Showing posts with label jalinan ukhwah. Show all posts
Showing posts with label jalinan ukhwah. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

Gambar & Kenangan

Selaku Ketua Kontijen BAKIT KL/IP semasa majlis tilawah Al Quran di Kedah tahun 2017. 

 
Bersama sebahagian team di ND Central, TM. Majoritinya adalah dari kaum adam.. diorg team technical.. kami bertiga team Finance..
 


 Terlibat juga secara langsung dalam kumpulan Marhaban.. eh.. silap2.. Kumpulan Nasyid sempena MTQ Telekom peringkat Central, yang ni ms tahun 2016.


 Bersama geng2 di ND Central, gegirl mmg tak ramai la kalau bidang technical ni.

  
 Yg ni masa di Unit State GM TM KL 2013.


 
 masa ni di TM R&D Cyberjaya. Bersama team akaun yang di ketuai oleh Pn Norwati Md Aris, Boss yang sgt2 baik & disiplin. Beliau banyak mengajar selok belok dalam akaun & audit. Di R&D , hampir 11 tahun di sana sebelum berhijrah ke Unit lain di TM.



Wednesday, February 27, 2013

10-5=5




Bismilahirrahmanirrahim..

Tiba2 jer teringat plak kat adik-adikku yang pompuan..Eny, Wanie, Fatin & Izzati. Memang benar aku ni punya adik2 yang ramai. Namun dengan yang pompuan, dolu2 tak rapat sebab diorang ni kecik2 lagi. Aku lebih rapat ngan adik2 lelaki.. iwan, ipin, epul. Sebab kami semua rapat2 umurnya. Kawan baik mahupun kawan gaduh gusti2..itulah dia.. 

tapi biase arr slalunya aku yang menang hehe.. sebab slalunya aku akan nangis tatkala kalah bila main gusti-gusti atau main tembak2 ( main masak2 tak pernah arr).. apa lagi masa tu abah akan support.. wah2.. memang best zaman tuu..yea la ‘anak abah’.. ( masa tuu ingatkan hanya 4 org jer anak, sorang pompuan yang lain lelaki )segala permintaan smuanya dapat.. adik2 baju 2, aku? Hehe.. 5 pasang..

Namun bila dah makin dewasa, dan aku plak dok kat asrama.. keluarga kami makin bertambah.. dari 4 ke 5.. sampai la aku nak kahwin pun dulu.. aku dah 10 beradik.. memang meriah lah kluarga besar kami..

Hanya bila dah berumahtangga, barulah aku mulai rapat2 dengan adik2 pompuan.. yang laki2 dah buat hal masing2 (berdikari). Mereka juga selalu menjadikan suamiku sebagai tempat rujukan untuk hala tuju belajar dan masa depan..sampai ke situ rapatnya mereka dengan suamiku.. Alhamdulillah..




Benarlah kata orang tua, Air dicincang tidak akan putus..memang satu perumpamaan yang sangat baik untuk kita gambarkan hubungan pertalian darah di antara adik beradik. Sesuai sangat arr perihal adik-beradik kami. Gaduh2 tu biase arr tapi taklah sampai putus saudara.. 

Itu satu hakikat yang kita tak boleh ubah sampai bila2. Hatta sampai dunia Kiamat pun fakta itu tidak boleh diubah!



Sunday, October 7, 2012

~chat ngan Ita ~


minggu lepas bekesempatan untuk chating dgn Ita melalui FB..
Ita sedang melanjutkan pelajaran dlm PHD di US bakal menamatkan pengajiannya tahun depan..kami sebenarnya berjiran disini tapi tu arr tanpa disangka-sangka ayahnya dan ayahku suatu ketika dahulu berkawan baik semasa sama-sama menjadi belia, peneroka dan askar di Port Dickson suatu ketika dahulu..kecil sungguh dunia ni kan..
pi mai pi mai tang tuu  :)


Harapan dan doaku moga Ita berjaya mencapai kejayaan di sana.. jaga diri baik2 dek ek!

