Saturday, January 29, 2011

~ Demi Masa ~




والعصر ان الانسان لفى خسر الا الذين امنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Friday, January 28, 2011

~ Rahmah Allah terbentang luas~

Dah pun hari jumaat kan, secara rasminya hari Rabu yang lalu telah ku hantar notis berhenti kerja dari TMR&D. CFO pun dah mengesahkannya.. 15 March 2011, adalah tarikh akhir ku berada di sini. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira dengan apa yang berlaku.


Memang benar bos dah hantar surat upgrade aku n teman2 ke HR, namun ianya tak dapat membantu. Mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan pada bulan April, bermakna lagi 2 bulan dari sekarang.. itu pun mungkin.. barangkali ianya akan berubah.. itulah tak tepat sama sekali jangkaan kami.. so aku dengan berat hati terpaksa akur dengan keputusan Hr tu.. payah juga nak terima, tapi seperti yang kuj elaskan sebelum ini tujuan aku berhijrah adalah untuk mencari pengalaman baru.. & yang penting tekadku yang nak sambung belajar... harus diteruskan. tak boleh nak ikut kata orang lain.. orang lain dah ada.. aku ajer yang takde..:(, ..setiap orang punya IMPIAN.. impian serikandi..
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.. kalau buat kija kat opis skrg.. pejam mata jer.. hik.hik.. takde la.. bukan nak riak, tapi hakikatnya.. dah biasa sejak 9 tahun yang lalu.. peluang yang diberikan oleh Bos telah kugunakan sebaiknya, tak ngulor ,MC pun kalo sakit gigi atau kesihatan yang tak mengizinkan , kalo EL pun.. memang terpaksa.. anak sakit atau ada hal kat EPF.. ( kluar duit epf utk rumah).. nak tinggal kerja2 ni memang sayang, kawan2 pun baik..dengan researcher pun aku baik.. siap gaduh-gaduh lagi pasal budget diorang..mereka pun tak lokek berkongsi ilmu.. ilmu penyelidikan mahupun berkongsi masalah & cerita peribadi.. yang baik jadikan teladan yang buruk jadilan sempadan..dah macam PRS plak kat opis.. walhal aku pun pernah ada masalah, tapi perlahan-lahan Allah mempermudahkan perjalanan hidupku seisi keluarga..Alhamdulillah..





Petang tadi baru jer selesai isi MAPS, bos bagi markah 91 dari 100. Pada mulanya aku tak setuju kerana markah yang dinilai tidak mengambil kira penglibatanku dalam kegiatan luar. Di TMR&D aku jadi Bendahari Biro Agama ( 2009- 2011), aktif juga ngan acara2 seperti Indoor-Treassure Hunt"( 3.3.2010) serta kegiatan kesusasteraan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya pada setiap tahun. markah disitu jer 5,. Malangnya ianya tak boleh nak edit.. so terpaksalah aku akur walaupun berat hati.. kenapa bos tak telefon aku jer tadi masa dia isikan borang tu.. itu pun aku mushkil.. kalau pasal kerja, boleh plak, siap call & sms.. apalah salahnya jika call jap aku tadi.. ish..ish..



Doakan kejayaan kita kat tempat baru plak ek..cerita baru, harapan baru.. jalan hidup baharu..
Ameen...

Monday, January 24, 2011

~ Surat resign yang postpone ~

Pagi tadi hantar surat' resign', letak atas meja boss. Sebenarnya berat hati nak berbuat demikian. Banyak faktor yang mempengaruhi mindaku.. ish.. dah solat istigharah dah.. dah minta pandangan smua orang.. tapi rasanya kena dengar rasa hatiku.. sebab yang dok fikir2 aku jugak yang mengadap smua ini.. mereka hanya memandang.. aku merasai.. bukan mereka..


Kat sini seronok sangat bekerja.. tapi punya juga cita-cita seperti mereka.. nak tu, nak ni..emm.. tapi terhad dek kerana gaji yang macam tu jer.. Tahun ni adalah tahun ke 9, aku bekerja disini.. sebelum itu dgn audit & construction.. so pelbagai pengalaman kerja dah pun aku redah.. hik..hik.. btw kat sini pulak yang 'terlama' sikit.. barangkali kerana dah selesa ngan kija.. tapi tu arr.. gaji naik pun mcm tu jer.. dek kerana takde kotak.. 9 thn mcm tu jugak..


Dan sewaktu aku serahkan surat tu.. bos besar & bos pompuan panggil... dia minta tangguhkan ke tarikh 1 bulan lagi.. aku hanya tersenyum.. (boleh jer..lagi lama lagi bagus..) tapi control ayu.. bos pompuan pun mencelah.. " kami dah hantar paper you kat Hr.. nak upgrade grade u.. ( dlm hati, gumbira sangat, tapi selagi takde black white, aku tak bleh nak buat apa sbb itu kuasa HR) so aku kata kat bos besar yang aku ok jer.. tapi better call orang sana, sebab diorg dah tau yang aku kena masuk 1 Feb, tapi tangguh pada 1 March.. lain2 baik bincang ngan diorang.


Ntah lah.. aku dilema ni.. tapi selagi takde apa2 aku tak bleh bermimpi atau pun berangan-angan.. perlu berpijak dibumi nyata.. andai kata ada rezeki..Alhadulillah.. smuanya untuk anak2, kerana masa & keringat ku korbankan.. ( masa cuti..pegi kija, masa balik.. siapkan kija..) smuanya kerja, andai itu jadi kenyataan.. Alhmadulillah...

Sunday, January 16, 2011

~ Malas tahap gaban ~

Sejak dua menjak ni.. bertambah malas la pla plak.. mcm macam ni? buat kija, nak makan, nak lipat kain pun malas.. sindrom apakah yang melanda aku ni.. sepatutnya di awal tahun.. adalah suntikan semangat untuk lebih rajin lagi.. ini idak ler?..

Harapanku, moga2 esok & hari-hari yang dilalui.. akan lebih ceria & rajin arr..tengoklah, barangkali bila dah terima surat barulah rajin kot.. hik..hik..


p/s: baru dapat call dari Ambank, permohonan kami lulus.. itupun setelah bertekak ngan diorang bagi menyelesaikan kemelut rumah kami ni.. ish..ish.. tolonglah bekerja lebih profesional, jgn buat lagi tau! Jika sudi katakan sudi, tidaklah hamba ternti-nanti..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...