Wednesday, February 29, 2012

~siapakah mereka ini ~


emm.. dalam diam ada orang suka terjah blog kita arr..tapi segan2 nak komen.. sape ni ek.. seingat kita yg mmg se-geng is En Taha, Hana, Rona, dan kak Angah ( kak Ina), selebihnya anak sapaa ni. ada pun sorang lagi yg kat oversea is Ita yg skrg ni kat US..emm yg lain ni sapa plak..konpius gue..

Siapa pun anda.. terima kasih kerana berkunjung ke blogku yg carca marba ni.. dah macam rojak pun ada.. biase arr.. tak pandai cakap, tapi hati berkata-kata.. meronta-ronta tuu.. :) kalo nak raking tinggi taklah, cukuplah ianya tatapan berita semasa dari seorg insan yang biasa2 jer..yg kurang datang dariku, dan yg baik itu datang dari Allah.

Semoga kita semua senantiasa di bawah rahmatNya..salam ukhwah!

Tuesday, February 28, 2012

~ Citer di pagi selasa ~


Alhamdulillah, Alhamdulillah.. hari dah 28/2, maka dengan itu genaplah setahun kojer kat Finance KL ni. pejam celik skjap jer masa berlalu. Dan dengan itu juga, genaplah setahun juga mengajar anak2 mengaji Alquran & Muqaddam yang mana pada asalnya hanya 5 orang jer.. kini dah 17 orang.

Sejak penghijrahan ke tempat baru, hati lebih tenang & hidup kami kian teratur.. cewah..cewah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, smua yg dirancang berjalan dengan baik..

Sekarang ni dah tahun 2012.. baru jer sambung blajo, 4-5 thn lagi baru abiss InsyaAllah. Hati masih lagi berdebar-debar ni. Dalam masa yang sama, turut juga mengambil kelas tarannum dgn staff TM yang bernama En Nordin. Smuanya terpanggil kerana ILMU dunia & akhirat. Beliau juga mengajar smula tajwidku. emm.. macam2 nak diimpikan..moga2 Allah mempermudahkan perjalanan kami seisi keluarga.

ada org kata kita ni budak praktikal.. hoho.. yo la tu, dah 30-an dah..

Semalam plak Dato' Zam (our big boss kat TM) dah inform us .. bonus 2.1..Alhamdulillah. dapatnya lambar lagi, tapi ianya berita gembira utk kami smua. terima kasih Bos !

Tuesday, February 21, 2012

~ Takde mood ~


2-3 hari malass sesangat...takde mood nak sembang.. nak makan.. nak tidur pun macam tak lena jer.. aduss serabut kepalaku.. ape ke heynyer..??
kejer opis menarik dan tertarik.. :)
nak cuti sayang kojer.. sayang cuti..nanti abis.. almaklumlah cuti keme taklah banyak sangat.. ada 18 hari jer ni.. so kena pandai2 ar simpan.. utk exam.. utk raya.. utk keluarga.. mahupun utk diri sendiri.
Wahai diriku.. bangun arr.. jangan hanyut dgn "M".. kembalikan 'R" dan "C" dlm hidupku..

not kaki:- sesi mengecat di laman botani..( utk rekod..tak penah menang pun.. hehe.. )

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Berkat di Sebalik Membaca Bismillah




Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
| More

Tuesday, February 14, 2012

Hassan Azhari



Tetiba teringat citer "Muqaddam" versi Ustaz Hassan Azhari..rasanya anak2 zaman sekarang dok kenal sape ustaz ini.. yg diorg hanya tau.. beliau ayah pelakon Jalaludin Hassan serta Tan Sri Musa Hassan.. tapi tahukah anda, era tahun 1980-an..beliau ni popular sangat.

kami anak2 kecil masa tu suka menonton tv1 ( sekarang ni TV1.. tak tekan pong) ni smua panahan citer "Muqaddam' yang diajar sendiri oleh ustaz Hassan ni. terasa dia berada di depan kita.. apa lagi dia dok marah2 direct kat peserta2 yg ada masa tu.. terasa plak dia marah kat kita.. :). suaranya yg jelas & tegas dlm melontarkan sebutan ayat2 Alquran serta hukum tajwidnya memang best arr. Dan bila sesi ngaji dah tamat, nasyid ni arr yg slalu dialaunkan.

Alhamdulillah, Ustaz Hassan Azhari masih lagi sihat walfiat..

Friday, February 10, 2012

~ Majlis Penghargaan bersama TM Negeri~

Semalam bertemakan warna ungu telah berlangsung Majlis Penghargaan bersama TM Negeri di Dewan Kristal Menara TM. Ianya diseliakan di bawah TM Government HQ.Turut hadir ialah Datuk Zam( GCEO TM) & Datuk Bazlan( GCFO TM).
State GM bagi 14 negeri bergabung tenaga merencanakan majlis ini..

Tanpa di sangka2, dapat plak jemputan utk ke majlis tersebut. Boss beta tak dapat hadir kerana bercuti. Masa mula2 sampai tu terdiam sebab tak nampak pun kelibat kawan-kawan. Namun tanpa di duga, ramai juga kenalanku di TM Gov. & Menara KL(gara2 join TM Star la ni.. ) hoho takde la gabra. Yg semeja plak terdiri daripada unit BRMP. ok la tu..Dr Sharlene pun ada.. :)
bergambar dengan State GM KL- En Ramlan Omar

Bos2 yg menyerlahkan bakat terpendam mereka.. waduhh gamat satu dewan. walaupun ada penyanyi jemputan :). Mereka smua sempat juga bagi hint2 kat Datuk Zam.. memang selamba arr.

emm.. balik lebih kurang 1030 malam. :) emm.. 1050 malam sampai rumah.. Alhamdulillah.

Wednesday, February 8, 2012

~qasidah Sharifah Khasif.mpg~



sedap btul suara Sharifah Khasif ni.. meremang tatkala beliau mengalunkan qasidah.. tringat plak zaman2 sekolahku.. nasyid, tilawah mahupun mengetuai bacaan doa.. emm,dah jadi kewajipanku masa tu.. hehe.. tak boleh nak lari arr.. hakikatnya aku teramatlah malu nak berdepan dengan smua org.. sampai la ni arr.. rasa malu tu tetap ada.. macam mana tu..

selamat mendengar alunan qasidah arab ni. :)

~Perkongsian Ilmu- sujud tilawah ~

Awal pagi ni seperti biasa buka siaran IKIM.fm. Ada teka-teki mengenai BILANGAN SUJUD SAJADAH. Btul2 menguji mindaku( mudah jer, tapi dah lupa :( ) ..slalunya teka-teki lebih kepada alam sahaja. Walaupun teka-teki dah pun terjawab, tapi molek kiranya dilekat kembali.. 'refresh' kembali-kan. :)
jalan2 cari ilmu..

Sujud Sajadah/Tilawah
Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."

Cara melakukan sujud sajadah di dalam solat ialah terus bersujud (tanpa niat, dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, kemudian membaca doa sujud sajadah di dalam sujud, lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Sekiranya bacaan surah itu telahpun tamat (ayat sajadah di pengakhir surah), apabila bangun dari sujud sajadah maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar .

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Akan tetapi, adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.

Bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.

Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

sumber dari :- http://masjidwilayah.gov.my/v1/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...