Friday, July 27, 2012

Cerita di pagi jumaat

Aduss esok, lusa & tulat.. ( sabtu hingga isnin) dah nak exam.. trus terang aku dok baca aper2 lagi ni.. hanya berbekalkan masa bersama pensyarah di kelas tempoh hari. Begitu cepat masa berlalu. Bila dah masuk Ramdhan ni.. lagi arr, siang di opis malam di surau.. balik rumah pun trus Zzzzz..bangun pagi pun bersahur n bersiap ke tempat kojer.. alahai.. Kurang 24 jam akan ada exam..emm.. 

 Malam semalam terima sms dari adik di kampung. Beliau memaklumkan yang jiran terdekat kami En Jabiiee telah pun meninggal dunia kira-kira jam 5 ptg akibat terjatuh di bilik air. Innalillah.. tampaknya sekitar rumah kami dah ramai orang2 yang ku kenali sejak berpindah ke kampung telah meninggal dunia. Bertambah sunyilah..

Dua minggu yang lalu, Opah Chu yang juga adik kepada atukku pun telah meninggal dunia. Kehilangan beliau pun aku dapat rasai.. Tahun lepas masa aku & suami menziarahinya di Hari Raya..aku dapat lihat riak wajahnya yang semakin uzur, rumahnya plak usang. Apa lagi beliau tinggal seorang diri dirumahnya sekian lama. Opah Chu tidak mempunyai zuriat bersama suaminya yang terdahulu ( sepanjang hidupnya beliau pernah  mempunyai 7 org suami ). Ohh lupa plak.. waktu kami ziarahnya ada arr 2-3 kuih di atas talam.. namun semut2 kecil dah naik menyebabkan kuih2 tersebut telah dikerumuni..anak-anakku plak sibuk bermain di anak tangga kayu yang menarik perhatian mereka.. biase arr budak2 pekan.. jarang-jarang naik rumah kayu.. 

Sambil kami duduk bersembang.. beliau sempat memuji suamiku yang katanyer hensem ala2 sharukh khan..( wek..wek..nak muntah) namun sempat jugak menasihat kami berdua agar saling sayang- menyayangi antara satu sama lain. Jangan bergaduh & sentiasalah bertolak ansur..Emm.. memang benar sebelum kami kerumahnya, kami berdua berselisih faham.. tapi biase arr.. buat muka 'control ayu' di depan mak dan abah... tapi tu arr.. orang tua kan.. boleh baca fikiran kita.. mimik muka kita.. aku yang pada masa itu terkedu lantas mengeluarkan air mata secara tetiba-tiba..sebenarnya dah lama aku tak mendengar kata-kata nasihat itu.. dolu2 masa Opah ada.. memang ada arr.. lagi pun bila melihat keadaan Opah Chu yang tiada tempat bergantung apa lagi tiada anak-anak disisinya diwaktu susah dan senang. 

Alhamdulillah.. mak & abahku antara orang yang kerap membantunya dikala sakit. Sehingga ke akhir hayatnya memang mak membasuh kesemua pakaiannya di rumah kami. Adik beradik makku pun menggajikan seorang perempuan dikampungku ( kami panggil Mak Lang ) untuk membersihkan rumah & memasak pada setiap hari di rumah Opah Chu. Akhirnya pada tanggal 13 Julai 2012 ( Jumaat) beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alfatihah untuk Hajah Aminah Ngah Othman. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…

Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Friday, May 25, 2012

Taklimat drpd Finance SSO

Gambar di atas diambil semasa taklimat yg dianjurkan oleh Finance SSO TM kepada smua pegawai2 yang bertanggungjawab ke atas akaun masing2 di TM KL. Ianya telah  diadakan di TIngkat 3, Bangunan TM Bukit Mahkamah.. percaya tak caya jer bila aku ternampak boss lamaku..huhu.. Tn Haji Wan Yaakub yang dulu2 pernah berkhidmat di TMR&D sebagai CFO.. beliau AGM bahagian GL di Finance SSO TM.tererempak jugak dgn Fairuza yg juga staff TM yang handle meeting dgn TMR&D suatu ketika dahulu..

kalo dah kija kat TM ni.. memang tak boleh lari dari berjumpa dgn teman2 seperjuangan kan.. hari tu tereserempak dengan En Azam, En Rosli, En Hassim. almaklumlah diorg berjawatan besar di TM, so kalo ada majlis yang melibatkan diorg dah tentunya kami akan bertembung. Smuanya ramah seperti dulu jugak.. :)

k, nak sambung kojer ek. :)

Sunday, January 8, 2012

~ Tua mengejar kita~

Kenangan bersama adikku si Wani & Jieha di Bukit Merah, Taiping.. masa ni kami smua on the way nak p Taman Orang Utan menaiki bot ..
10 tahun yang lalu~ diorg ni kecil2 jer.. siap jaga anak2 ku tatkala cuti sekolah. Pejam celik..pejam celik dah besar mereka ni..dah sama baya jer ngan kakak nyer.. hehe.. apa maknanya tu?

