Thursday, January 31, 2013

Anak gajah

 Kesian si anak gajah....

Sekurang-kurangnya 10 ekor gajah terbunuh akibat diracun di Tawau. Punca sebenar mereka diracun masih belum diketahui.

Kelihatan si anak gajah berusaha mengejutkan ibunya tanpa mengetahui bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya.

Betapa kejam 'si manusia' yang tidak berhati perut ini....

Tuesday, January 29, 2013

AMALAN PENDINDING DIRI DARI GANGGUAN JIN, SYAITAN DAN MANUSIA



Tuesday, January 22, 2013

Miss Bawani yang manis


Aku ni bukanlah fanatik ngan politik.. insan yang biase2 jer..
tapi bila tengok politik sekarang ni.. tersentuh hati juga arr.. apsal cakap2nya begini.. buatnya begitu.. lepas tu ada plak penyokong.. 


Malaysia ni taklah besar mana.. pun biasa2 jer.. cuma yang bagusnya ianya terdiri dengan pelbagai masyarakat yang majmuk.. ada melayu, india, cina dan lain2 kaum.. Sememangnya unik dari negara2 lain arr.

Fanomena "listen..listen.. listen.."  tercetus 2 minggu yang lalu.. kat FB, kat paper, kat mana2 ajer..
Aku yang baru masuk kojer.. pun kehairanan bin ajaib.. apsal kecoh bebenor hal ni.

Alhamdulillah baru malam semalam 'search' kesahnya..
alahai..
taklah sokong mana2 pihak.. cuma bagi aku arr.. orang yang biasa2 ni.. lebih suka cara "Miss Bawani.."
berhemah dan berterus-terang.. cara Syarifah Zohra agak keterlaluan dan kurang sopan.. nyampahlah..
macam mana orang nak hormati bangsa kita, jika cara kita bercakap mahupun berfikir agak kasar..Malaysia ni bukan milik orang melayu sepenuhnya.. itulah hakikatnya sekarang. So kalo nak cakap, fikir2kan dahulu, janganlah emosi sangat.
Ternyata Syarifah menggunakan akal yang pendek tatkala membalas semua kata-kata Bawani.

Ok.. cau cing cau..

Nota kaki: kawan2 sekolah saya terdiri dr melayu,india & cina.. kami sepermainan & makan bersama ;)

nak citer ape ek.. 
ta..daa..


bz2 sedunia di opis.. macam biase... extract data from SAP bagi satu bulan..n analysis..analysis.. naik juling biji mata tengok figure.. tapi tuu arr.. dah jadi cyah kire2 ni.. ku redahkan jua arr..

PNL plak.. asyik berubah jer.. sabor jer arr.. bila nak finalise pun tak tahu.. biase arr.. macam opismate aku cakap.. kami yang menurut perintah.. so selagi bleh ku running BW, bleh jer.. analisis data UNIFI, Streamyx dan bla..bla..hehe..





Last week Kuna temanku di R&D call, sempatlah berborak panjang...memang dia teman rapatku masa kat R&D.. yea la.. muka kami ni la yang slalu balik lewat, ngadap auditor serta yang ter-rajin datang kojer di hujung minggu suatu ketika dahulu..khabarnya minggu depan Auditor dari PWC nak masuk audit ke TMR&D.. so kena siap-siaga ler.. Kuna pun dah beli rumah.. wah..wah.. hebat wanita ni tau.. ;)


Sejak naik kija ni.. asyik makaaann jer.. mcm mana nak kuruuuss ni.. uhuk..uhuk..selera makan ader ajer.. 

Dlm pada itu, anakku Asyraf dah kembali pulih.. alhamdulillah.


ala.. dah dekat pkl 2,permisi dolu..nanti kita citer lagi ek ;)


nota kaki:- Hanna cakap anak muridnya kat RMC kata yang dia tuu muda..hihi..                 


Sunday, January 13, 2013

Gangguan dan Daun Bidara


AYAT TERAKHIR SURAH AL BAQARAH


ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ۬ مِّن رُّسُلِهِۦ‌ۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ (٢٨٥)

 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 
(٢٨٦)
 ayat 285 dan 286 dari surah al baqarah, elok dijadikan amalan..

Oh.. dah lama tak mengarang kesah2 kehidupan kami seisi keluarga.. 
Anak2 dah naik sekolah, aku pun dah naik kija.. rutin biasa kami dah pun bermula semula.
Si kecik thomey2 Asyraf di temani Izzati sahaja yang tinggal di rumah.. alhamdulillah adikku menjaganya dengan baik sekali.

Tapi tuu arr, tanpa di duga minggu lepas keluarga kami diuji dengan ujian... si Asyraf punya citer arr ni.. beliau akan menangis sepanjang malam bermula jam 12tgh malam sehingga 3 pagi.. puas juga aku n suami memujuknya.. tapi tak jalan.. yang peliknya bila siang.. bolehlah tidur dengan lena. 

