabarlah. Tempuhilah dugaan ini dengan tenang.. Semoga Allah memberi kekuatan buat kita smua..Insya-Allah akan ada kemanisan diakhirnya..maka yakinlah denganNya.

Okay time to work.. nak buat hal2 yang berkaitan dgn  streamyx & unifi..ni la kija baru ku di rumah.. menjana pendapatan tambahan..
lepas tu tido.. sebab esok kojer..



Oh okay.

Ma'assalama..

Wednesday, September 19, 2012

suamiku..terima kasih

Entri ni tak menunjukkan apa-apa maksud tersirat.. cuuma rasa gumbira sesangat terhadap suamiku.. En Wan Fadley..

Beliau comot.. comot yang amat sangat.. cool. tapi baik hati.. hehe
Apsal puji plak tuu.. YES! YES! elaun rumahtangga dah naik tiga ratus hinggit.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Malam tadi beliau yang dok santai di hujung sofa sambil membelek samsung tabnyer.. ntah aper ntah... tetiba menyatakan pertanyaan bajet nak bersalin ni pada aku.. fuhh.. soalan panas tuu.. emm macam aku walaupun dah lebih sepuluh tahun dengannya pun terus terang masih ada perasaan malu.. ( aww tak rela uu..) wehh malu itu perlu..

Lantas aku menjawab." Kalo nak ikutkan TM cover dlm RM2500 utk bersalin.. tapi takut terover jer.. so dari kira2 Yah dalam RM2000 diperlukan untuk stand by arr. Aku menyambung lagi." Naper bang? Dah dapat increment ke?." Suamiku hanya tersenyum. 
Issh.. ni la bab yang suspen yang dok suka ni.. 
"InsyaAllah, bulan ni dapat.. tapi taklah banyak. Lepas tu.. disebabkan anak bertambah, abang naikkan elaun Yah sebanyak tiga ratus hinggit. Bolehlah tambah-tambah beli pampers, susu dan lain-lain."


Reaksiku ketika itu...
jeng..jeng..jeng.. dah tentunya aku memanjatkan kesyukuran padaNya. 
Alhamdulillah. Terima kasih atas nikmat yang diberi olehNya... punyai suami yang memahami dan menyayangiku dan anak-anak seadanya. Memang aku pun ada pendapatan sendiri, tapi  bila diagih-agihkan untuk anak-anak dan rumahtangga. Untuk pakai dibadan pun tolak ke tepi.. bagi kami bila dah berkeluarga ni, anak-anak adalah keutamaan kami.. Syukurlah.. suamiku dapat tambahan pendapatan. Bolehlah tumpang-kan.. lagi pun pakaian baby tak beli lagi ni.. so bolehlah pakat2 beli belako ni..

waduhh.. terujanyer..tak sabar nak listkan item yang nak dibeli..
k.. nak sambung kojer arr.. tata..

Monday, June 4, 2012

~ sampaikan salam di angin lalu..~

Angin jugak jika orang suka membandingkan cuti aku ngan orang lain.. apsal plak suka membanding- bandingkan aku dan dia.. ish.. ish.. dlm keadaan sekarang memang badan kadang kala tak sihat, slalunya awal2 ngandung mcm tu kan.. ni masuk bulan ke 5, barulah penyakit alahan datang.. bukannya saje2 nak sakit.. ish..apsal org dok senang ngan aku ni pun aku tak tahu. bleh tak jaga mulut dr mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati.. semoga Allah memelihara hatiku & hatimu jua.. :(

tak gemor btul kalo org dok suka sembang2 pasal org kat aku.. udahlah berbadan dua, dengar plak citer itu ini pasal orang adush.. aku ni dari dulu memang dok suka sembang2 pasal orang.. menceritakan keaiban orang pun dah dosa apa lagi menokok tambah citer2..

sekarang.. tgh bermuhasabah diri..:), minggu ni btul2 menguji keimanan pada diri sendiri. kejer dok tension.. hal orang plak yg membuat aku terfikir apsal diorang mcm tuu...