Wednesday, December 14, 2011

~ Jalan-jalan cari kawan sekolah ~

hanya gambaran sahaja ek..

Hari sabtu yg lalu spt yg dirancang kami suami isteri buat operasi kat bilik2 anak-deko2 Cik Wan & Cekyah..hehe.. konon2 nak ubahsuai bilik diorg agar lebih ceria & tersusun rapi..cewah..cewah.. bilik anak dara warna pink & bilik si teruna warna biru..bli almari baju & meja belajar utk mereka. Adalah diharapkn moga2 mereka akan lebih bersemangat & tekun utk belajar..ameen.

Island BBQ Steamboat kat kg Melayu Subang, dekat ngan Stesen Minyak Petronas..

sekian lamanya tak jumpa..


makan time..

Jadual kami hari ni diteruskan dgn menerima jemputan ke Island BBQ Steamboat kt Kg Melayu Subang..jauh tu dekat2 40 minit arr kalo nak ke sana.. Diorg buat reunion sekolah kat sana. kami bertolak dri rumah jam 5.30 ptg.. biase arr campur sesat2.. masuk highway klur highway sampai jam 6.50ptg.. :)nak cakap aper.. emm.. 'kita serupa..kita serupa..'

sahabat-sahabat suamiku


Tempat ni sesuai dibawa seisi keluarga. Harganya pun ok.. dewasa RM 19.90 sementara kanak2 RM9.90, bawah 5 tahun percuma.

InsyaAllah nak bawa arr anak2 ke sini sementara cuti sekolah ni.

Tuesday, December 6, 2011

~ JJCM ngan Hana ke Pasar Seni~


Malam tadi terima sms dari Hana temanku yang juga seorang cikgu kat MTD.. hehe.. dan tgh hari tadi kami keluar sama dan JJCM ke Pasar Seni.

Segala macam2 yang kami sembangkan.. sampai hilang suara arr.. kongsi citer2. utk rekod, dah dekat2 6 bulan tak jumpa.. almaklumlah bz bebenor cikgu sekolah askar ni.. :)

Di akhir pertemuan, beliau bagi souvenier... waw! i'm shy arr.. terima kasih Hana. Katanya beliau ada pi beberapa trip ke Bali, Sipadan & Cameron Highland.

Tuesday, November 15, 2011

~ Episod di TMTC utk 2 hari ~

"Today is a great day "

yang bertudung kuning tu trainer kami.. Miss Ferial Md Salleh

Hari 1st register, dapat masuk team YELLOW waduss.. takde geng yang sepejabat.. ntah dari mana pejabat2 diorg ni..biase arr smua buat2 muka malu tapi ayu & kacak bergaya.. huhu...
Alhamdulillah, adik2 mahupun abang kakak ramah tamah timah.
.kik..kik, walaupun begitu, untuk hari pertama kami dapat no 4.. dari 4 kumpulan..dasyat btul..nombor last tu..


fuhh.. bersemangat btul adik2 ni..


Iklan gigi jap..

Apa yang menarik, kursus ni sgt berenergy di mana kita perlu menjerit setiap masa. peluang utk tertidur.. hanya 5% ajer arr.. yea la dibuatnya citer2 yg sedih.. mmg ngantuk lah.. tapi kami smua enjoy!

mereka yang teruja dapat duit..
diorg kata nak beli TM..ish..ish..


posing jap..
ambil gambo dgn duit 111M ( duit tipu arr )


Yang menambahkan lagi smgt adalah di mana kitorg kene kumpul duit untuk team. Duit bukan main sikit2, duitnya main million2.
Akhirnya dari no. 4 ke no 1.. btul2 terkejut.. mimpikah kami? sm
uanya berkat kerjasama yg jitu dari kami smua.. caya lah..

