Sunday, August 21, 2011

~ Pak.. kita nonton yak.. ~

Last week tercuti gara-gara si Aishah.
Smuanya disebabkan cuti sempena Nuzul Alquran kat Selangor pada hari rabu. Mood tak nak pegi sekolah diteruskan pada hari khamis dan jumaat. Nyarislah si Abah terrajin plak cuti.. utk hari khamis.. dan Uminya.. terpaksa cuti hari Jumaat..



Dek kerana itu, dapat jugak lah si Umi tiba-tiba ternonton rancangan 'Assalamualaikum' kat TV Alhijrah. Dapat juga menonton Prof Dr Harlina Halizah Siraj yag kebetulan dijemput.. mmm.. alhamdulilah, tambah satu ilmu lagi. Jujurnya, suka sangat akan perwatakan Dr Harlina ni. Personalitinya amat ku kagumi...islamic & sederhana orangnya. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar di HUKM.


Pagi sabtu plak, terbuka plak channel Oasis. Pun sempat juga menonton 'Tetamu Allah'. Beliau merupakan Staff TM yang juga kawan baik bos lama ku iaitu En Ahmad Ibrahim. Dlm rancangan ni, belia berkongsi pengalaman beliau ketika menunaikan Haji suatu ketika dahulu... ( moga2 ku & suami di beri peluang untuk ke sana, InsyaAllah ).

Rasanya kalau anak2 ada masa tu, dah tentu tak dapat menonton rancangan2 yang aku sukai.. aku ni kalo bab2 kartun ( anak2) atau pun kisah penyiasatan ( hasben) mmm.. lebih baik duduk kat dapur.. tapi kalo dah ada... rancangan yg berbentuk ilmiah mahupun dokumentari.. memang menjadi pilihanku..

p/s: hari tu terjebak nonton sinetron ' Ketika Cinta Bertasbih".. citer memang best bangat..


Tuesday, August 16, 2011

~Esok KL Kojer la..

Dah masuk hari ke 16,umat islam menunaikan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Terasa sekejap sahaja masa berlalu.

Hari pertama puasa, anak-anakku seperti mengeluh akan baki hari yang tinggal.. "apa? lagi 29 hari..". keluhan mereka. Namun, sebagai ibuku terangkan hikmahnya puasa. "Dengan berpuasa, kita bukan sahaja dapat pahala malah belajar akan kesusahan orang lain. Lagi pun ianya baik untuk kesihatan." Kalau macam tu, kita puasa selalulah Ummi. hehehe..." sampuk si Hafiz. Aku hanya tersenyum..


Esok, Cuti Am di Selangor. Maka, suami & anak2 akan bercuti. Cuti ni sempena Nuzul Quran..namun Umminya tak cuti arr.. sebab KL kojer.. so kena kojer la... Niat di hati tu ada.. namun memikirkan kija yang tak settle lagi.. so tak jadi arr.. ala lagi pun next week kan cuti panjang.. so sabor jer la..


k, nak sambung kija.. to be continue.. :)

Friday, August 12, 2011

~Sahabatku~

Ptg smlm buka FB, hati dah tekad utk removed somebody dari list kengkawan. tak mahu lah ambil tahu akan dirinya dan keluarga. Hati terdetik tatkala kita hantar mesej utk wish besday dia.. tapi takde respon. Walhal kawan2 lain.. laju plak dia balas.. em.. mcm ada sesuatu jer ni.. its ok, orang tak suka tak apa. Ada baik mengundur diri dari dok fikir2 masalah 'biase' ni.
Malam tadi plak, mimpi plak dia..ish..ish..tak elok tu.
Awal2 dulu, memanglah geram. Tapi lama2 diri semakin matang.. dah takde jodoh,he..he..


gambar bersama dgn sahabatku Hana suatu ketika dahulu.. zaman kurusss
( gambar di atas tiada mengena ek..)


Tersiratnya beliau memang tak suka kot. buat apa nak terhegeh-hegeh kawan kan.. kik..kik..
apa pun semoga Allah merahmati kita semua... selamat beramal di bulan Ramadhan.. moga2 menjadi amalan sepanjang usia..


nota kaki:
9.8- my besday, dah umur 30-an arr.
fakta- kita lahir pada 4 ramadhan 1439 :) Alhamdulillah...

Sunday, August 7, 2011

~ Apa Arr..~



Malas plak nak updated blog ni.. kawan2 dok bagi email tanya apsal tutup blog.. nak citer ke.. tak payah arr.. hanya sahabatku 'Chu' ajer yg tau.. aku pun tak tahu apsal plak si dia.. dia.. & dia.. menjejaki aku smula.. ish..rimas plak kalo org yg tak berkenaan ambe tau pasal aku n family.. tak best arr..

Kija kat opis macam biasa bleh arr.. dah mcm kija kat RND jer.. hehe.. analisis .. i like.. cuma tak perlulah follow up ngan ramai org.. skrg ni kami kat opis bz sikit ngan BP2012.. so banyaklah email kluar masuk dr bos ke diorg.. dah ful
l mailboxku.. so sbg langkah berjaga-jaga.. trusku transfer kat PC.. kalo tak, email nak hantar pun tak bleh..kena delete mana2 yg tak berkenaan... hehe.. so tu kija yg paling malas nak ku buat.. tapi kena buat arr.

27.7 yg lalu, adikku si Ipin dapat anak baru.. thomelnye...
(tarikh sama dgn besday hasben )


Lagi satu sedikit tak best pasal kewangan keluarga.. tetiba jer dapat call dari Bank Rimau.. mau..mau duit lah.. tak sempat nak kluar duit epf, so cash dr our mak bantu.. ish.. malunyer.. tapi lps ni kami ganti arr.. harap2 kes ngan Bank Arab cepat2lah settle.. kisahnya dari bulan oct tahun lalu hingga sekarang tak abis2 lagi..
Lupa plak.. salam ramadhan buat smua ek...
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami seisi keluarga.. ameen !

p/s: hasben bagi hint2 nak bli keter Myvi.. hehe..

Wednesday, August 3, 2011

~ Cerita minggu lalu ~

Dengan rasa gembiranya, ku lalui semuanya dengan tenang..
Minggu lepas yang sibuk dengan pelbagai tugasan & aktiviti....begitulah kehidupanku sebagai isteri, ibu malah anak.. Alhamdulillah.. syukur sbb bleh berkhidmat untuk smua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...