Pada mulanya aku ingat itu normal bagi anak2 kecik.. kan nak beralih bulan atau mungkin kembung perut.. tapi bila di teliti bunyi nangisnya tak plak mengeluarkan air mata...hanya suara yang seolah-olah ketakutan sahaja.. akhirnya kami berdua ke Darul Shifa' di Bandar  Baru Sepang ( dekat ngan rumah ayoh Jie yg merupakan ustaz di sana)..Kami cuba berubat dengan Ustaz Hamdan.

Ustaz menyatakan pada kami yang Asyraf terkena sihir..
"macam mana Asyraf boleh terkena ustaz?". Aku mula bersuara. "Dia terkena sebab awak.. awak kan boleh melihat makhluk halus". Terdiam aku mendengar penjelasan ustaz. Kata ustaz, sebagai manusia, kita tak sepatutnya boleh melihat makhluk halus tuu...kerana kita berbeza alam. Si Asyraf pun dah mewarisi aku rupanyer. so sad!
Memang tak dinafikan masa uzur ( ketika berpantang), lembaga hitam tu mendatangi ku lagi..  

Aduss.. memang dari sekolah aku boleh melihat lembaga hitam tuu.. terutama masa kat asrama dolu2... macam2 kesah misteri pernah aku alami..tapi biasa arr , slalunya aku akan membaca ayat kursi tatkala 'benda' tu datang... sebab itu masa pertengahan form 5 aku kluar asrama memandangkan aku selalu 'diganggu'. Apa lagi pada masa itu kak Ju, ketua asrama pun terkena histeria.. lagi arr aku takut.. 
At least dok rumah takde la gangguan tuu..

Berbalik dengan ustaz tadi.. beliau minta izin kat suamiku untuk merawat aku dan Asyraf.. Kami dibekalkan dengan air penawar dan daun bidara. Beliau minta agar aku dan Asyraf menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mandi 3 hari berturut-turut, antara asar & maghrib. Suamiku pula diminta agar 'memagar' keliling rumah dengan menggunakan air penawar yang dibekalkan sambil membaca ayat Kursi...

Dan kami kini sedang berusaha ke arah itu.. mohon doakan bersama ek..

Tq

p/s: buat masa ini tak suka waktu malam menjelma.. :(
 

Saturday, January 5, 2013

Friday, January 4, 2013

Asyraf Oh Asyraf..



waduhh.. sedar tak sedar dah dekat 2 bulan aku melahirkan Wan Asyraf Haqem.. 

memandangkan aku ni kojer di private company, so next week dah masuk kojer.. uhukk..alahai.. kalo bleh nak sambung cuti lagi..tapi mana kan mungkin kan.. 
Nak hantar ke Taska mahupun ke rumah orang pun buat masa ini pun was2 lagi.. jadinya buat sementara waktu aku akan minta tolong adikku Izzati yng bakal menjaga Asyraf... bila Asyraf dah besar sikit, bolehlah beralih ke Taska.. (Izzati adikku yang ke 9 sedang menunggu keputusan SPM..)


Untuk adikku Izzati.. terima kasih yea..

Wani plak bakal menghadiri temuduga di UPSI rabu depan.. moga2 beliau berjaya melanjutkan pelajarannya ke sana.. memang harapan abahku sejak dolu2 lagi... nak sangat anak jadi guru.. Insyallah semoga impian Wani menjadi nyata.. Aamiin..


Wednesday, January 2, 2013

Kesah tahun baru..2013

Selamat Tahun Baru buat smua.. 
melangkah ke tahun baru.. hari ini adalah hari bz2 sedunia buat kami seisi keluarga.. Sedar tak sedar dah dah tahun baru. semangat pun berkobar-kobar untuk cuba melakar kehidupan dengan lebih besst lagi.. hehe.. 

Anak2 pun dah mula masuk ke sekolah semula setelah bercuti panjang hampir 2 bulan. Oleh kerana s emak tegah pantang, so thun ni dok rumah ajer arr.. uhukk.. Tahun ni juga,,aku transferkan 'power' ke suamiku untuk membeli kelengkapan persekolahan anak2..hehe.. selalunya kita arr.. hehe..terima kasih arr. 

Kelmarin Aishah pegi Orentasi tahun satu di SK Bangi..sekaligus mengambil peperiksaan bagi menentukan kelas-kelas yang tebaik.. dan syukur Alhamdulillah.. keputusan penilaian tersebut meletakkan Aishah di kelas pertama. Suatu perkembangan yang meransangkan. Harap2nya ianya berterusanlah hendaknya...Aamiin.

Dalam pada itu, si ibu & Asyraf hanya dok rumah ajer arr..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...