Sepanjg kursus, yang x pernah lekang kat bibir adalah:

"We are One TM, Passion to win, Support each Other, Challenge!!!"menari

"Team Power-is when every single member consistenly remind each other to overachieve his/her target/targets to reach team goal" ihikhik


"Challenge is an opportunity to improve myself, change the system, strategy and add new knowledge so that I can move to the next level" tepuktangan

"Cancel-cancel go away"

"Today is a grrreat day"

"I know I can be better"

"You are your energy"

" Be positive Declare war on negative thoughts "

dan byk lagi... Tapi yang paling best n mmg kena guna selalu adalah

"I support You!!!" peluk

"Aaha..." peluk( dah mcm dlm lagu 4u2c arr)


Balik dari teaming with passion ni, byk benda yang bleh dipelajari. Sedikit sebanyak timbul jugak kesedaran n smgt dlm diri untuk kerja lebih baik n menjadi lebih elok dari skrg. Kihh..kihhihikhik

Dan yang paling penting, dekat office kena amalkan 4 bende.

No Complain
No Blame
No Gossip
No Excuse

smuanya best arr.. salam ukhwah utk smua..

nota kaki :- We are 1 TM,
terima kasih kepada trainer master kami Cik Ferial Mohd Salleh.. trainer yang hebat..

Monday, November 14, 2011

~ berkursus kat TMTC , KL ~


Tersangatlah bz minggu ini..
ada kursus kat TMTC- Teaming with Passion yg merupakan satu kursus yang wajib di hadiri oleh semua staff TM.. esok baru abissnyer..
Khamis ni plak anak ada konvo kat UKM.. tadika jer.. hehe..

Perjalanan utk ke sana amatlah 'jem', sakit kaki kiri sampai kebas2.. dok tukar2 gear.. nak rempit pun tak bleh.. huaha...
berbeza skali kalo nak pegi kojer.. ish..ish.. namun disebabkan satu tanggungjawab.. aku redahkan sahaja..

k..k.. nak beradu dolu..

p/s: baru lps menyiapkan essay ttg Ahha..yg perlu dihantar pagi2 esok..waduhh..jadi budak sekolah jap..

Tuesday, November 1, 2011

~ Cerita lama- & sekalung terima kasih ~

Smua orang dah tito.. me?? tak bleh plak.. ada tugasan yg sedang menunggu ni.. hehe..
Godek2 PC nampak gambo lama..bersama geng Bas Sekolahku di Cyberjaya..gambo ni kira2 4 tahnu yang lama..

Malu2 kucing smuanya.. hehe..
masa ni kami smua bersiap nak pegi turun ke bawah.. ada sambutan Hari Raya TMR&D.. so pakat2 pakai lipstik kak zue yang baru dibelinya.. ngeh..ngeh..cun tak cun blakang kira.. jadi ayu.. cewah..cewah.. syok sendiri.. Ada sorang lagi ni.. Kak Fiza tapi takde arr.

Rindu jugak nak turun sana.. tapi tak bleh ar.. jauh tu.. KL ke Cyberjaya. TAmbahan plak kojer tgh bayak ni.. nanti2 ek..

Untuk rekod, kak zue, eva & kita dah kluar dr sana..tinggal mereka berempat..tapi kawan2 lain ramai lagi ni..smuanya muda belia..



Masa farewell kita, teman2 ada beri hadiah. Terharu plak rasenyer.. tima kasih Chu. Kuna & team kat SRM ( Yanti & Helmi - kawan gaduh pasal kojer.. hehehe.. )

Model bersama hadiah-hadiahku..


Oleh kerana pernah menyandar jawatan Bendahari Biro Agama Islam di TMR&D, kita pun dapat saguhati ( telekung solat bewarna biru.. cantik sangat2 )

Dan terakhir.. set pinggan mangkuk dari Finance Divison TMR&D.. meriah betul.

Kesemua hadiah yang di beri telah pun ku pakai.. terima kasih smua ek.

Doaku moga2 kalian beroleh kesejahteraan & kebahagiaan dunia dan akhirat..

nak undur diri arr.. nak sidai kain la plak.. daa...

nota kaki :- gambo2 ni baru di transfer oleh suamiku ke PC..