Hanna.. help! help!


Kesimpulan kecil.:)

Mengutuk : Straight, berdepan/belakang, bahasa kasar, lelaki
Mengumpat: Bengkang bengkok, berintonasi, tokok tambah, belakang, perempuan


P/S: Tak pasti pula kalau dalam blog boleh diklasifikasikan sebagai mengumpat atau tidak.:)
 

Nota kaki:-
tahniah kat En Saiful, kerana dapat baby boy setelah sekian lama menunggunya.. :)

Wednesday, May 9, 2012

~ Ayah Langku part 1 ~


Salam smua.. dalam kesibukan keluarga & kerjaya, kami sekeluarga diberi ujian oleh Allah. Sudah hampir 2 tahun, sepupuku Saiful yang meninggalkan kami smua. Dan kali ini, ayah lang yang kami sayangi pula telah pergi meninggalkan kami smua pada petang ahad kira2 jam 4.30ptg di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau merupakan adik makku yang ke 3 dari 7 adik beradik :(. 

Sebenarnya dalam kesibukan menguruskan rumahtangga, pagi ahad jam 10 pagi, aku menerima panggilan dari adikku Fendi yang mendapat maklumat dari Chu ( adik mak di Taiping ). Katanya AyahLang di Hospital Port Dickson. Beliau ditempatkan di bilik ICU dan doktor memerlukan saudara terdekat untuk maklumat lanjutan. Kelmarin, Ayah Lang telah ke PD bagi meninjau kawasan projek. Beliau rebah di depan Hotel kira2 jam 3.00pagi.

Aku yang masa tu dah mula 'panic' dan memikirkan ayat yang sesuai nak citer kat husben yang pada masa itu sibuk bergotong-royong di taman kami. Aduss.. risau la plak, taku2 tak dapat keizinan darinya. Tanpa berfikir panjang terusku capai telefon nokiaku ( yg kadang2 ek-ot.. ada lin.. takde lain..) alhamdullillah.. yes! yes! abang jawab..abang jawab.." Abang, dah abis gotong royong ke? kalo dah Yah nak ajak ke Hospital PD, ayah lang kat sana.. di ICU". aku mula bersuara." Iyea? abang dah abis, sekarang tengah makan2 jer.. ok, lets go Yang, tapi jang lupa ambe Hafiz kat sekolah".. Wah.. dalam hati ada taman jap, walau sebenarnya hati abangku ini yeay..yeay.. rock arr. Aku plak hampir terlupa yang anak terunaku masih bertaekwando kat sekolah.. kik3..lantas kucapai kunci keter & menghidupkan enjin keter sambil menyidai kain diampaian. Apa lagi.. berdezzzoomm.. menuju ke sekolah untuk mengambil Hafiz yang baru abiss kelas. Dan kini misi kedua bermula..

Monday, April 2, 2012

~permata hatiku ~



Lukisan yang dilukis oleh Aishah. Masa tu beliau menemankan abahnya pegi audit di JKR pada hari sabtu yang lalu. so masa tu beliau abiskan dgn membaca buku & melukis kartun.. siap ada gambo baby lagi.. rambut uminya yg panjang.. kah.kah.kah. tinggi benor imiginasinya. saper plak sebelah kanan umi tu Aishah?..layan ajer arr.

Waktu ini kita pun seharian ada kelas..
kebarangkalian beliau rindukan uminya yg suka membebel bersamanya takala di rumah.. tapi sayang masa ini kita tiada disisinya..:( . tgh hari tu abahnya menhantar mesej beserta gambar ini.. so sweeet!

sekalung terima kasih kepada suami & anak2..kerana memahami situasiku ketika ini. tapi bukanlah satu 'tiket' utk berehat dari tanggungjawab. InsyaAllah, kejayaan milik kita smua! ameen...

