Monday, October 29, 2012

macam2 citer daa..

Alhamdulillah.. dengan izinNya dapat kita bersua lagi..

Salam Aidil Adha buat semua. 
Cuti 3 hari yang dilalui.. kami hanya disini.. uhukk..uhukk..
Niat di hati nak balik Trengganu.. tapi apa kan daya.. hasbenku tak berani arr..
katanya " kang ter-kang.. kan payah.. ".

so sebagai isteri yang mithali yang redho..hehe.. ku turutkan sahaja arr.. walhal kalo dapat balik.. sah2 dapat bertemu Ustaz Azhar Idrus sekeluarga yg khabarnya bertandang ke rumah Cheyah di Marang sempena Raya ni ..( hehe..idolaku tu.. )

Dalam sedar tak sedar.. dah masuk 37 minggu usia kandunganku.. 
Semalam dah jumpa Dr Khamsiah di Hospital An Nur, dan doktor kata sekiranya sehingga hujung bulan Nov kalo tak bersalin, maka prosedur seterusnya akan dijalankan..aduss.. kecut perutku bila mendengar kata2nya..beratku dah 65.8kg, berat baby plak dah 2.4kg.. namun keputusan blood test menunjukkan yang HB aku rendah lagi.. nasihat doktor soh makan ubat ni double dr yang biasa.. kalo tak akan timbul masalah ketika nak bersalin nanti..


Sebagai seorang ibu, aku harapkan moga2 ianya dilalui dengan segera... hehe.. tak sabar nak bercuti ni.. tapi tuu arr selagi ianya belum sesuai.. takkan nak kluar plak kan.. :).. so we just follow ... hasben plak dah macam tak sabor nak 'posku' ke kampung plak tuu.. ish..sabor jer la..

Alhamdulillah akhirnya hasben n the geng kat RND dapat naik gaji.. yesszza.. ucapan ringkas buat suamiku.. udah2 ler tu.. jgn pening2 lagi ek..
Last week juga, suamiku dapat interview kat KTMB.. bersua muka plak dgn Pn Syarifah ( isteri Dr Salleh ) yang bertindak sebagai panel.. emm nak cakap macam mana.. pi mai-pi mai tang tuu arr.. betapa kecilnya dunia ini.
Pn Syarifah juga merupakan ejen kami masa nak ambe pembantu rumah suatu ketika dahulu. Terkedu seketika..

Selesai sessi interview, kami 'dating' kat "Tang Ling". Di sana, kami berdua makan ikan bakar.. yes..yes.. memang best & sedap :). Lagi pun menunaikan hajat beliau yang selalu mendengar ceritaku..hehe ( sejak dok kija KL la ni.. )

Dah lama tak makan berdua macam ni..dolu2 masa opis kat UPM slalu jugak... tapi sejak berpindah ke Cyberjaya.. masing2 sibuk dengan kerja..
Dalam pada itu.. dalam minggu lalu, banyak peritiwa yang berlaku pada orang disekelilingku..yang pahit2 plak tu.. aduss.. alahai.. 
Allah menguji kita semua.. maka bersabarlah. Tempuhilah dugaan ini dengan tenang.. Semoga Allah memberi kekuatan buat kita smua..Insya-Allah akan ada kemanisan diakhirnya..maka yakinlah denganNya.

Okay time to work.. nak buat hal2 yang berkaitan dgn  streamyx & unifi..ni la kija baru ku di rumah.. menjana pendapatan tambahan..
lepas tu tido.. sebab esok kojer..



Oh okay.

Ma'assalama..

Monday, October 22, 2012

Doaku..

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, October 14, 2012

Konvo Aishah di NIOSH BBB

Minggu yang lalu plak.. berkesempatan ke NIOSH bagi menghadiri Konvo si budak kecik.. sape lagi.. si Aishah arr.. emm.. awal2 dah pesan soh beli bunga utknya sebagai tanda beliau dah habis belajo.. ish..ish..



nyarislah kat situ takde orang jual cenderamata ..kalo tak, kopak duit ummi abah..
tahun ni pihak Tadika Kemas sudi menyediakan bunga untuk semua anak2 didiknya.. ( lega..lega..hehe..jimat duit umminyer thn ni..) Seperti tahun lalu, Pesta Konvo Tadika Kemas yg dibawah Parlimen Serdang Selangor.. mengumpulkan lebih 10 tadika.

Majlis tersebut selesai kira2 jam 12tgh hari.. Alhamdulillah.. selesai satu lagi agenda untuk minggu ini..

Wednesday, October 10, 2012

JJCM ke Saba' Cyberjaya bersama Ma & abah..


Cuti di hari minggu yang lalu..

mak & abah datang dr Terengganu bagi menghadiri konvo adik iparku Ieyah di PICC. Kesempatan yang ada, kami ke Saba' arr.. hehe..makan Nasi Arab yang memang telah tersohor itu..Niat dihati memang nak masak2.. tapi tu arr kesihatan tak mengizinkan...

Keesokan harinya suamiku serta abah, Ma, Iyah & Ilah ke PCC Putrajaya..
aku yang pada mulanya nak ituut.. tak jadi dek kerana anak2 ada aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah..tapi tu arr aktiviti di sekolah telah dibatalkan di saat2 akhir.. :(. ~ tak dapatku abadikan gambar2 bersama Ieyah berkonvo..

Setelah 2 malam, ma & abah tidur dirumah kami, mereka sekeluarga ke Bandar Salak Tinggi plak bagi menziarahi mak saudara kami di sana.. & kini mereka telah pun pulang ke Terengganu..

Sunday, October 7, 2012

~chat ngan Ita ~


minggu lepas bekesempatan untuk chating dgn Ita melalui FB..
Ita sedang melanjutkan pelajaran dlm PHD di US bakal menamatkan pengajiannya tahun depan..kami sebenarnya berjiran disini tapi tu arr tanpa disangka-sangka ayahnya dan ayahku suatu ketika dahulu berkawan baik semasa sama-sama menjadi belia, peneroka dan askar di Port Dickson suatu ketika dahulu..kecil sungguh dunia ni kan..
pi mai pi mai tang tuu  :)


Harapan dan doaku moga Ita berjaya mencapai kejayaan di sana.. jaga diri baik2 dek ek!

Thursday, October 4, 2012

cerita hatiku..


Melalui minggu2 mendebar-debarkan.. sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober.. tragedi Oktober atau mungkin di bulan November..ku serahkan ketentuan padaNya.

Dalam pada itu, Kak Ujie sahabatku dah pun selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Ampang Puteri pada 3hb Oktober. Nampaknya kurang satu kawan teman keter..hehe..( kak Ujie pun dok di Bandar Seri Putra) so tinggallah aku n kak Umi ajer.. kalo tak gamat keter kami ni kalo balik dr tempat kojer..hehe..

Pagi tadi ma, abah & adik2 iparku selamat sampai dari Terengganu.InsyaAllah sabtu ni kami akan ke PICC Putrajaya bagi menghadiri konvo Iyah.. adik iparku. sudah tentunya bessst sebab dah lama takde aktiviti bersama keluarga.

Minggu lepas~ makku turun dari Kuale.. bessstnyer..

Aktiviti rumahtangga memang meriah sejak minggu lalu, cuma tu arr rumahku kelam kabut jadinya.. ( kain tak berlipat.. dah bergunung tuu..). 

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita semua.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...