Sunday, October 30, 2011

~ Noor Shazwahni binti Ahmad ~

Wanie bersama abah & mak..
Tahniah.. truskan usaha..kejayaan demi kejayaan..

Wanie.. suatu ketika dahulu..
beliau merupakan anak yang ke 7 dari 10 beradik.. ramai tuuu.. hehe..


abah menangis dek.. ;)


First time bawa mereka menikmati Nasi Arab kat Saba' Restourant di Cyberjaya..

p/s: kata wanie.. sumber inspirasinya ialah abah & suamiku.. hehe.. takpe2, role module baik ambe dek.. sementara gue & Eni adalah guru kaunselingnya.. ( masalah kewangan & hati.. ish..ish..)

Monday, October 17, 2011

~ Citer di pagi Isnin ~

Pagi ni..pegi kojer awal sikit sebabnyer hari isnin ni..
kalo sampai kat tol Sg Besi sesak sangat arr. banyak plak keter. Nyaris arr bawa kancil jer, bleh arr menyelit.. kat keter besaq2.. ambil link paling kanan :) Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
Walaupun bos takde tapi kojer ade.. ader.. macam biase.
Alhamdulillah, mahir arr sikit pivod.. vloocup.. cuma pasal data ni.. aku n bos masih mencari-cari punca revenue jer..



Baru jer terima mesej kat 'skype' dari hasben. Katenyer mak Ita kirim salam ( rindu akan beliau alahai..) Aishah pun terima duit belanja darinya.. Saat2 begini, tetiba plak teringat kat si Ita yang kini sedang melanjutkan pelajarannya kat US. Tabik 'sping' kat adik kita ni.. walaupun beliau bukanlah adik kandung tapi keakraban kami n keluarga menyebabkan ukhwah kami berterusan..
Doaku agar beliau jaga diri bebaik di perantauan ek. InsyaAllah, 2 tahun lagi beliau akan pulang membawa kejayaan..( lps ni bergelar Dr Rozita Ramli )..Ameen!

k.. k.. sambung kojer ek :) analisiss..oh..analisiss..

p/s: mana plak gambo bersama si Ita ni..

Friday, October 14, 2011

~ Sesi Teh Tarik ~


Baru jer sampai opis ni.. Bukak email jap.. waduss sakit perut plak bila baca email ni.. Insan terpilih kah aku? hehe.. next week dapat jemputan ekslusif "sessi teh tarik bersama Datuk Bazlan". Beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Telekom Malaysia..hari Rabu kat Menara TM..

Apa pun, ia juga akan menjadi sebahagian kenangan manisku bagi tahun ni.. wah.. wah..wah.. ok..kita minum dolu.. lps ni nak buat kojer..( sedang melambai-lambai tu)

p/s; apsal plak namaku dipilih ni.. walhal baru jer join TM, sblm ni kat anak syarikat..

Monday, October 10, 2011

~ Berita Hari Ini ~


Gambar di atas adalah sebahagian dari staff TM kat tingkat 1B. Ianya adalah gabungan dari 3 unit iaitu Finance ( unit kita arr ) , Business Research & Planning serta Business Support. Semuanya report ke GM State Office KL. :)

Apsal plak masuk gambo diorg? hehe..saje2 nak memperkenalkan sahabat2 baru di KL, dolu2 kat Cyberjaya.. masa ni kita tgh cuti sakit, so takde la gambo empunya blog.

**************************

k, nak p solat & berehat jap.. ngantuk lagi ni.. ni gara2 layan citer korea " JEWEL IN THE PALACE " KAT www.maaduu.com. Alahai..sampai pagi tu.. ish..ish..
baru 23 episod.. ada lagi 31 episod ni. Apa pun, citer ni memang best.. best.. sangat arr.

Tuesday, September 6, 2011

~ Eidilfitri 2011 ~

bersantai di tepi pantai di Terengganu..
tak pegi KT pun takpe.. tgk keindahan pantai & laut China Selatan..