Tuesday, February 21, 2012

~ Takde mood ~


2-3 hari malass sesangat...takde mood nak sembang.. nak makan.. nak tidur pun macam tak lena jer.. aduss serabut kepalaku.. ape ke heynyer..??
kejer opis menarik dan tertarik.. :)
nak cuti sayang kojer.. sayang cuti..nanti abis.. almaklumlah cuti keme taklah banyak sangat.. ada 18 hari jer ni.. so kena pandai2 ar simpan.. utk exam.. utk raya.. utk keluarga.. mahupun utk diri sendiri.
Wahai diriku.. bangun arr.. jangan hanyut dgn "M".. kembalikan 'R" dan "C" dlm hidupku..

not kaki:- sesi mengecat di laman botani..( utk rekod..tak penah menang pun.. hehe.. )

Thursday, November 17, 2011

~ Anugerah dari kegagalan ~


Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

1
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho

(ULANG 1- 2X)

Tuesday, November 8, 2011

~ alpa dengan Iphone.. kojer dek ~

Hari ni tak ramai orang bekerja arr dan oleh kerana itu pegi opis pun tak sampai 20 minit dah sampai opis.. bagus arr, esok korang cuti lagi ek.. huhu..dan kerana itu jugak la, hari ni kluar jap ke Maybank Jln Tun Perak bagi menebus hutang.

-Surat yang di terima dari ETIQA Takaful -

Citernyer begini.. oleh kerana loan rumah dah pun tukar dari Maybank ke Ambank. Maka secara tak langsung bleh arr claim MRTA ( insuran rumah ) dengan Maybank sebab dah 'terminate' ngan Maybank. Kalo kira2 adalah dlm RM2K dapat balik.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
dengan itu, kenalah tuntut kat Maybank.
Cuma yang tak bestnya.. citer pagi ni, pegi ke Maybank..

Sepatutnya kalo dah banyak kaunter mudahlah cerita.. ni orang kaunter pun dok tolak kita ke sana.. ke mari.. walhal dah tunjuk dokumen yang berkaitan.. adalah dekat-dekat 8 kaunter.. sampai kaunter terakhir pun takde sape bantu. :( 1 jam tu.. rugi..rugi..
Nyarislah ada amoi cun yang membantu.. patutlah kaum Cina terkenal dengan ramahnya & disiplin yang tinggi.. orang Melayu emm...
budak melayu yang dekat kaunter tu siap main Iphone lagi.. aduss..kalo nak riak pun btul2 tak bertempat.. cari lah tempat lain dek, bukan di tempat kojer.. kan tak manis tu..
awak mencerminkan imej MAYBANK itu sendiri...

Akhirnya, ada juga yang membantu.. isi borang dan submit smula.. kan mudah cerita.. nasihatku, bagi yang kojer kat kaunter tu.. manis2 kan raut rupa & cuba arr berkomunikasi dengan pelanggan sebaiknya.. jangan tunggu orang 'laser' baru nak sedar.. haha.. dunia.. dunia..

Saturday, October 8, 2011

~ Kehidupan yang sementara ~

Dari ALLAH kita belajar tentang erti KASIH SAYANG
Dari AIR kita belajar kETENANGAN
Dari BATU kita belajar kETEGARAN
...
Dari TANAH kita belajar kEHIDUPAN
Dari Kupu-kupu kita belajar MERUBAH DIRI
Dari PADI kita belajar RENDAH HATI

Monday, September 19, 2011

~ Rezeki & nasib ~

Dah 7 bulan transfer ke KL. ..hehe, kalo ngandung lagi 2 bln arr nak bersalin kan..

Dlm pada itu dapat perkongsian info dari teman kat Cyberjaya menyatakan yang diorang dah naik pangkat.. tahniah! tahniah ! kat Chu, Kuna & Siti Aminah.. dah naik gred tentunya naik gaji kan.. bestnyer..
dah rezki diorg.. takde la rase ape2.. hari tu ex-boss aku ada terserempak ngan hasben kat opis.. dia cakap rugi aku pindah KL.. kalo sabar sikit tentu dah naik pangkat..ada ke cakap macam tu.. ish..ish.. tak baik tau..


