Sunday, January 19, 2014

Catatan pertama di tahun baru 2014




Assalamualaikum dan salam manis buat semua..

Sedar tak sedar masa yang berlalu begitu pantas dah pun tahun 2014..
bila tengok blog yang dah makin bersarang.. sehari demi sehari berniat nak update.. Namun sayang seribu kali saying asyik tertunda ajer.. barangkali juga kerana teruja dan gembira dengan keluargaku dan kerjaya.. hehe.. so tak payah update pun tak salahnya.. 

Apa ada dalam tahun 2014? im not sure yet.. tapi, i hope and pray smoga dipermudahkan semua urusan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Azam tiap2 tahun aku sama je, hope to be better than before, dan untuk kurus.. wakkakaka..
 
Tetiba plak hari ni takde kojer.. lantas ku buka blog.. yes..yes.. jom mengarang cerita kejap.  jomm..jomm..
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kasih sayangNya yang dipinjamkan buat seketikanya ini.. Punya suami yang baik, anak2 yang comel , ibubapa yang memahami, adik beradik serta teman2 yang hansem dan cantik budi bahasanya… smuanya membuatkan diri ini dihargai sangat2.. Adapun sifat aku yag kekadang ntah apa2.. tapi hasben aku boleh lagi senyum.. nak tau yang ntah apa2.. nak belajar.. tapi stop kjap.. nak belajar jahit.. tapi by the hasbenku yang membeli mesin jahit..nak masak.. masak arr.. tapi benda yang sama jer sepanjang minggu.. kah…kah.. kah.. almaklumlah bila dah ntah apa2.. malas nak pegang pisau sudit kat dapur.. tapi 85% mostly masak arr.. keluarga dah besar.. makan luar tak berbaloi.. 


Bulan Oktober yang lalu.. ntah dari monsun timur laut mana.. aku terjebak sekali lagi dalam arena tilawah.. mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan tilawah Al quran Telekom di Menara Telekom November lalu.. anak2 plak masuk hafazan. Walaupun tak menang tapi ianya meninggalkan kenangan yang manis buat anak2.. maknya plak sekadar saguhati di peringkat kebangsaan. Sememangnya terasa kerdil sesangat berbanding mereka yang otai2 dalam bidang ini. Bleh juga arr dikategori peseta muda dalam tilawah Alquran. Alhamdulillah, masa di peringkat negeri dapat RM300, di peringkat kebangsaan dapatlah saguhati RM400 beserta sijil dan senaskah buku “Yasin & amalan pilihan”. InshaAllah tahun2 yang dilalui nanti, ini adalah aktiviti tahunan kami sekeluarga nampaknya.. hehe..



Pada bulan tersebut juga.. hasben menang ‘lucky draw’ masa carnival TMR&D di Zoo Negara. .. beliau menangi hadiah percutian 4 hari 3 malam ke Legoland, Hello Kitty dan USS.. nun di Singapore.. Pakej tersebut dlm RM2.4K. Mimpi kejap.. macam tak percaya jer.. walhal kami yang kemalasan nak pegi ke Zoo tu bleh sampai jam 10.30 pagi.. biase arr anak kecil macam2 nak di bawa...


Pada mulanya kami nak jual jer tiket ni.. sebab kami takde passport lagi…tapi sayangnya.. harga yang kami tawarkan takde sape nak beli.. diorg nak dalam RM500-RM1000.. walhal kami tawarkan dalam RM1.5k.. Setelah musyawarah dibuat akhirnya kami berpakat utk pergi sahaja..InshaaAllah awal Feb ni kami akan berangkat ke sana.. hip2 hooray!



Dec yang berlalu… tade apa yang berlaku.. hasben sibuk dengan kojernya sbg Researcher.. Nampak stress,  so sbg isteri, aku hanya mendengar ajer arr.. kami tak dapat nak ke mana2  sbb cuti dah abis gara2 Aishah & Asyraf kena demam denggi Nov lalu.. berkampung di KPJ Kajang selama sepuluh hari..



Awal Januari.. bz ngan anak2 sekolah.. Aishah keriangan kerana dapat menjadi pengawas di sekolahnya. Diena n Hafiz walaupun hanya pelajar biasa namun tampak riang-ria juga kerana dah lama nak ke sekolah. Almaklumlah dekat2 2 bulan dok santai2 di rumah.


Last week.. tanpa dirancang.. kami berdua menemankan abah makku ke Terengganu bagi menguruskan pengajian adikku Izzati di Kolej Latihan Telekom di Marang, Terengganu. Di sana kami bermalam di rumah mak abah mertuaku.. Alhamdulillah, dapat juga ketemukan kedua belah ahli keluarga sana dan sini.. bukan senang bisan nak jumpa.. jauh tuu Terengganu n Perak. Tercapai juga niat suamiku.. utk menyatukan mereka berempat..kali terakhir jumpa pun sekitar tahun 2007. Masa tu kenduri kahwin Ipin di Ketereh, Kelantan…


Panjangnya.. seronok juga mengarang panjang2.. idea datang bertalu-talu.. tapi biasa arr.. bahasa yang tak berapa indah nak dilontarkan.. cukuplah sekadar sahaja..

kk.. nak closing doh.. next time kita bebel2 lagi ek.. 

Well, i better continue my work....see yall soon ~~~
 
Assalamualaikum..

1 comment:

izz said...

assalamualaikum.. hehehe macamana buleh jumpe blog yong ni? yong dh tepek url kak yah kt blog.. sama2 la kita update cerita masing2 yak.. :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...