Sejak dua menjak ni kesihatan badan tak menentu.. nak makan nasi pun tak lalu.
Walaupun bulan ramadhan telah pun berlalu, namun sepanjang ramadhan & shawal yang dilalui.. berat badanku menurun dengan hebatnya.. emm dari 63kg ke 55kg.. makanan yang di hidang memanglah sedap-sedap belaka, tapi tekak ni tak lalu nak makan..

keluarga besar di Terengganu..gambar family takde arr..

apalagi perjalanan sempena raya yang lalu yang biasanya ambil masa 5-6 jam dari Terengganu ke Perak telah menjadi 15 jam.. betul2 'kematu' gue seisi keluarga... penat ooi.
. smuanya gara2 jem yang luar biasa di Machang...

gambar bersama keluarga di Kuala Kangsar..
masa ni dah nak balik ke KL.. walaupun adik beradikku ramai, tapi yg lain dah balik ke rumah mertua masing2..ada juga yang telah pun bekerja..


Sampai di Kuale pun, raya disambut sekadar sahaja. Hanya menziarahi 2-3 rumah saudara & teman2 sekolah sahaja...kami banyak habiskan masa di rumah sahaja..

Apapun kami sekeluarga tetap 'gumbira' walaupun penat yang tak terhingga.... :)

Thursday, June 23, 2011

~ Baru ku tahu..~


Ada cerita sedih ni.. ala.. ada la sikit2 geram ni.. nyarislah aku ni kerja TM.. bleh arr faham akan kira2 ni..


Citer nyer gini.. petang semalam dapat call dari TM Muzium. Diorang memaklumkan bahawa permohonan tipon CDMA ku di tolak. Alasannya ialah namaku 'blacklist'. Tersentak aku mendengarnya... macam mana bleh 'blacklist' ni. rasanya namaku bersih.. pening pun ada, mana nak ku korek duit ni...






Dan hari ni, setelah settle hal2 opis, jam 9.55am trus ku turun n pegi ke TM Muzium yg kat sebelah jer.. diberi nombor dan tunggu.. Dekat2 jam 10.40 barulah nombor ku dipanggil..pehh.. walaupun lewat namun perkhidmatannya amatlah baik.. ku pun citer A sampai Z.. then diorg semak kat sistem.. memang sah aku dah bayar kira2 4 tahun yang lalu sebanyak RM 736. Jumlah sebenar pada bil ialah RM 1228..



Ini smua kisah lama arr. Masa tu tinggal kat seksyen 7, Shah Alam. Kawasan tu baru jer membangun.. kalo nak menapak ke seksyen 2, jauh juga.. hutan plak tu.. Oleh kerana aku pun baru bekerja kat Audit Firm tu.. so pakat2 ngan kawan2 untuk pakai telefon rumah. Almaklumlah.. mak abah nak tipon kan mudah, kalo tak hantar surat tau. Bila dah kerja ni, nak karang surat pun tak sempat.
Nak pakai kat tipon awam pun.. bersaing plak ngan student2 UiTM yang pun turut nak guna tipon awam.. Dah duduk ramai ni biase la.. ada sekepala.. ada jugak macam2 kepala.. so kepala2 yg lain ni tak bayor.. aduss.. yang kena gue la.. Kami smua tak pakai handphone lagi sebab masa tu sape2 yang nak pakai line.. mahal oo..ada yang pakai pun macam tak pakai.. sebabnya line tak berapa nak ada lagi..siap panjat2 bukit lagi.. dasyhat tau.. beruntung budak2 sekarang..




Setelah kejadian kebakaran di rumah kami, kami semua berpecah.. ada yang sambung belajar , yang dapat kerja gomen malah ada yang kahwin..so aku plak menyewa kat rumah depan opis.. dan sehingga tahun 2006, terima surat dari TM minta bayar sebanyak itu... ha.. panjang citer..konon2nya TM bagi diskaun 40% pada staffnya.. so kebetulan adalah sedikit duit simpanan & memikirkan masa depan.. aku pun bayar.. tak sangka plak diorg tak buat 'adjustment' tu.. masak.. masak.. so tadi diarahkan p tingkat 5 kat bangunan aku ni.. sampai situ diorg suruh p tingkat 7 plak.. ish.. sabar jer la..jumpa plak ngan sorang kakak ni..kecilnya dunia.. semalam pun ada terserempak kat parking.. siap sembang2 lagi.. tapi tak tahu plak namanya..so dia janji nak bantuku..Syukurlah.. "Allah mempermudahkan urusanku.. alhamdulillah"..


Kini tak pening lagi.. hik..hik..


Nota kaki :- Berbuat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...