"Sekiranya kita tahu nasib mahupun rezeki kita pada masa akan datang.. nescaya kita pun takkan sanggup ke depan.." KIta perlu ingat rezeki, jodoh .. ajal mahupun maut, smuanya di tetapkan oleh Allah sejak azali lagi.." :)

Secara terus terang penghijrahan aku ke KL bukan kerana pangkat mahupun gaji..
gaji hasben pun dah cukup utk membantu aku.. hehe.. bukan ayat riak, tapi nak habaq jer. Penghijrahan adalah utk mencari.. menambah.. membaikpulih skill kojer ku yang aku rase kian jatuh merundung..tampak sangat pegi kojer pun tak disiplin.. orang lain pun sama juga tak disiplin tapi masalah diri sendiri pun payah ni... dah tu plak kija yang ala2 bukit.. setiap minggu ada jer 'dateline'.. orang lain siap buat 'direct selling' lagi.. sedangkan aku.. ni malas nak citer pasal orang ni.. ish..ish.. dah dah ler..

Syukur Alhamdulillah, bila dah berada di tempat baru ni.. aman sangat2. banyak betul kebaikannya. aku & lakiku pun dah jadi mcm 'loving couple'.. pegi kojer tu memang ler sorang jer, tapi kalo tak tipon..lain plak rasenyer..emm tak bleh nak digambarkan arr..karang jadi 'ayat2 cinta & bunga2 berguguran ' plak..kami berdua pun berganding bahu utk rumahtangga.. kalo tak dolu2.. gue ajer.. hehe.. suasana rumah pun kian ceria dgn bukaan kelas mengaji a lquran di rumah. Citer pasal kojer.. memang lain arr. tapi biase arr skop kojer akaun tak lari ke mana pun.. kawan2 pun dah makin ramai. Ada jugak aktiviti pejabat dah aku join antaranya BAKIT di Port Dickson & aktiviti amal di Tmn Sg Besi Indah mahupun aktiviti huha-huha.. TM Star arr..:)

Janganlah risau.. setiap orang ada rezekinya masing2. Rezeki mereka ke arah pangkat & gaji.. rezekiku plak ke arah kekeluargaan.. semuanya dah di tentu olehNya... begitu juga ngan nasib.. berbeza pada setiap orang.. mcm aku ni.. kekurangan tang kewangan ajer la... negatif ajer.. hehe.. tapi nyaris ada hasben yang baik hati.

Tiap2 minggu bagi belanja poket & duit minyak. walaupun itu sebahagian tugas suami tapi aku ni memang tak biase arr.. dolu2, mokcik kayo ngan duit OT.. hehe.. tapi skrg jatuh negatif arr..:(. aku redha akan takdirNya tapi tgh nak berusaha lah ni..agar tak jatuh lagi..

Pasal pelaburan.. hasben dok hint2 soh aku minta balik ngan sorang ni.. emm.. mcm mana nak minta ni.. tak tahu nak mulakan dari mana.. dari hati kecilku ini.. berharap & berdoa agar dibuka pintunya utk memulangkannya.. sikit ke sikit.. pulangkanlah ek.. ala.. tinggal RM1800 lagi.. ari tu dia masuk RM200.. nanti bayar balik ek.. :( ksian kat kita dek..
" hulurkan tangan ringgankan beban.. "


ok..ok.. entry yang terpanjang daa.. ni hujah merangkap luahan rasaku.. hehe..
apa pun smoga kita smua senantiasa dibawah limpah rahmatNya..


nak pegi kojer ni.. daa..

Sunday, September 18, 2011

~suara Ella +Ramli Sarip ~


Setelah 3 hari cuti rehat.. terasa plak malasss nak kojeer.. hehe...
Hari Khamis malam jumaat yang lalu~ nyaris2 tak masuk hospital dek kerana batuk berterusan yang menyebabkan lelah.. ambe gas lagi arr kat hospital an-nur.. :(, ni btul2 dugaan arr. Suka huha-huha pun tak elok utk kesihatan..

