Friday, January 28, 2011

~ Rahmah Allah terbentang luas~

Dah pun hari jumaat kan, secara rasminya hari Rabu yang lalu telah ku hantar notis berhenti kerja dari TMR&D. CFO pun dah mengesahkannya.. 15 March 2011, adalah tarikh akhir ku berada di sini. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira dengan apa yang berlaku.


Memang benar bos dah hantar surat upgrade aku n teman2 ke HR, namun ianya tak dapat membantu. Mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan pada bulan April, bermakna lagi 2 bulan dari sekarang.. itu pun mungkin.. barangkali ianya akan berubah.. itulah tak tepat sama sekali jangkaan kami.. so aku dengan berat hati terpaksa akur dengan keputusan Hr tu.. payah juga nak terima, tapi seperti yang kuj elaskan sebelum ini tujuan aku berhijrah adalah untuk mencari pengalaman baru.. & yang penting tekadku yang nak sambung belajar... harus diteruskan. tak boleh nak ikut kata orang lain.. orang lain dah ada.. aku ajer yang takde..:(, ..setiap orang punya IMPIAN.. impian serikandi..
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.. kalau buat kija kat opis skrg.. pejam mata jer.. hik.hik.. takde la.. bukan nak riak, tapi hakikatnya.. dah biasa sejak 9 tahun yang lalu.. peluang yang diberikan oleh Bos telah kugunakan sebaiknya, tak ngulor ,MC pun kalo sakit gigi atau kesihatan yang tak mengizinkan , kalo EL pun.. memang terpaksa.. anak sakit atau ada hal kat EPF.. ( kluar duit epf utk rumah).. nak tinggal kerja2 ni memang sayang, kawan2 pun baik..dengan researcher pun aku baik.. siap gaduh-gaduh lagi pasal budget diorang..mereka pun tak lokek berkongsi ilmu.. ilmu penyelidikan mahupun berkongsi masalah & cerita peribadi.. yang baik jadikan teladan yang buruk jadilan sempadan..dah macam PRS plak kat opis.. walhal aku pun pernah ada masalah, tapi perlahan-lahan Allah mempermudahkan perjalanan hidupku seisi keluarga..Alhamdulillah..





Petang tadi baru jer selesai isi MAPS, bos bagi markah 91 dari 100. Pada mulanya aku tak setuju kerana markah yang dinilai tidak mengambil kira penglibatanku dalam kegiatan luar. Di TMR&D aku jadi Bendahari Biro Agama ( 2009- 2011), aktif juga ngan acara2 seperti Indoor-Treassure Hunt"( 3.3.2010) serta kegiatan kesusasteraan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya pada setiap tahun. markah disitu jer 5,. Malangnya ianya tak boleh nak edit.. so terpaksalah aku akur walaupun berat hati.. kenapa bos tak telefon aku jer tadi masa dia isikan borang tu.. itu pun aku mushkil.. kalau pasal kerja, boleh plak, siap call & sms.. apalah salahnya jika call jap aku tadi.. ish..ish..



Doakan kejayaan kita kat tempat baru plak ek..cerita baru, harapan baru.. jalan hidup baharu..
Ameen...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...