Tambahan plak tgh bulan lagi arr.. kekeringan ni.. walaupun kesehatan tak berapa nak pulih lagi.. namun utk sajer2 rehat kat rumah tu.. memang tak best, baik pegi kejer kan.. :).




Minggu ni ada ler 2-3 unit buat 'open house Aidilfitri'kat opis.. so dapatlah jemputan. tapi tekak ni masih tak ok lagi.. Deria rasa tak berapa best arr.. Nak makan pun takde selera jer..emm, last week pun 4 hari kojer pun suara ala-ala Ella.. :( . so banyak senyum dari bersuara...
anak2 sendiri mahupun anak2 murid pun yang mengaji kat rumah pun tersengih-sengih akan suara garauku.. dah mcm Ramli Sarip pun ada.. btul2 ujian daa..

Moga2 kesihatanku beransur baik.. go..go..cheyah! jangan layan sangat rasa hati tu ek :)

Sunday, August 7, 2011

~ Apa Arr..~



Malas plak nak updated blog ni.. kawan2 dok bagi email tanya apsal tutup blog.. nak citer ke.. tak payah arr.. hanya sahabatku 'Chu' ajer yg tau.. aku pun tak tahu apsal plak si dia.. dia.. & dia.. menjejaki aku smula.. ish..rimas plak kalo org yg tak berkenaan ambe tau pasal aku n family.. tak best arr..

Kija kat opis macam biasa bleh arr.. dah mcm kija kat RND jer.. hehe.. analisis .. i like.. cuma tak perlulah follow up ngan ramai org.. skrg ni kami kat opis bz sikit ngan BP2012.. so banyaklah email kluar masuk dr bos ke diorg.. dah ful
l mailboxku.. so sbg langkah berjaga-jaga.. trusku transfer kat PC.. kalo tak, email nak hantar pun tak bleh..kena delete mana2 yg tak berkenaan... hehe.. so tu kija yg paling malas nak ku buat.. tapi kena buat arr.

27.7 yg lalu, adikku si Ipin dapat anak baru.. thomelnye...
(tarikh sama dgn besday hasben )


Lagi satu sedikit tak best pasal kewangan keluarga.. tetiba jer dapat call dari Bank Rimau.. mau..mau duit lah.. tak sempat nak kluar duit epf, so cash dr our mak bantu.. ish.. malunyer.. tapi lps ni kami ganti arr.. harap2 kes ngan Bank Arab cepat2lah settle.. kisahnya dari bulan oct tahun lalu hingga sekarang tak abis2 lagi..
Lupa plak.. salam ramadhan buat smua ek...
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami seisi keluarga.. ameen !

p/s: hasben bagi hint2 nak bli keter Myvi.. hehe..

Monday, July 25, 2011

~ HIdup adalah Anugerah ~


Salam smua.. Dah masuk minggu ke-2, kita naik komuter & Star LRT utk ke tempat kerja. Macam best jer.. kalo bawa keter, tentunya tak bleh nak berehat.. fokus..fokus.. pada memanduan... namun kalo bawa train.. eek.. silap. kalo naik train.. nak tido2 pun leh.. wah! ini sudah baik..

Namun pagi ni, kita naik train terasa sayu ajer.. btul2 sayu.

Begini citernya. "Aku naik Star LRT dari BTS menghala ke Masjid Jamek. Ada lebih kurang 5 laluan yang perlu dilalui. Sampai di Station Bandar Tun Razak kelihatan ada seorang anak kecil yang berumur 10 tahun teresak-esak sambil dipimpin oleh ibunya menaiki train kami. Ketika dalam train, beliau menjerit-jerit seakan-akan hilang punca. Aku yang sebelum ini hanya pandang sepintas lalu sahaja. Namun oleh kerana jeritan kian kuat, terus mata ku fokus padanya... alahai, anak kecil ini buta rupanya.. syahdu plak aku melihat dirinya.

Maknya pula sedaya upaya memujuknya.. beliau yang sebelum ini berdiri, segera dibantu oleh amoi yang duduk disebelahnya.. baguslah. Masih ada lagi orang yang perihatin dizaman moden ni. Aku? masih lagi berdiri...namun tetiba sahaja pening.. so trusku kluarkan 'minyak cap kapak'. Tiba- tiba si kecil tu bersuara. "Mama..mama.. bau apa ni? Busuklah. Lantas maknya menjawab." Kakak tu sakit kepala. Dia letakkan ubat dikepalanya." Si kecil hanya memandang ke kiri dan ke kanan. Mungkin beliau mencari di mana ku berada..

Sampai di stesen Masjid Jamek, sebelum aku turun, sempatlah aku bersalaman dan menghulurkan sejumlah wang kepada makcik tu. Ntahlah..tingginya kesabaran makcik tu dalam melayan karenah 'anak istimewa' ini. Moga2 beliau diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang bakal datang. Untukku ~ memang berasa sayu, sedih pun ada... lumrahnya alam. kehidupan yang silih berganti.. adakala senang & susah diharungi.

Bagi kita yang sempurna fizikal belum tentu kita sempurna mindanya ! waalahu'alam..

Tuesday, July 19, 2011

~ Zikir pagi ~


"Ya Allah,
aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, pembukaannya, pertolongannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya.
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hari ini dan yang selepasnya."

Tuesday, July 12, 2011

~ saje2 coret ~

Mood kerja yg bz ni.
so tak sempatlah nak citer2 pasal aktiviti BAKIT kat PD.. nanti2 arr. Cuma kali ni terpanggil nak cerita hal 2-3 minggu yang aku lalui di sini, situ dan di sana..



Tersenyum juga melihat karenah orang. Yang diam, yang ramah, yang tak duduk diam apa lagi yang mulut laser.. pehh semua ada. bagi aku senang jer.. aku bukan milik kau. aku milikNya. dan kerana itu kalau pun aku melihat dan berdepan dengan orang macam ini, ada baiknya diam seribu bahasa.. sonang kojer den... aku ni pun bukan spesis itu. Bercakap biar perlu jer. Tapi betullah kata ustaz Husnul Hizam. Katanya " setiap manusia yang berada di depan kita, boleh juga dia adalah 'barang' ujian yang di beri oleh Allah kepada kita. Maka, cubalah kamu melepasi ujian tersebut dengan bijaksana. "


nak kata geram tu.. takdelah. terkezut jer.
segera aku beristhgfar.. astaghfirullahhala'azim..rasanya diam dan senyum lagi baik dari bercakap banyak daa..

nota kaki ;
jerawat tumbuh di atas pipi.. aduss..


Thursday, June 30, 2011

~ Selamat tinggal bungaku ~

Pagi yang indah.. syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi kita berada didunia ini bagi menjalani kehidupan sbg khalifahNya..

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya."



Pagi ni baca email yg diforwardkan oleh suamiku.. emm syahdu plak rasanya.. sememangnya aku pun sudah mengetahui akan kesah ini.. siap berchatting ngan beliau.. beliau yang ku maksudkan ialah En Ahmad Ibrahim ( CFO) .. our boss masa kat TMR&D. Namun kali ini btul2 sedih.. beliau akan kembali ke TM mulai 1 Julai ni..ish..ish..



-CFO TMR&D yang duduk ditengah-
sessi bergambar semasa sambutan Hari Raya di TMR&D-Oct, 2010

Bagiku beliau mempunyai karisma yang tinggi.. bertolak ansur & mudah bergaul dgn semua peringkat umur..alhamdulillah, beliau yg seorang yg warak..itu dari kacamata ku arr..
Nak cerita apa pun, macam tak sesuai jer kalo dibahaska
n disini.. tapi tu arr.. eemm.. emmm.. ianya merujuk post ku sebelum ini..

antara kata2 kat emailnya :-
”Kita hari ini banyak memperbaiki apa yang akan ditinggalkan dan tidak memperbaiki apa yang akan ditetapkan”

Apapun berlaku.. kita buka lembaran baru.. cerita baru.. truskan kehidupan selagi nyawa dikandung badan..



Nota kaki :
Tahukah anda nama peguam 'Natrah' yang membantunya suatu ketika dahulu ialah Ahmad Ibrahim..

Sunday, June 19, 2011

~Cerita TM Star 2011 dah abiss ~

~bersama keluarga menginap di sini ~

Alhamdulillah baru sampai rumah setelah 3 hari 2 malam kami sekeluarga bermalam di Palm Garden Putrajaya..bukan senang nak p menginap kat situ. hik..hik..hik..Hanya kerana tercalon kat "TM's Got Talent 2011", dapatlah peluang tuu.. tu pun dah dengar suara2 sumbang...ish..ish. jangan risau, aku masih seperti dulu..


~ Tema tahun ini F1 TM ~

Totallynya memang letih dari yang biasa. Walaupun keluargaku pun menginap di situ, namun aku sorang jer yang keluar masuk.. dari Palm Garden ke MM
U.. pada setiap masa.. reheasal.. test..test.. and by the end.. sebuah majlis yang gilang gemilang. Bagi sesiapa yang turut serta pada malam tersebut, sudah tentu merasa aura yang luar biasa..Di situ mengumpulkan kakitangan dari seluruh Malaysia & sebahagian dari Indonesia..pelbagai award yang ada antaranya Best Manager,Executive & Support Staff..lain2 taklah ku ingat.. tapi paling best TM Goverment pun dapat.. ( Finance State KL di bawah TM Goverment..) Sorakan antara negeri2 yang bertanding pun menjadi gamat dewan tersebut.. State Johor antara negeri yang banyak dapat award.. Melaka, Negeri Sembilan & Perak pun dapat..tapi lagu yang paling best adalah State Perak.."Ipoh Mali takde sombong".. betullah tu..

Reheasal Day...

Lupa plak.. gandingan mantap antara sorang staff TM & Sarimah Ibrahim memang meriuhkan lagi suasana. Lupa plak nak citer.. Zaki dari MMU ( RM2500 ) telah dinobatkan pemenang "TM Got Talent 2011" pada malam tersebut. Kedua ialah Kamarul ( RM1500), mewakili Negeri Sarawak dan ketiga ialah Kumpulan Finger Print ( RM1000) dari Vads Berhad.. lain2 pun dapat juga hadiah saguhati.. Ini memang pengalaman baru..

memang berbaloi.. hari2 berulang dari Melaka. Tahniah Zaki !


anak-anakku...

Sementara itu,anak2 dan suami menghabiskan masa di hotel untuk beriadah..berenang & berbasikal serta bermain permainan congkak & kepingan kayu yang disediakan oleh pihak hotel.. tampak wajah mereka gembira..wajah yang kelihatan lesu & letih..

Tgh hari tadi kami pun pulang ke rumah.. dan kami sekeluarga mendapati ada seekor kucing betina baru beranak kat bilik belakang... ksian, tampak wajahnya keletihan.. kelihatan 3 ekor anak kucing yang comel2 di dalam laci..so sweet.. muah..

Monday, June 13, 2011

~ Bila stress dah datang~

Tatkala melihat gambar keluarga..hati jadi tenang..

Masih tak dapat melelapkan mata.. riso tahap maksima ni.. so untuk itu..
S
engaja ku alihkan fikiranku pada family hasbenku diTerengganu.. oh.. tahun ni,kami beraya di Terengganu dahulu..sebelum pulang ke Kuala Kangsar..Beraya di sana lagi best sebab masih ramai lagi saudara mara yang tinggal berdekatan..apalagi sepupu yang ramai,masih kecil lagi,so riuh rendahlah suara diorang bermain bunga api.. Kalau dikuale plak.. sebaliknya...
Apa khabar Ma.. aboh.. adik iparku Fahmi,Elah and Iyah sekarang ni ek.. semoga sihat hendaknya selalu..



Nota kaki :
macam2 tips orang bagi pada kita utk suara.. ok..ok.. terima kasih ek!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...